Tuesday, December 23, 2008

Mercu Tanda Syiar Islamiah Daerah Membakut

Sebagai usaha di dalam mencapai kesinambungan kemajuan sosio dan ekonomi Daerah Membakut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 24 Membakut Y.B Datuk Haji Mohd. Ariffin Mohd Arif telah membuat pelbagai perancangan pembangunan infrastuktur di seluruh kawasan Daerah Membakut. Perancangan ini dibuat berdasarkan infomasi yang didapati secara kolektif daripada pemimpin - pemimpin masyarakat setempat yang terdiri daripada pengerusi JKKK dan ketua - ketua adat (Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, dan Ketua Kampung). Maklumat yang dikumpul daripada pemimpin masyarakat setempat ini dikumpul dengan membuat sesi perbincangan dwi bulanan Zon Damai yang melibatkan lebih 15 buah kampung di dalam memperbincangkan isu - isu pembangunan dan keselamatan setempat.

Antara usaha yang diambil tumpuan adalah pembinaan masjid baru Daerah Membakut yang berkonsepkan reka bentuk dan bakal menjadi mercu tanda dakwah dan syiar Islamiah di daerah Membakut. Walaubagaimanapun, projek ini masih berada di dalam proses permohonan dan pihak pemimpin atasan kita sedang berusaha keras bagi menjayakan projek ini. Selain daripada itu, kawasan kg. Lumat juga tidak ketinggalan di dalam perancangan ini di mana sebuah masjid juga bakal dibina di sana.

Dengan itu, sama -samalah kita berdoa agar projek pembangunan ini dalam dijalankan dengan jayanya demi kebaikkan kita bersama. Segala usaha ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat setempat kerana telah terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memajukan kawasan Daerah Membakut.

1 comment:

awang said...

tahniah atas ke majuan membakut
www.kimanis.net
www.zaini.kimanis.net