Friday, May 15, 2009

Karmila Sukirman dirayu kembali ke pangkuan keluarga

 SANDAKAN : Gadis kelahiran Sandakan,Karmila Sukirman,19, yang menuntut di salah sebuah kolej di Negeri Sembilan yang didakwa hilang sejak 29 Mac lepas,dirayu agar kembali ke pangkuan keluarga.

Keluarga remaja berasal dari batu 10, Jalan Labuk ini amat mengharapkan anak gadi yang masih menuntut semester 2,Diploma Teknologi Pengurusan di Negeri Sembilan kehilangan masih menjadi tanda tanya keluarga mangsa kerana tiada sebarang berita dari mangsa sejak kehilangannya.

Kakak sulung mangsa,Sunarti,26 tahun berkata kehilangan mangsa disedari oleh seorang lagi kakak mangsa yang bekerja di Selangor.

“Kali terakhir saya melihat adik saya (Karmila), ketika saya melawatnya pada Mac lepas dan bercuti di tempat adik saya seorang lagi di Selangor dan pada 29 Mac (Ahad), adik saya Karmila kembali ke Kolej di Negeri Sembilan,” katanya di sini kelmarin.

Bagaimanapun kata Sunarti kali terakhir mereka menerima satu pesanan ringkas (SMS),dari mangsa apabila di tanya samada dia sudah sampai ke kolej pada petang Ahad (29 Mac),dan ketika itu tiada lagi khabar dari mangsa.

“Bunyi sms hanya berbunyi “ahh” dan kami pun tidak perasan ada masalah berlaku sehinggalah kami menghubungi salah seorang rakan sekuliahnya yang memberitahu kami bahawa Karmilla tidak turun ke kelas sejak dari dia bercuti ke rumah kakaknya di Selangor,” katanya lagi.

Menurut Sunarti keluarga mereka terutama ibu bapa mangsa terlalu bimbang memikirkan kehilangan anak gadis bungsu dari empat adik beradik yang sehingga hari ini tiada khabar berita dari mana-mana pihak terutama dari anak sendiri.

Sunarti berkata satu laporan polis telah dibuat di Selangor sebaik mengetahui sesuatu mengenai kehilangan Karmila pada Rabu Mac selepas tiga hari adik mereka tidak kembali ke kolej dan mana-mana rumah saudara berdekatan.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Sunarti , 012-8368453. – SANTE VILLIAMON

Thursday, May 14, 2009

Bijak pilih kawan elak pelajar terjebak jenayah

BARU-BARU ini, masyarakat di seluruh negara didedahkan dengan pelbagai perbuatan jenayah dan salah laku pelajar termasuk mencuri, merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, mencederakan murid lain dan memeras ugut untuk mendapatkan wang. 

Masyarakat dulu mungkin tidak pernah terfikir akan wujud generasi pelajar yang bertindak ganas termasuk memeras ugut hingga sanggup mencederakan pelajar lain. 

Ada beberapa faktor menyebabkan gejala itu semakin serius iaitu: 

 
l Kemerosotan moral dan akhlak kesan pembangunan negara dan era ICT; 

l Keruntuhan institusi keluarga yang gagal memainkan peranannya sebagai institusi pembentukan insan yang positif dan produktif; 

l Masalah dan kesan krisis rumah tangga; dan 

l Pengaruh rakan sebaya. 

Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipertanggungjawabkan mendidik generasi muda supaya membenci jenayah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengambil inisiatif dengan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah sejak 1999 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang antara objektifnya ialah:- 

l Memupuk rasa patuh kepada peraturan dan undang-undang negara; 

l Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah; 

l Menanam nilai moral yang tinggi di kalangan pelajar mengenai pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah; 

l Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada masyarakat; dan 

l Mendidik supaya pelajar tidak terbabit dalam kegiatan jenayah dan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. 

Matlamat MCPF ialah membentuk masyarakat remaja supaya mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pencegahan jenayah agar mereka mempunyai kefahaman mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat harmoni. 

Sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat, kita harus sedar bahawa kehidupan remaja hari ini amat mencabar, sejajar dengan arus pemodenan dan pembangunan. 

Selain rakan sebaya, ibu bapa dan guru serta pengaruh persekitaran seperti budaya Barat dan media massa mempengaruhi pemikiran remaja. 

Kami berharap semua pihak sama ada agensi penguatkuasaan undang-undang atau NGO bersama-sama memikul tanggungjawab menangani masalah itu untuk kebaikan masa depan generasi kita. 

Saya mengingatkan pelajar supaya jangan sekali-kali terbabit dengan apa juga perlakuan jenayah yang akan menjejaskan masa depan mereka. 

Pada usia remaja, mereka lebih rapat dengan rakan sebaya. Sikap pembawaan dan penampilan rakan sebaya banyak mempengaruhi tingkah laku remaja. 

Sering kali remaja terpaksa melakukan perbuatan tidak sihat seperti merokok agar diterima sebagai ahli kumpulan rakan sebayanya itu. 

Pelajar perlu berhati-hati memilih rakan. Jangan tersalah pilih rakan yang kelak boleh menjerumuskan anda kepada jenayah. 

Rakan yang baik akan membantu anda menjadi insan yang baik dan berguna. 

Kepada guru dan pelajar, polis tidak mampu bergerak dan bertindak sendirian bagi membasmi dan mencegah jenayah di kalangan pelajar. 

Polis memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pengurusan sekolah dan pelajar. 


TAN SRI LEE 

LAM THYE, 

Naib Pengerusi MCPF.


Tarikh: 14/05/09

Sumber: Berita Harian

Pautan: Klik Di---> SINI

-------------------------

Para pelajar dan remeja sekalian patut sudah cukup dewasa untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kita seharusnya bijak di dalam memilih kawan kita agar tidak turut terjebak ke kancah jenayah ataupun kerosakkan akhlak yang boleh menjejaskan masa depan anda.

Wednesday, May 13, 2009

Anifah terima undangan Hillary

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman akan melakukan lawatan kerja ke Washington D C, atas jemputan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton selama dua hari, mulai esok. 

Ketika lawatan itu, beliau dijadual menemui Hillary pada 14 Mei di mana Anifah dijangka membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk meneroka bidang kerjasama baru untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. 

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini semalam, selain menemui Hillary, beliau juga dijangka menemui anggota ranking Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, Richard Lugar. 

Kuala Lumpur dan Washington mempunyai hubungan dua hala yang serasi dan kedua-dua negara itu berkongsi dalam pelbagai dan banyak perkongsian. 

Hubungan ekonomi antara kedua-dua negara sangat menggalakkan. 

Menurut kenyataan, Amerika Syarikat adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dan negara ini adalah rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat. 

Jumlah perdagangan dua hala setiap tahun ialah AS$49 bilion. Amerika Syarikat dan Malaysia sudah melancarkan rundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala pada Jun 2006. - Bernama

Tarikh: 13/05/2009 (Selasa)

Sumber: Berita Harian

Pautan: Klik di---> SINI

-------------------------