Monday, December 7, 2009

Dua pelajar cemerlang UPSR terkejut terima kunjungan YB

MEMBAKUT: Siti Norfarhana Nazihah Hassan, 12, dan Dayang Norfarain Kamis, 12, tidak menyangka kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif ke Sekolah Rendah Ugama (SRU) Membakut, di sini untuk meraikan kejayaan mereka.

Kedua-dua pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Rendah Agama tahun ini. Selain dua pelajar itu, seorang lagi pelajar, Siti Norfarah Izyini Hassan, 12, turut cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Agama di sekolah terbabit. Siti Norfarahana Nazihah berkata, beliau tidak menyangka Mohd Arifin datang ke sekolah mereka dan memberikan ucapan tahniah.

"Saya tidak sangka kejayaan ini turut diraikan wakil rakyat kami dan ini sudah tentu memberikan semangat kepada saya untuk mencapai kecemerlangan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Dayang Norfarain berkata, Mohd Arifin memberi dorongan kepadanya supaya meneruskan kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, sekali gus berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.

"Saya akan berusaha mencapai kejayaan lebih besar pada masa depan sekali gus merealisasikan cita-cita keluarga untuk melanjutkan pengajian ke menara gading," katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Siti Norfarhana Nazihah dan Dayang Norfarain dengan menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai pendorong bukan saja kepada mereka tetapi juga pelajar lain supaya berusaha lebih gigih mencapai kejayaan.

Katanya, kejayaan itu seharusnya menjadi permulaaan kepada kecemerlangan pada masa depan sekali gus hadiah paling berharga kepada kedua orang tua yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya.

"Saya harap pelajar yang mencapai kecemerlangan hari ini supaya meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan berterusan pada masa depan," katanya.

-------------------------------------------------------

Sumber: Berita Harian

Tarikh: 07/12/2009 (Isnin)

Pautan: Klik Di Sini

Tuesday, December 1, 2009

Kursus Pengenalan, Penulisan & Pengendalian Laman Blog Di Bahagian Parlimen Kimanis

 

 1hb Disember 2009 (Selasa) - Kursus Pengenalan, Penulisan & Pengendalian Laman Blog Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah Bahagian Parlimen Kimanis telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Info Desa Kg. Saga - Saga Pimping, Membakut. Seramai 16 orang peserta yang telah mengikuti kursus sehari ini yang mana terdiri daripada belia dan beliawanis Parlimen Kimanis. Juga turut hadir wakil daripada beberapa badan kerajaan yang mana telah dijemput khas bagi mengikuti kursus ini. Adun N.24 Membakut, Y.B Datuk Haji Mohd. Arifin Arif yang mana telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus ini berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang ini kearah kebaikan bagi mengwujudkan suatu imej masyarakat berilmu bagi kawasan Parlimen Kimanis secara amnya dan kawasan N.24 Membakut secara khususnya. Beliau juga berharap supaya kursus - kursus seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap bagi meningkatkan kefahaman para belia akan kegunaan dan etika "Media Baru" disamping mendapat manfaat daripadanya.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang tempoh kursus dijalankan:

 

 

 

 

 

 

 


 


 


 

 

 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

Wednesday, November 4, 2009

Pengumunan Dari Sidang Ridaksi

Kami telah melakukan beberapa rombakan di dalam struktur sidang ridaksi Suara Membakut.blogspot.com . Di mana buat masa ini kami kekurangan tenaga di dalam membuat liputan di sekitar daerah Membakut. Oleh itu, jikalau anda ingin menyumbangkan berita dan gambar2 yang berkaitan dengan daerah Membakut anda boleh berbuat sedemikian dgn menghantarkannya melalui email. Email kami: pemudamembakut@gmail.com

Thursday, August 27, 2009

Ganjaran Untuk Menunaikan Solat Terawikh

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”