Friday, December 19, 2008

Usaha Perkasa Bahasa, Sastera Perlu

MEMBAKUT 5 Dis. - Semua pihak sama ada kerajaan atau pun swasta perlu menggembleng tenaga bagi memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini.
Ahli Parlimen Membakut, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, usaha memperkasakan bahasa tidak harus dipandang remeh dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak.
"Sabah kaya dengan sastera rakyat pelbagai kaum dan bahasa tempatan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
"Langkah memulihara boleh dilakukan dengan menerbitkan lebih banyak buku-buku berkaitan budaya dan suku kaum negeri ini untuk pengetahuan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pelancaran buku karya penulis tempatan, iaitu Datuk Suhaibun Yusuf dan Ailin Nor bertajuk Kota Impian.
Turut hadir, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah, Zubaidi Abas dan Penolong Pegawai Daerah Membakut, Sanuddin Ismail.
Dalam pada itu, Mohd. Arifin berkata, cadangan mewujudkan Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBS) merupakan langkah terbaik bagi membantu menggerakkan misi memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini.


Tarikh: 05 Disember 2008
Sumber: Utusan Malaysia
Pautan: Klik Sini
-------------------------------------------------------------

No comments: