Monday, December 7, 2009

Dua pelajar cemerlang UPSR terkejut terima kunjungan YB

MEMBAKUT: Siti Norfarhana Nazihah Hassan, 12, dan Dayang Norfarain Kamis, 12, tidak menyangka kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif ke Sekolah Rendah Ugama (SRU) Membakut, di sini untuk meraikan kejayaan mereka.

Kedua-dua pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Rendah Agama tahun ini. Selain dua pelajar itu, seorang lagi pelajar, Siti Norfarah Izyini Hassan, 12, turut cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Agama di sekolah terbabit. Siti Norfarahana Nazihah berkata, beliau tidak menyangka Mohd Arifin datang ke sekolah mereka dan memberikan ucapan tahniah.

"Saya tidak sangka kejayaan ini turut diraikan wakil rakyat kami dan ini sudah tentu memberikan semangat kepada saya untuk mencapai kecemerlangan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Dayang Norfarain berkata, Mohd Arifin memberi dorongan kepadanya supaya meneruskan kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, sekali gus berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.

"Saya akan berusaha mencapai kejayaan lebih besar pada masa depan sekali gus merealisasikan cita-cita keluarga untuk melanjutkan pengajian ke menara gading," katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Siti Norfarhana Nazihah dan Dayang Norfarain dengan menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai pendorong bukan saja kepada mereka tetapi juga pelajar lain supaya berusaha lebih gigih mencapai kejayaan.

Katanya, kejayaan itu seharusnya menjadi permulaaan kepada kecemerlangan pada masa depan sekali gus hadiah paling berharga kepada kedua orang tua yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya.

"Saya harap pelajar yang mencapai kecemerlangan hari ini supaya meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan berterusan pada masa depan," katanya.

-------------------------------------------------------

Sumber: Berita Harian

Tarikh: 07/12/2009 (Isnin)

Pautan: Klik Di Sini

Tuesday, December 1, 2009

Kursus Pengenalan, Penulisan & Pengendalian Laman Blog Di Bahagian Parlimen Kimanis

 

 1hb Disember 2009 (Selasa) - Kursus Pengenalan, Penulisan & Pengendalian Laman Blog Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah Bahagian Parlimen Kimanis telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Info Desa Kg. Saga - Saga Pimping, Membakut. Seramai 16 orang peserta yang telah mengikuti kursus sehari ini yang mana terdiri daripada belia dan beliawanis Parlimen Kimanis. Juga turut hadir wakil daripada beberapa badan kerajaan yang mana telah dijemput khas bagi mengikuti kursus ini. Adun N.24 Membakut, Y.B Datuk Haji Mohd. Arifin Arif yang mana telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus ini berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang ini kearah kebaikan bagi mengwujudkan suatu imej masyarakat berilmu bagi kawasan Parlimen Kimanis secara amnya dan kawasan N.24 Membakut secara khususnya. Beliau juga berharap supaya kursus - kursus seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap bagi meningkatkan kefahaman para belia akan kegunaan dan etika "Media Baru" disamping mendapat manfaat daripadanya.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang tempoh kursus dijalankan: