Tuesday, April 28, 2009

Berhati-hati Ketika Memilih Kursus

Proses pemilihan kursus/program pengajian dan IPT amat penting kerana ia menentukan hala tuju kerjaya para pelajar di masa depan. Oleh itu para pelajar perlu lah berhati-hati ketika membuat pilihan tersebut.

Para pelajar boleh mendapatkan panduan kerjaya secara online namun untuk mengelakkan kekeliruan para pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan kaunselor sekolah masing-masing.

Salah satu sebab pelajar membuat pilihan yang salah adalah kerana tekanan dari ibu bapa atau kurangnya maklumat yang betul. Oleh itu, pelajar sekalian perlu mengenalpasti minat dan kekuatan mereka dan juga mengenalpasti samada kursus yang dipilih itu akan membantu dalam kerjaya mereka di masa depan. Berikut adalah beberapa faktor yg mempengaruhi pemilihan kursus:

  • Pencapaian akademik pelajar
  • Cita-cita (Kerjaya)
  • Minat
  • Keinginan Ibu bapa
  • Pengaruh Rakan Sebaya
  • Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian
Panduan Memilih Kursus/Program:

  • Menyenaraikan pilihan program mengikut keutamaan.
  • Mendapatkan maklumat program yang hendak dipohon dengan membaca syarat-syarat khas program tersebut.
  • Sekiranya perlu boleh mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari Fakulti yang berkenaan, kaunselor atau kampus cawangan IPTA/IPTS yang berhampiran.

Thursday, April 9, 2009

DATUK ANIFAH HJ AMAN: MENTERI LUAR NEGERI


Sidang Ridaksi Suara Membakut mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada ahli parlimen Kimanis di atas perlantikan sebagai Menteri Luar Negeri seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Di harap perlantikan Y.B Datuk Anifah bin Hj. Aman sebagai Menteri Persekutuan dapat membawa faedah kepada para pengundi di kawasan Parlimen Kimanis secara khusus dan keseluruhan rakyat Malaysia secara amnya... sekali lagi setinggi - tinggi tahniah daripada kami dan selamat menjalankan tugas.

Wednesday, April 8, 2009

Laksana projek dengan sempurna: Arifin

MEMBAKUT: Kontraktor bumiputera dinasihatkan supaya melaksanakan projek yang diberikan kerajaan dengan sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif berkata pelaksanaan yang sempurna akan memberi kesan yang positif kepada rakyat.

“Kita mahu supaya projek yang dilaksanakan itu apabila siap nanti dapat memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran projek undian Pia-Pias Pejabat Pembangunan Negeri Sabah Jabatan Perdana Menteri di sini baru-baru ini.

Seramai 52 kontraktor tempatan menerima surat tawaran tersebut.

Mohd Arifin memberitahu projek yang diperolehi oleh kontraktor itu adalah projek yang disenaraikan oleh Pejabat Ahli Parlimen Kimanis, Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Membakut dan diselaraskan Pejabat Daerah Kecil Membakut.

Menurutnya projek yang disenaraikan itu tentunya adalah untuk menambahkan lagi kemudahan bagi dinikmati oleh rakyat.

“Setiap projek yang disenaraikan itu adalah untuk kepentingan dan kemudahan rakyat, kerana itulah kita mahu setiap kontraktor dapat melaksanakannya dengan sempurna,” katanya lagi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan yang menyalurkan projek tersebut menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.

Tarikh: 08/04/09 (Rabu)

Sumber: New Sabah Times

Pautan: Klik Di---> SINI

---------------------------

Diharapkan kontraktor2 yang dipertanggung jawab dapat melaksanakan projek pembangunan yang telah diamanatkan kepada mereka. Janganlah terlampau ghairah di dalam mengaut keuntungan sehinggakan meninggalkan hasil kerja yang tidak berkualiti. Jika hasil kerja yang baik itu dapat ditunjukkan insyallah nama sendiri juga yang dapat pujiannya. Manalah tau ada projek lain yang ditawarkan maka syarikat anda jugalah yang berpotensi... Insyallah...

Wednesday, April 1, 2009

Waspada skim tipu kad kredit

KUALA LUMPUR 31 Mac – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan skim penipuan kad kredit menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertujuan untuk mendedahkan butiran maklumat peribadi mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun berkata, skim tersebut yang dikesan sejak tahun lalu didapati semakin berleluasa sehingga hari ini.

Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja, polis menerima sebanyak 25 laporan berhubung penipuan sindiket berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu ialah dengan menghantar SMS kepada pengguna telefon terutamanya mereka yang menggunakan talian Maxis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, SMS yang diterima mangsa adalah seperti Ambank. Pelanggan yang dihormati pada 03/12/09 anda telah belanja kad kredit anda di IOI Mall sebanyak RM4,982. Kod belanja: CR 653A, sila uruskan bayaran dengan cepat. Tel: 03-86590342.

Beliau memberitahu, mangsa yang terpedaya dengan SMS tersebut akan menghubungi nombor telefon tertera.

TARIKH: 01/04/09

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

PAUTAN: KLIK DI---> SINI

-----------------------------

Diharap semua pembaca dapat mengambil perhatian tentang perkara ini... Jgn mudah tertipu dengan kegiatan sindikit ini.