Bercakap selepas mengadakan beberapa lawatan di kawasan beliau, Mohd. Arifin yang juga Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), menyatakan bahawa pe-ngorbanan yang dicurahkan demi keikhlasan akan dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran, manakala perjuangan dan pengorbanan yang mendahulukan kepentingan diri serta bermatlamatkan kebendaan tidak akan menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan sebenar, katanya.
“Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang mengutamakan perintah Allah berhasil dengan keredhaan Allah, kisah pengorbanan Ismail ju-ga menunjukkan bahawa segala langkah yang berasaskan untuk mendapat keredhaan Tuhan, tidak akan dipersiakan oleh Allah swt,” tegas Mohd. Arifin.
Mohd. Arifin menyeru umat Islam me-ngambil hikmat dan pengajaran dari sejarah pengorbanan golongan yang terdahulu, sebagai landasan dalam memajukan negara dan ummah.
Hari Raya Aidiladha, tambah Mohd. Arifin boleh dijadikan wadah untuk bermuhasabah diri sejauh mana perjuangan dan pengorbanan kita dalam membina tamadun ummah yang menjadi asas untuk memajukan negera me-nerusi pendidikan, dakwah berterusan, pe-mantapan perpaduan dan bersungguh-sungguh membina generasi muda.
“Sukar untuk kita memperkatakan tentang tamadun ummah jika lemah daya juang dan semangat berkorban, malah sulit juga untuk membicarakan tentang kejayaan bangsa dan negara jika kita gemar menghabiskan stamina juang dengan asyik bertelagah, bersengketa serta gagal mengisi masa untuk pembudayan ilmu dan pemantapan amal,” tegasnya.
Sumber dipetik daripada: New Sabah Times
-----------------------------------------------
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1429 Hijrah
No comments:
Post a Comment