Monday, December 1, 2008

TAMU MINGGUAN PEKAN MEMBAKUT

Sama seperti daerah - daerah lain di negeri Sabah, Pekan Membakut juga mempunyai pasar tamunya yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda yang melawat blog ini, Pasar Tamu ini adalah lebih kurang sama konsepnya dengan pasar tani yang diadakan di negeri - negeri semenanjung Malaysia. Di mana para penduduk tempatan berurus niaga di dalam memasarkan hasil tani mereka kepada orang luar ataupun sesama penduduk setempat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengunjungi pasar tamu Pekan Membakut ini, boleh datang berkunjung pada hari ahad di mana tamu ini beroperasi dari awal pagi hinggalah ke jam 1.00 ptg berlokasi di tapak tamu Kedai Baru Pekan Membakut. Terdapat pelbagai jenis jualan barang di mana ianya merangkumi jualan baju, kain, alatan elektronik, baja ternakan dan haiwan, benih pelbagai tumbuhan, makanan tradisional, dan juga ikan dan daging segar. Keistimewaannya di Tamu Minggu Pekan Membakut ini barangannya boleh di dapati dengan harga yang murah. Bagi peminat produk belacan, di sini la juga anda boleh mendapatkan produk belacan tersohor dari Kg. Kuala Binsulok di mana belacan tersebut diperbuat daripada anak udang (kalau bahasa tempatan ianya dipanggil bubuk) segar bagi menjamin kualiti dan rasanya.

Bagi anda yang tidak berpeluang untuk datang ke Tamu Mingguan Pekan Membakut, anda juga mempunyai pilihan untuk bertandang ke Pekan Membakut pada hari rabu. Pada setiap hari Rabu juga terdapat pasar tamu namun ianya diadakan di dalam skala yang lebih kecil berbanding dengan tamu mingguan pada setiap hari ahad. Bagi Tamu Hari Rabu Pekan Membakut yang berlokasi di Perkarangan Kedai Lama Pekan Membakut, para peniaga kebanyakkanya menumpukan penjualan produk - produk yang terdiri daripada makanan dan kuih tradisional, ikan dan daging segar, serta buah - buahan tempatan. Liputan mengenai pasar rabu ini akan di buat dengan lebih terperinci pada tulisan yang akan datang.

No comments: