Wednesday, March 21, 2012
Wednesday, October 12, 2011
SUSUNAN DOA & NIAT PERJALANAN MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH: ZIARAH KE MADINAH
(1) NIAT SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR USOLLI SUNNATAS SAFARI RAKA’TAINI LILLAHI TAALA (SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR DUA RAKAAT KERANA ALAAH TA’ALA) |
(2) DOA SELEPAS SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM. ALLAHUMMA ANTAS SOHINU FISSAFARI WAL KHALIFATU FILAHLI WAL MALI WAL WALIDI WAL ASHAB. IHFAZNA WAIYYAHUN MIN KULLI AFATIN WAA’HATIN. WASOLLALLAHU WASALLAM ALAIH. WALHAMDULILAHI RABBIL A’LAMIN |
(3) DOA MULAI BERJALAN BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH. WAL HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH (Dengan nama Allah. Aku serahkan diriku kepadaMu ya Allah. Tidak ada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolonganMu jua ya Allah) |
(4) DOA SEWAKTU NAIK KENDERAAN SUBHANALLAZI SAKHKHARALAN HAZA WAMA KUNNA LAHU MUQRININ. WAINNA ILA RABBINA LAMUNQALIBUN (Maha suci Engkau Ya Allah), yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami. Kami tidak sanggup mengendalikannya sesungguhnya kami akan kembali juga kepada Tuhan kami.) |
(5) DIBACA KETIKA KENDERAAN MULAI BERGERAK BISMILLAHI MAJREHA WA MURSAHA INNA RABBI LAGHAFURUR RAHIM (Dengan nama Allah sewaktu berlepas dan mendarat. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang) |
(6) MENGUCAPKAN SALAM MASUK KE DALAM MASJID ASSALAMU’ALAIKUM YA AHLAL MASJID WA’ALA IBADILLAHIS SOLIHIN (Selamat sejahtera atasmu wahai ahli masjid dan atas hamba – hamba yang soleh) |
(7) DOA MASUK KE DALAM MASJID ALLAHUMMAFTAHLI ABWABA RAHMATIKA WA MAGFIRATIK (Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu – pintu rahmat dan keampunanMu) |
(8) NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAHYATUL MASJID USOLLI SUNNATAT TAHIYYATIL MASJIDI RAKA’ATAINI LILAHI TA’ALA (Sahaja aku sembahyang sunat tahyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta’ala) |
(9) NIAT ITIKAF NAWAITUL I’TIKAF FI HAZAL MASJIDI SUNNATAL LILLAHI TA’ALA (Sahaja aku I’tikaf di masjid ini sunat kerana Allah Ta’ala) |
(10) MENGUCAP SALAM DI MAKAN RASULULLAH ASSALAMU A’LAIKA YA RASULALLAH WARAHMATULLAH WABARAKATUH (Selamat sejahtera kepadamu ya Rasulullah, semoga mendapat rahmat dan berkatNya) |
(11) MENYAMPAIKAN KIRIM SALAM ORANG KEPADA RASULULLAH ASSALAMU ‘ALAIKA YA RASULALLAH MIN...........BIN...................(JIKA LELAKI) ASSLAMU ‘ALAIKA YA RASULALLAH MIN............BINTI.............(JIKA PEREMPUAN) (Selamat sejahtera atasmu ya rasulallah kirim salam dari.......bin..... Dan jika perempuan.......binti...........) |
(12) MENGUCAP SALAM DI MAQAM SAHABAT (ABU BAKAR & UMAR) ASSLAMU A’LAIKA YA KHALIFATA RASULILLAH WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH (Selamat sejahtera atasmu wahai khalifah Rasulillah) |
(13) DOA KELUAR MASJID ALLAHUMMA INNI AS-ALUKA MIM FADLIK (Ya Allah, sesungguhnya aku mohon dari kemurahanMu) |
(14) Mengucapkan salam di kuburan baqi’ ASSALAMU ‘ALAIKUM DARA QAUMI MUMININ. WA INNA INSYA ALLAHU BIKUM LAHIQUN (Selamat sejahtera atasmu wahai kampung orang – orang yang beriman. Sesungguhnya kami jika dikehendaki Allah akan menemui kami juga) |
(15) MENGUCAP SALAM KEPADA SYUHADA’ ASSALAMU ‘ALAIKUM YA SYUHADA UHUD WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH (Selamat sejahtera kepadamu wahai syuhada’ Uhud, semoga Allah memberi rahmat dan berkatNya) |
(16) DOA SETIAP TEMPAT SUCI YANG DILAWATI ALLAHUMMA RABBANA TAQABBAL MINNA WA AFINA WA’FU A’NNA. ALLAHUMMA TAWAFFANA MUSLIMIN WA AHYANA MUSLIMIN. WA ALHIQNA BIS SHOLIHIN. ALLAHUMA INNI AUDA’ TU HAZAL MAHALASY SYARIF MIN YAUMINA HAZA ILA YAUMIL QIYAMAH KHOLISHON MUKHLISON. ASYHADU ALLAHA ILLALLAH. WA ANNA MUHAMMADAN A’BUDHU WA RASULUH. (AL – FATIHAH) (Ya Allah, wahai Tuhan kami. Terimalah doa kami afiatkanlah kami dan maafkanlah kami. Matikanlah kami dalam Islam dan hidupkanlah kami dalam Islam. Serta temukanlah kami dengan orang – orang yang soleh. Aku abdikan tempat yang mulia ini dan hari ini hingga hari kiamat dengan ikhlas semata – mata. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya... Baca Al – Fatihah...) |
(17) DOA SELEPAS ZIARAH WIDA’ ALLAHUMMA LA TAJA’L AKHIRAL ‘AHDI MIN HAZAL MAKANISY SYARIF. WARZUQNI ILAIHIL ‘AUDATA FI KAHIRIN WA ‘AFIATIN WASIHAHATIN – WA SALAMAH (Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku di tempat yang mulia ini ziarah yang penghabisan. Berikanlah kepadaku peluang kembali kepadanya dalam keadaan baik, afiat, sihat dan selamat) |
Thursday, September 22, 2011
Khidmat masyarakat untuk pelajar sekolah luar bandar
-----
Saya dan Dr. FakirFikir sedang merancang program khidmat masyarakat untuk pelajar sekolah luar bandar. Non profit. Beliau memang ada talent semulajadi untuk program ini sedangkan saya, mahu belajar dari beliau. Dan saya rasa, beliau ada keikhlasan dalam niat beliau. Ini menjadi faktor yang kuat untuk saya menyokong program beliau.
Program yang sedang kami rangka adalah program satu hari. Ia membabitkan usaha membuka minda pelajar sekolah tentang teknik belajar secara efektif dan pengenalan kepada dunia kejuruteraan.
Dr. FakirFikir akan mengambil slot teknik belajar sesuai dengan bidang pengkhususan beliau dalam bidang psikologi (beliau baru selesai dengan PhD beliau di University of South Australia baru-baru ini).
Saya pula akan mengambil slot pengenalan kepada kejuruteraan untuk menimbulkan minat pelajar kepada dunia kejuruteraan dan cuba membuka minda tentang aplikasi subjek sains dalam modul pembelajaran sekolah mereka.
Kami sedang merangka perjalanan program ini yang mengambil masa sehari (pagi sampai petang), Sabtu ataupun Ahad. Kami tidak mengenakan bayaran apa-apa untuk khidmat masyarakat ini.
Tujuan kami memilih sekolah luar bandar adalah kerana mereka kurang akses dengan program sebegini berbanding dengan mereka yang berada di bandar.
Khidmat masyarakat ini tidak berkait dengan apa-apa organisasi ataupun pertubuhan. Kami bergerak secara bebas.
Saya menulis dalam entry ini sekadar bertanya jika ada sekolah luar bandar yang berminat? Jika ya, boleh hubungi kami melalui email: thebentara at gmail dot com.
*jika tahu ada sekolah yang berminat, bolehlah forwardkan entry ini kepada mereka.
-----
Sidang Ridaksi menyambut baik usaha para Ilmuwan sekalian di dalam usaha menyebarkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan di kalangan penduduk luar bandar.. Syabas Untuk Mereka
Tuesday, August 23, 2011
PENJELASAN TERHADAP ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN MENGENAI PILIHAN RAYA
SPR belum bercadang untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun. Hal ini disebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan mereka. Jika sistem pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan, ianya boleh menimbulkan beberapa kesulitan kepada pemilih itu sendiri. Ini kerana, jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan bahawa seseorang pemilih itu menetap di sesuatu alamat tertentu sedangkan pada hakikat sebenarnya mereka telah berpindah ke suatu tempat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN dan seterusnya ke SPR, maka pemilih tersebut akan didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama.
Cadangan ini jika dilaksanakan, akan bertentangan dengan kehendak Perenggan (b) Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Tiap-tiap warganegara yang bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakkan itu atau, jika tidak bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi tidak hadir, berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Negeri melainkan jika ia hilang kelayakkan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada siapa pun yang boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya”. Ia bertentangan dengan tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan kerana beliau telah berpindah ke tempat lain. Jika berlaku pilihan raya, maka pemilih berkenaan akan menghadapi kesulitan untuk menentukan di pusat mengundi manakah beliau akan mengundi kerana namanya tidak disenaraikan di tempat mengundi beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, adalah dikhuatiri ramai pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi terletak jauh dari tempat kediaman mereka.
Sementara itu, sebarang cadangan bagi pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik perlu melibatkan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Selagi Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berkenaan tidak dipinda, maka selagi itulah proses pendaftaran pemilih secara automatik tidak boleh dilaksanakan. Menurut peruntukan Perkara itu, seseorang yang ingin menjadi pemilih perlu membuat permohonan sama ada sebagai pemilih baru atau melalui pertukaran alamat.
Dalam pada itu, sekiranya pendaftaran secara automatik dilaksanakan tetapi ia tidak disusuli dengan peruntukan pengundian secara wajib, maka peratus keluar mengundi di kalangan pemilih berdaftar dijangka akan merosot dengan teruk iaitu berkemungkinan sekitar 50 peratus sahaja dengan mengambil kira purata peratusan keluar mengundi beberapa pilihan raya umum yang berlangsung sebelum ini.
Seperti mana yang kita ketahui, SPR sentiasa mengambil langkah ke hadapan dalam usaha bagi meningkatkan lagi pendaftaran pemilih. Pelbagai saluran pendaftaran telah disediakan oleh SPR bagi memudahkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih dan menyemak maklumat pendaftaran mereka. Saluran-saluran yang disediakan itu adalah seperti yang berikut:
(1) Kaunter Statik Ibu Pejabat SPR di Putrajaya;
(2) 14 Kaunter Statik iaitu di 14 buah Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara;
(3) 702 Kaunter Statik Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara;
(4) Kaunter-Kaunter bergerak SPR melalui Program Outreach di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, kawasan-kawasan taman perumahan, pejabat-pejabat kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, dan pusat-pusat latihan kemahiran di seluruh negara; dan
(5) Lebih lapan ribu Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang dilantik daripada kategori-kategori Wakil Parti Politik, Wakil Jabatan Kerajaan, Wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Wakil Universiti/ Kolej Universiti/ Kolej.
Dari semasa ke semasa, publisiti dalam media massa berhubung urusan pendaftaran pemilih turut diadakan oleh SPR. Pelbagai program pendidikan pengundi oleh SPR seperti ceramah dan taklimat telah dan akan terus diadakan bertujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab warganegara dalam urusan pilihan raya, termasuklah urusan pendaftaran pemilih. Jadi, apa yang penting ialah kesedaran individu itu untuk menggunakan haknya sebagai warganegara dengan mendaftar sebagai pemilih melalui saluran-saluran sah yang disediakan oleh SPR.
2. ISU PEMANSUHAN UNDI POS
Dalam konteks ‘Pengundi Tidak Hadir’, tatacara sistem pengundian pos yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dibuat berdasarkan kuasa di bawah perenggan 16 (2)(n) Akta Pilihan Raya 1958 yang menyatakan “Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan bagi pengundian melalui pos dan orang yang berhak mengundi melalui pos”. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia daripada pelbagai kor dan pangkat dan pasangan masing-masing, anggota-anggota polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), pegawai, kakitangan awam serta pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar-pelajar dan pasangan yang menuntut sepenuh masa di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat dengan mengundi secara pos. Sekiranya mereka tidak diberi peluang untuk mengundi secara pos, maka mereka tidak akan dapat menikmati hak pengundian yang diberikan kepada setiap warganegara Malaysia.
Berdasarkan hakikat ini, sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan. Andainya sistem pengundian pos ini dihapuskan, ia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam kerana anggota-anggota tentera tidak boleh menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh dan anggota-anggota polis tidak boleh melaksanakan tugas mereka menjaga ketenteraman awam kerana kedua-dua pihak tersebut terpaksa berada di pusat-pusat mengundi di merata-rata tempat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi. Keadaan ini juga boleh menyebabkan pegawai, kakitangan dan pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar-pelajar dan pasangannya yang menuntut sepenuh masa di luar negara dihalang untuk mendapatkan hak asasi mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun begitu, seperti mana yang kita ketahui SPR sentiasa mengkaji cara yang lebih efektif bagi memantapkan lagi sistem pengundian pos tersebut. Antara langkah yang difikirkan bersesuaian adalah untuk menggantikan sebahagian daripada sistem undi pos kepada pengundian awal yang mana pengundi-pengundi akan dikumpulkan di suatu tempat yang sesuai untuk mengundi. Masanya adalah 2-3 hari sebelum pengundian awam bermula. Bentuk pengundian adalah seperti pengundi awam iaitu hanya perlu memasukan kertas undi dalam peti undi tanpa perlu mengisi Borang 2 dan memulangkannya semula kepada pihak SPR. Sistem ini bagaimanapun mungkin tidak akan terpakai untuk pelajar di luar negara, mereka yang bertugas di luar negara dan juga anggota tentera dan polis yang terpaksa bertugas di perbatasan yang tidak dapat dikumpulkan di suatu tempat tertentu untuk melaksanakan pengundian.
3. ISU ISTERI ANGGOTA TENTERA DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI POS
Peraturan yang membenarkan isteri atau suami anggota angkatan tentera yang tinggal di dalam kem mengundi secara pos diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Perenggan 3(1)(a) Peraturan tersebut menyatakan bahawa “mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan dia ialah seorang pengundi tidak hadir, adalah berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos.
Berhubung dengan tafsiran pengundi tidak hadir, mengikut Perenggan 2(b) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, antara kategori pengundi tidak hadir “ialah isteri atau suami kepada seseorang anggota yang berkhidmat dengan mana-mana angkatan tentera yang disebut dalam perenggan (a) yang memilih untuk menjadi seorang pengundi tidak hadir”.
Berdasarkan kepada peruntukan kedua-dua Peraturan tersebut, pengundi tidak hadir yang merangkumi isteri atau suami anggota tentera adalah layak untuk mengundi secara pos.
4. ISU ANGGOTA POLIS DAN PASANGAN DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI POS
Menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis merupakan golongan yang layak mengundi secara pos manakala pasangan mereka jika ditetapkan sebagai pengundi pos di bawah Perenggan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundi Pos) 2003, berhak mengundi secara pos. Permohonan untuk mendaftarkan nama sebagai pengundi pos bagi anggota polis boleh dibuat di Ibu Pejabat Polis DiRaja (Bukit Aman), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)/ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)/ Briged PGA di mana-mana tempat mereka bertugas. Tapisan yang ketat dibuat ke atas permohonan anggota polis untuk mendaftar sebagai pengundi pos bagi mengelakkan berlakunya pendaftaran berganda antara pengundi pos polis dengan pemilih awam.
Justeru itu, dakwaan mengatakan SPR dengan sengaja cuba mendaftar anggota polis serta pasangan mereka sebagai pengundi pos adalah tidak berasas kerana apa yang berlaku ialah sebarang permohonan bagi anggota polis serta pasangan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi pos dibuat secara teliti dan tertakluk sepenuhnya di bawah peraturan pilihan raya sedia ada.
5. ISU SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA DIBENAR MENJADI PENGUNDI POS
Dasar yang sedia ada berhubung hak mengundi warganegara Malaysia di luar negara jelas dinyatakan di dalam Perenggan (a) dan (b) Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa, “Tiap-tiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan, bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; berhak mengundi dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.
Selain itu, Peraturan 2(c), (d) dan (e) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dengan jelas memberi tafsiran mengenai Pengundi Tidak Hadir seperti yang berikut:
“Pengundi tidak hadir ertinya seseorang warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan dan,
(c) yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau berkhidmat dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri, dan yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;
(d) ialah isteri atau suami kepada seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau berkhidmat dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri, yang tinggal bersama suami atau isterinya itu di luar sempadan semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak pada tarikh permohonannya untuk didaftarkan sebagai seorang pemilih Parlimen atau pemilih Negeri;
(e) yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi diluar sempadan semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak; ”.
Sementara itu, Perenggan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menyatakan “mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan ialah seorang pengundi tidak hadir” adalah layak untuk mengundi secara pos.
Justeru itu, seseorang yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak termasuk di bawah mana-mana peruntukan di atas, berhak mengundi mengikut kaedah pengundian yang sedia ada berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Ini bermakna rakyat Malaysia selain kategori yang ditetapkan oleh Peraturan 2(c), (d), (e) dan (f) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang berada di luar negara tidak mempunyai kelayakan untuk mengundi secara pos. Ini termasuklah rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara dalam sektor pekerjaan lain selain perkhidmatan awam.
6. ISU PENDATANG ASING CUBA DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI
Melalui proses pendaftaran pemilih secara Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR pada masa ini, identifier pemohon akan dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System). Jika identifier tersebut sama dengan maklumat pada MyKad, barulah SPR mendaftarkan permohonan tersebut. Jika tidak, SPR tidak akan sesekali mendaftarkan permohonan itu. Ini kerana melalui sistem e-SPPST, data yang dimasukkan akan disaring oleh sistem itu sendiri dan jika terdapat cubaan untuk mendaftarkan permohonan yang tidak sah, sistem secara automatik akan menolak transaksi atau kemasukan data yang berkenaan. Justeru itu, dakwaan menyatakan SPR cuba mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi adalah tidak benar.
7. ISU PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL (INDELIBLE INK)
Cadangan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab. Selain atas sebab keselamatan seperti mana yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR pada 4 Mac 2008, cadangan tersebut juga didapati bercanggah dengan Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi. Seseorang pemilih berdaftar tidak boleh dinafikan hak untuk mengundi kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang. Dalam konteks ini, sekiranya penggunaan dakwat kekal dilaksanakan, penafian hak seseorang pemilih untuk mengundi dikhuatiri mungkin boleh berlaku dalam keadaan jari mereka mungkin dipalit dengan dakwat kekal secara di luar kerelaan atau kesedaran mereka sendiri. Peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia yang boleh menafikan hak seseorang pemilih untuk mengundi diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 119 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika –
(a) pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; dan
(b) sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.”
Tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa berlakunya pengundian berganda oleh seseorang pengundi semasa pilihan raya sehingga memerlukan kepada penggunaan dakwat kekal merupakan tuduhan yang masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak. Sehingga kini, tidak ada satu kes pun yang melibatkan petisyen pilihan raya dan di bawa ke mahkamah berkaitan dengan pengundian berganda. Rakyat ingin juga melihat mereka yang terlibat didakwa di mahkamah kerana selama ini begitu banyak tuduhan dibuat oleh pihak-pihak tertentu tetapi tidak ada tindakan dibuat bagi membuktikannya.
Oleh yang demikian, kaedah sedia ada yang diamalkan pada masa ini masih lagi relevan dan selamat serta menjamin ketelusan proses pengundian yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun, SPR telah memaklumkan bahawa ianya sedang di peringkat mengkaji kaedah lain yang bersesuaian bagi menggantikan cadangan penggunaan dakwat kekal. Antaranya ialah kemungkinan menggunakan kaedah teknologi moden iaitu menerusi kaedah biometrik.
8. ISU “PENGUNDI HANTU”
Sebenarnya isu “pengundi hantu” ini telah berkali-kali dijelaskan oleh SPR melalui media cetak, elektronik dan melalui perjumpaan SPR dengan pelbagai pihak, termasuk wakil-wakil parti politik. Ini kerana setiap kali menjelangnya pilihan raya, sama ada pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil, isu ini sering dibangkitkan dan SPR pula terpaksa membuat penjelasan secara berulang-kali mengenainya.
Mengikut SPR, isu “pengundi hantu” tersebut hanya lebih bersifat tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk memburukkan imejnya sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak. Malahan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini, adanya petisyen pilihan raya yang dibuat bersandarkan isu “pengundi hantu” berkenaan.
Setiap kali isu “pengundi hantu” dibangkitkan, SPR sering meminta pihak yang membuat tuduhan atau tohmahan itu supaya mengemukakan bukti seperti senarai nama “pengundi hantu” yang didakwa itu kepada SPR bagi membolehkan SPR membuat semakan. Tetapi sehingga ke hari ini, SPR tidak pernah menerima senarai nama tersebut. Apa yang berlaku hari ini ialah terdapatnya pemilih berdaftar yang telah terlalu lama tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya, beliau akan balik mengundi di tempat beliau dahulunya telah mendaftar sebagai pemilih itu. Pemilih ini adalah pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya “pengundi hantu” sebagaimana yang sering didakwa beberapa pihak.
9. ISU PEMINDAHAN PENGUNDI
Terdapat dakwaan pihak tertentu mengatakan kononnya SPR cuba memindahkan pengundi dari sesuatu kawasan ke kawasan lain. Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana kerangka undang-undang semasa tidak memberi kuasa kepada SPR untuk menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar tanpa pemilih itu sendiri memohon untuk bertukar alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih). Menurut Fasal (4) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, maka namanya tetap disenaraikan di alamat asal tempat beliau mendaftar sebagai pemilih dengan SPR walaupun pada hakikatnya beliau telah pun bermastautin di suatu tempat baru. Malahan mengikut subperaturan 12(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan telah pun mengisi Borang A yang ditetapkan oleh undang-undang pendaftaran pemilih.
Walau bagaimanapun, bagi membolehkan pemilih berdaftar yang telah bertukar alamat bermastautin mengundi dengan lebih mudah dan selesa berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing, SPR sentiasa menggalakkan mereka untuk membuat pertukaran alamat pusat mengundi. Setelah didaftarkan, haknya untuk mengundi di bahagian berkenaan tidak boleh dilucutkan, walaupun beliau telah berpindah ke tempat lain melainkan beliau sendiri memohon supaya namanya dipindahkan ke tempat mastautinnya yang baru.
10. ISU MENURUNKAN USIA SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR DARIPADA 21 TAHUN KEPADA 18 TAHUN
Peruntukan Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan seseorang warganegara berumur 21 tahun dan ke atas, menetap di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak hilang kelayakan sebagai pemilih, layak untuk mendaftar sebagai pemilih. Justeru itu, cadangan untuk menurunkan usia pengundi di bawah daripada usia yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan kecuali sekiranya pindaan Perlembagaan dibuat bagi tujuan tersebut.
Pada masa ini kumpulan belia yang berusia 18 tahun sebahagian besarnya masih berada di bangku persekolahan atau pusat pengajian tinggi. Alamat mereka semasa menuntut mungkin tidak lagi sama dengan alamat yang terdapat dalam MyKad mereka, sekali gus boleh menyumbang kepada kemungkinan kegagalan mereka untuk mendaftar diri sebagai pemilih disebabkan alamat mereka yang berbeza dengan alamat asal. Dalam pada itu, sekiranya mereka berjaya mendaftar diri di alamat asal, kedudukan mereka sebagai pelajar di alamat baru yang berjauhan dari alamat asal mungkin boleh menyumbang kepada kegagalan mereka untuk balik mengundi pada hari pengundian. Keadaan ini boleh menyumbang kepada peningkatan peratusan mereka yang gagal keluar pada hari pengundian.
Seperkara lagi, apa yang turut dibimbangkan sekiranya usia pemilih berdaftar diturunkan daripada umur 21 tahun sekarang kepada umur 18 tahun ialah kemungkinan meningkatnya bilangan mereka yang gagal mendaftar sebagai pemilih. Pada masa ini seramai 3.9 juta rakyat Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih masih gagal mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih. Sekiranya langkah penurunan usia pemilih ini dilaksanakan dikhuatiri angka mereka yang gagal mendaftar sebagai pemilih akan meningkat berikutan seramai kira-kira setengah juta rakyat Malaysia akan melepasi had kelayakan usia minimum sebagai pemilih setiap tahun.
11. ISU PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH
Proses pembersihan Daftar Pemilih dilakukan setiap hari terhadap pemilih yang meninggal dunia, pemilih yang bertukar alamat, pemilih awam yang menyertai tentera atau polis, pemilih pos tentera atau polis yang bertukar menjadi pengundi awam dan pemilih yang hilang kelayakan sebagai pemilih berdaftar. Bagi kes pembersihan disebabkan kematian yang sering dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu, SPR tidak boleh memotong nama seseorang pemilih berdaftar itu tanpa mendapat maklumat yang sahih dan maklumat itu hanya dapat diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Oleh itu, kerjasama mana-mana waris simati untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur atau sebagainya sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris simati berkenaan dipohon.
Jika waris simati tidak memperakukan kesahihan kematian tersebut kepada JPN, ataupun lewat melaporkan kematian tersebut, maka JPN tidak dapat mengemaskini pangkalan data. Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih. Justeru itu, kerjasama waris-waris simati amat diperlukan untuk melaporkan kematian berkenaan kepada JPN dengan segera dan seterusnya membolehkan SPR mengambil tindakan susulan untuk mengeluarkan nama pemilih tersebut daripada Daftar Pemilih.
12. ISU PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
Urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah tanggungjawab SPR yang diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Dalam menjalankan urusan tersebut SPR perlu mematuhi Prinsip-Prinsip Persempadanan yang digariskan mengikut Bahagian I Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-Prinsip Persempadanan yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:
(i) Kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih untuk mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak melanggar sempadan negeri;
(ii) Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihanraya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian;
(iii) Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan.
Kriteria jumlah pemilih yang diguna pakai pada masa ini adalah seperti berikut;
Bahagian Pilihan Raya Parlimen:
Luar bandar dan pedalaman:
30,000 ke bawah
Separuh bandar: 30,000 – 59,000
Bandar: 60,000 ke atas
Bahagian Pilihan Raya Negeri:
Luar bandar dan pedalaman:
15,000 ke bawah
Separuh bandar : 15,000 – 24,000
Bandar: 25,000 ke atas; dan
(iv) mengekalkan perhubungan masyarakat tempatan.
Setelah lima kali urusan persempadanan dijalankan, ia tidak pernah melanggar Prinsip-Prinsip Persempadanan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. Jika dilihat kepada persempadanan-persempadanan yang diwujudkan, tidak ada satu pun sempadan bahagian pilihan raya yang melanggar sempadan negeri atau sempadan DUN yang melanggar sempadan Parlimen. Tindakan tersebut adalah selaras dengan Peruntukan yang ditetapkan oleh Seksyen 2(a) Bahagian I, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan yang menyatakan “di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semusabahnya mudah untuk pergi mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan”.
Apa yang dilakukan ialah seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu, sama ada bahagian pilihan raya Parlimen atau Negeri, diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu di mana jumlah pemilih yang berkurangan, terpaksa diwujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari dua daerah pentadbiran yang berlainan seperti Kulim/ Bandar Baru, Tanjung Karang/ Kuala Selangor dan banyak lagi bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen di Negeri Sabah dan Sarawak.
Namun demikian tindakan ini dianggap tidak melanggar prinsip-prinsip persempadanan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Cuma dari segi pentadbiran, mungkin ada sedikit gangguan kepada Wakil Rakyat kerana mereka perlu menghadiri mesyuarat di lebih dari satu daerah pentadbiran. Berdasarkan kepada pengalaman, tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh Wakil Rakyat atau pihak berkuasa pentadbiran daerah kerana masing-masing memahami serta faham tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
13. ISU TEMPOH BERKEMPEN
Peruntukan undang-undang sedia ada memberikan kuasa kepada SPR untuk menentukan tempoh berkempen dengan syarat ia tidak kurang daripada tujuh hari. Dalam menentukan tempoh berkempen, SPR mengambil kira beberapa faktor seperti iklim politik, perihal keselamatan dan ketenteraman awam serta turut mengambil kira pandangan daripada parti-parti politik yang rata-rata bersetuju dengan tempoh berkempen yang dilaksanakan ketika ini. Tempoh 7 hingga 9 hari adalah bersesuaian bagi semua parti lebih-lebih lagi parti politik yang kecil saiznya atau calon bebas untuk turut sama berkempen memandangkan ia tidak memerlukan setiap parti membelanjakan kos yang tinggi bagi pengeluaran bahan-bahan kempen.
Bagaimanapun SPR akan terus mengkaji semua langkah pembaikan, termasuk memperuntukkan tempoh kempen yang lebih panjang sekiranya langkah tersebut boleh membawa kebaikan kepada semua pihak dan tidak menimbulkan isu keselamatan dan ketenteraman awam.
14. ISU RASUAH PILIHAN RAYA
Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) memperuntukkan kesalahan akibat perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas sesuatu pilihan raya. SPR telah beberapa kali menyebutkan ianya bukanlah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk membuat siasatan (termasuk mengenai isu rasuah dan politik wang).
Andainya terdapat maklumat dan bukti-bukti prima facie yang kukuh mengenai perkara tersebut maka ia boleh dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kuasa perundangan untuk menyiasat (termasuk kes-kes berhubung dengan isu rasuah dan politik wang).
Bagaimanapun, persoalan sama ada wujud sesuatu kesalahan sewaktu berkempen dan sama ada ia melanggar Akta 5 atau sebaliknya adalah merupakan persoalan fakta. Jika terdapat apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana orang, fakta itu akan disiasat oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Jika mana-mana orang didakwa atas fakta itu, fakta itu perlu dibuktikan di mahkamah oleh pihak-pihak yang mendakwanya.
15. ISU KAWALAN PERBELANJAAN SEMASA PILIHAN RAYA
Had perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan bagi seseorang calon bagi kerusi Parlimen pada masa ini adalah sebanyak RM 200,000.00 manakala bagi calon kerusi Dewan Undangan Negeri sebanyak RM 100,000.00. Mengikut peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), semua perbelanjaan pilihan raya perlu dilakukan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan penyata perbelanjaan perlu dihantar kepada SPR dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.
Di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tidak dinyatakan bahawa Penyata Perbelanjaan oleh setiap parti perlu diaudit secara bebas oleh Juru Audit Bertauliah sebelum ia diserahkan kepada SPR. Peraturan dan undang-undang Pilihan Raya yang sedia ada sudah mencukupi untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar, telus, adil dan bersih daripada sebarang penyelewengan dan rasuah.
16. ISU AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
Walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa media arus perdana dilihat seolah-olah dikawal oleh parti pemerintah iaitu Barisan Nasional, parti pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media apabila Kementerian Dalam Negeri masih memberikan permit yang diperuntukkan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, untuk menghebahkan manifesto dan menjana propaganda mereka menerusi akhbar parti masing-masing. Di samping itu, parti pembangkang juga telah mendapat keuntungan daripada kemunculan arus media baru (the emergence of new media) yang didapati secara umumnya banyak mendukung ideologi dan pemikiran ala politik baru.
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kebebasan media bukanlah mutlak walaupun golongan pemainnya beranggapan bahawa kebebasan individu, kebebasan bersuara dan media adalah hak asasi. Ini kerana ia masih terikat dan tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh undang-undang (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) yang dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri yang mana kebebasan media dibenarkan selagi ia tidak bermaksud untuk memfitnah, menghina dan mengaibkan seseorang atau sesuatu kumpulan yang boleh menggugat kesejahteraan dan keharmonian masyarakat seperti yang dihasratkan di dalam Fasal (1) dan (2) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) –
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan”.
17. ISU KEADILAN DALAM PETISYEN PILIHAN RAYA
Dalam menjamin sistem pilihan raya yang telus dan adil, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan membenarkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR untuk mengemukakan petisyen pilihan raya kepada mana-mana Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya diadakan.
Dalam hal yang sama, jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, mereka boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibuat.
Sebagai sebuah badan bebas yang diamanahkan bagi mengendalikan sesuatu pilihan raya, SPR tidak mempunyai apa-apa kuasa atau sebarang hak untuk terlibat atau mempengaruhi sebarang keputusan berkaitan petisyen yang dikemukakan yang mana ia terletak sepenuhnya di bawah kuasa Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.
18. ISU HAK UNTUK MEMANTAU PILIHAN RAYA
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan hanya SPR diberi kuasa untuk menentukan mereka yang boleh diberi kebenaran untuk masuk ke kawasan larangan seperti Pusat Penamaan calon, Pusat-pusat Mengundi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. Dalam keadaan ini, bagi mana-mana persatuan atau pertubuhan yang berminat untuk menjadi pemerhati atau pemantau bagi sesuatu pilihan raya, maka perlu mendapat kebenaran dari SPR terlebih dahulu dan sebarang kelulusan yang diberikan adalah tertakluk kepada apa-apa peraturan dan garis panduan yang disediakan oleh SPR bagi sesuatu pilihan raya bagi memastikan sesuatu pilihan raya dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
Sehubungan ini, SPR pernah memberi akreditasi kepada MAFREL sebagai pemerhati pilihan raya semasa PRU-12 pada 8 Mac 2008, diikuti kemudiannya dengan beberapa pilihan raya kecil yang berlangsung dalam tahun 2009. Bagaimanapun, MAFREL telah gagal mengemukakan beberapa laporan pemantauannya sepertimana yang termaktub dalam syarat-syarat pelantikan badan tersebut sebagai pemerhati pilihan raya. Malah, MAFREL juga didapati telah melanggar beberapa syarat lain yang telah ditetapkan seperti membuat kenyataan media mengenai pemerhatian pilihan raya tanpa pengetahuan SPR. Ekoran dari kesalahan-kesalahan tersebut, SPR telah tidak lagi melantik MAFREL menjadi pemerhati pada beberapa pilihan raya kecil yang berlangsung dalam tahun 2009 hingga ke awal 2011. SPR berpandangan, sesebuah badan pemerhati pilihan raya mestilah bersifat “non-partisan” serta mempunyai kredibiliti dan integritinya yang tersendiri.
Setakat ini, SPR belum bercadang untuk membenarkan pemantau antarabangsa memantau urusan penjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan SPR pada masa ini telah membenarkan ejen calon yang bertanding untuk menyaksikan secara telus proses pilihan raya yang berlangsung seperti proses pengundian dan pengiraan undi.
19. ISU PILIHAN RAYA YANG BEBAS DAN ADIL
Semenjak merdeka 54 tahun yang lalu, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dengan kata lain, kita mempunyai sistem, dasar dan undang-undang yang telah sekian lama digariskan, yang perlu kita ikut dan patuh, untuk memastikan demokrasi dan hak-haknya dilaksanakan mengikut kehendak rakyat terbanyak (the majority), melalui keputusan suara mereka yang diwakilkan atau ‘Wakil Rakyat’ di dalam Parlimen.
Wakil rakyat pula dipilih melalui sistem pilihan raya yang juga telah diasaskan semenjak 54 tahun yang lalu, yang berteraskan kepada tiga prinsip utama seperti berikut :-
(a) Berasaskan kepada sistem First Past The Post ataupun majoriti mudah. Ini bermakna mana-mana calon yang memperoleh undi yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai calon yang menang walaupun beliau hanya mendapat kelebihan satu undi mengatasi calon lawannya yang lain;
(b) Berasaskan kepada pemilihan seorang pewakilan bagi setiap bahagian pilihan raya (Single Member Territorial Representation) sama ada bagi bahagian pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN); dan
(c) Berasaskan kepada sistem penyertaan pelbagai parti politik dan pihak-pihak yang layak bertanding dalam sesuatu pilihan raya (Multi Party Electoral System).
SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fungsi utama SPR adalah seperti yang berikut:
(a) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan;
(b) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan
(c) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu.
Sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas, keputusan SPR tidak dipengaruhi oleh sesiapapun. Dalam melaksanakan fungsi-fungsinya, SPR berlandaskan kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang seperti berikut;
(a) Perlembagaan Persekutuan (Perkara 113-120);
(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);
(c) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19);
(d) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981;
(e) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002; dan
(f) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Ketelusan SPR dalam menjalankan pilihan raya boleh dilihat di berbagai-bagai peringkat seperti ketelusan semasa proses penamaan calon, semasa tempoh berkempen, semasa hari pengundian, semasa proses pengiraan kertas undi dijalankan dan juga semasa mengisytiharkan pemenang bagi parti yang bertanding.
Dalam hal ini juga perlu disebut bahawa SPR telah membuktikan kewibawaannya melalui pengendalian 12 Pilihan Raya Umum (PRU) semenjak tahun 1959. Ini termasuklah PRU Ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pihak pembangkang telah memenangi 82 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada PRU Ke-12, di samping menguasai pemerintahan tiga buah Kerajaan Negeri yang baru selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Sementara itu, daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU Ke-12 pula, lapan daripadanya telah dimenangi oleh pihak pembangkang.
Kesemua ini meyakinkan rakyat bahawa sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah sistem yang berwibawa (credible election), bebas dan adil. Ini kerana, keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah (legitimate) oleh semua pihak sama ada pihak Kerajaan mahupun pihak pembangkang, yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.
20. ISU PILIHAN RAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERLU DIADAKAN SEMULA OLEH SPR
Fasal (4) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya selain pilihan raya yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang persekutuan yang berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan ialah Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 [Akta 473]. Bahagian V Akta 473 mempunyai peruntukan mengenai kuasa SPR untuk menyelia pilihan raya bagi melantik Anggota Majlis sesuatu pihak berkuasa tempatan. Walau bagaimanapun, semua peruntukan berhubung dengan pilihan raya kerajaan tempatan dalam Akta 473 telah dimansuhkan dan dihentikan kuat kuasanya atau terhenti mempunyai kesan oleh subseksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
Dengan termansuh dan terhentinya kuat kuasa dan kesan bagi apa-apa peruntukan berhubung dengan pilihan raya kerajaan tempatan di bawah Akta 473, seksyen 10 Akta 171 menghendaki keanggotaan sesuatu Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibuat secara pelantikan (by appointment).
Jika mana-mana Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), suatu keputusan dasar hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi menentukan sama ada pilihan raya PBT hendak diadakan semula atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, bidang kuasa bagi mana-mana negeri yang berkenaan adalah tertakluk kepada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) (National Council for Local Government) yang ditubuhkan mengikut perkara 95A Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kepada Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan, walaupun kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing, apa-apa perkara yang melibatkan perubahan dasar dan perundangan mengenainya adalah tertakluk kepada kelulusan MNKT.
Wednesday, April 21, 2010
Tips Untuk Menghalang Daripada Menjadi Mangsa Jenayah
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM
Tuesday, March 30, 2010
PENJELASAN ISU TUNTUTAN HASIL PETROLEUM KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Berikut adalah jawapan kepada isu tuntutan yang dimaksudkan;
1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?
Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah “bayaran tunai” sebanyak 5% dan perkataan “royalti” tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.
2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri tahun 1975/1976?
Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).
3. Adakah kerajaan negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?
Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilayah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil yang diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.
4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?
Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?
Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop / bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1975 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan Kerajaan negeri pada tahun 1975/1976. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.
6. Mengapakan Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM 20 Juta?
Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana iainya di luar perairan 3 batu nautika.
7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalty patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil Petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan?
Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalty perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan Wang Ehsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu. Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar “wilayah” mereka (Bernama – 1 November, 2000). Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.
8. Apakah ketua pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?
Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, ketua pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai dan royalti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh kerana ini, ketua pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu. Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan Negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.
Thursday, August 27, 2009
Ganjaran Untuk Menunaikan Solat Terawikh
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”
