Thursday, September 27, 2012

KALAU ROSMAH BOLEH MENABUNG BELI CINCIN... ANUWAR PUN BOLEH BAH....

 Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet mewah pula dalam usaha mereka ‘mendekati’ rakyat marhaen. 

Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat.  Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal ‘kenangan’ kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN. 

Pemimpin BN diperuntukkan segala kemudahan oleh kerajaan, dan bukannya dengan menggunakan wang persendirian.  Begitupun, tiada pemimpin BN yang sebegitu mewah, termasuk Perdana Menteri sendiri. 

Sebenarnya, kemewahan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang rahsia.  Melihat dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau sebulan, tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau lebih hebat dari seorang Ketua Negara.  

Mungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura.  Beliau yang menjadi mewah secara mendadak, sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan yang mewah secara melampau. 

Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi.  Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya.  

Khabarnya, jet tersebut disewa dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat untuk digunakan khas bagi Anwar melawat Sabah, Sarawak dan Labuan.   Turut bersama Anwar ialah Tian Chua dan beberapa pemimpin PR lain, termasuk Bendahari parti PAS. 

Nampaknya, Anwar benar-benar ingin menjalani kehidupan sebagaimana dirasakan ‘layak’ buat dirinya iaitu sebagai seorang yang sepatutnya menjadi ketua negara.   Pastinya, lawatan ke Sabah, Sarawak dan Labuan begitu penting bagi Anwar sehinggakan kos sewaan dan segala perbelanjaan sampingan yang pastinya mencapai ratusan ribu kalaupun tidak jutaan ringgit tidak menjadi soal baginya. 

Atau mungkin juga, kos setakat itu hanyalah ‘di celah gigi’ saja baginya.. 

Dengan kemewahan Anwar dan PR yang melampau ini, dengan sendirinya segala fitnah mereka terhadap Datin Seri Rosmah yang kononnya suka bermewah dan membazir sudah tidak relevan lagi.  

Kini, PR tidak punya kredibiliti lagi untuk mencipta isu harga beg tangan atau cincin isteri Perdana Menteri, atau mempersoalkan keluarga Perdana Menteri membeli belah atau kos satu-satu majlis peribadi. 

Sedangkan di pihak PR sendiri, belum pun mendapat kuasa, jurang antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu ketara. 

Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR benar-benar berkuasa.  Agaknya, apakah jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem keselamatan tercanggih ala Israel.  Majlis-majlis keluarga mereka juga tentunya setanding dengan Presiden Amerika Syarikat layaknya dan mungkin dihadiri oleh artis-artis Hollywood juga. 

Tidak mampu rasanya walaupun hanya untuk membayangkan berapakah agaknya kos bagi merealisasikan ‘kehidupan di atas kayangan ini?’ 

Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan ‘membazir’, maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir?   Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa?  Kenapa perlukan sebuah jet?   Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya? 

Rakyat wajar meneliti sifat suka bermewah dan membazir pemimpin PR dengan lebih serius. 

Jika PR diberi mandat, negara ini tidak mungkin mampu membiayai cara hidup mereka yang setanding pemimpin kuasa besar dunia.   Apatah lagi jika segala janji-janji Buku Jingga ditunaikan di mana tol dihapuskan, hutang PTPTN dihapuskan, royalti minyak dinaikkan bagi negeri pengeluar minyak dan lain-lain janji manis lagi, yang mana pasti menyebabkan pendapatan negara berkurangan secara mendadak, maka bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin ini akan memastikan cara hidup mewah mereka kekal?

Tentulah dengan cara membalikkan semua kos tersebut kepada pengguna a.k.a rakyat melalui cukai perkhidmatan dan barangan.  Akhirnya, yang untung ialah golongan peniaga dan kaya, serta pemimpin PR.   Dan yang menanggung sengsara adalah rakyat marhaen sekalian.

Tuesday, September 25, 2012

DANA YAHUDI UNTUK LAKSANA HUDUD?


Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka.

Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM.

Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing.

Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang.   Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing.

Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan.

Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka?   Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun?  Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat.

Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.  Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan. 

Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka.  Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain.

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.   Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka.

Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama.

Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan liberalisme mahupun pluralisme.

Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam PAS benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut.

Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam.  Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’. 

Namun, tulisan Aspan yang ‘malu-malu’ untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas.

Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah.  Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR.   Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar.

Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan.  Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing?

Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut? 

Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa ‘wang dari darah umat Islam’ yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud? 

Apakah kedudukan ‘halal-haram’ menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam?

Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan PAS iaitu, ‘Asal Bukan UMNO’, maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa?

Thursday, January 5, 2012

Demonstrasi mahasiswa

 Satu tulisan yang bernas hasil nukilan Dr. Ben yang sidang ridaksi ingin kongsikan bersama dengan para pembaca... mungkin ianya dapat memberi iktibar kepada kita semua....

Semenjak dua menjak ini berlaku beberapa insiden di mana mahasiswa berdemonstrasi. Dua perkataan penting seperti pada tajuk artikel ini, demonstrasi dan mahasiswa.

Demonstrasi adalah lumrah negara yang mengamalkan demokrasi. Lain halnya kalau di Arab Saudi yang mengamalkan sistem monarki. Di Arab Saudi, ikut laporan mereka yang pernah menunaikan haji/umrah, jangan sekali-kali berkumpul tak tentu pasal, walaupun sekadar sembang-sembang. Anda mungkin akan ditangkap.

Saya tidak pernah menghadiri demonstrasi di Malaysia tetapi di Australia saya pernah jadi penonton. Demonstrasi cikgu sekolah yang mahu kenaikan gaji. Seminggu sebelum demonstrasi dibuat, surat dihantar kepada ibubapa oleh persatuan guru-guru menyatakan bahawa pada tarikh sekian-sekian mereka akan berdemonstrasi. Sekolah akan ditutup.
Pada hari demonstrasi, mereka berarak di tengah-tengah bandar Adelaide. Ramai guru-guru dan penyokong mereka yang ambil bahagian. Mereka melaungkan slogan-slogan dan membawa sepanduk dan berarak mengikut jalan yang telah ditetapkan. Jalan tersebut telah ditutup dan polis mengawal trafik.

Contoh guru ini sangat berkait dengan mahasiswa. Untuk menjadi guru, sekurang-kurangnya mereka perlu ada segulung ijazah dari kolej ataupun universiti. Mereka berpelajaran tinggi. Oleh itu mereka diharapkan menerapkan budaya kolej dan universiti. Ya, di dalam kolej ataupun universiti, memang ada budaya tertentu yang diharapkan dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah.
Sudah tentu bukan maki hamun, panjat pagar dan baring terlentang di atas jalan untuk mendatangkan hujah.

Maki hamun, panjat pagar dan terlentang di atas jalan mungkin layak dibuat oleh golongan yang lain tetapi bukan untuk mahasiswa. Apatah lagi merosak harta benda awam tanpa hak.
Sememangnya mahasiswa adalah harapan negara. Mereka diharap berani. Berani tanpa membuang kecerdikan. Pada seorang mahasiswa, kecerdikan itu adalah maruah mereka.
Mahasiswa diharap kehadapan membawa isu-isu masyarakat, sosial, politik, negara dan agama. Mereka perlu kehadapan. Tapi tidak perlu terlentang di atas jalanraya.

Pemimpin negara sekarang (kerajaan atau pembangkang) yang mungkin menjadi idola sesetengah mereka, bukanlah jenis yang terlentang di atas jalan raya. Bukan juga yang memaki hamun apatah lagi merosakkan harta benda awam. Jika pernah, sekarang mereka tidak melakukannya lagi. Jika masih juga pe'el begitu, adakah pemimpin jenis ini yang kita mahu?
Maki hamun, terlentang di jalan raya dan merosakkan harta benda awam bukanlah satu budaya yang diterapkan di dalam institusi pengajian tinggi, apatah lagi institusi yang akan mengeluarkan mereka yang akan mendidik anak bangsa. Nasib baik, jumlah yang sebegini tidak sepuluh kali ganda bilangannya. Jika tidak, kita jadi risau.