Tuesday, January 12, 2010

Majlis Gemilang Membakut 2009




Membakut, 09 Jan (Sabtu): Majlis Anugerah Gemilang Membakut 2009 buat julung kalinya telah diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Membakut bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada anak jati Membakut yang telah mengharumkan nama Daerah Membakut dari pelbagai bidang. Majlis anugerah yang diilhamkan oleh Adun N. 24 Membakut Y.B Datuk haji Mohd Ariffin Mohd Arif dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Haji Aman yang juga Menteri Luar Negeri ini menjurus kepada pemberian penghargaan bagi sumbangan mengikut beberapa kategori yang telah ditetapkan. Kategori tersebut terdiri daripada sumbangan kecemerlangan Akademik, Perkhidmatan Awam / Swasta, Pembangunan Ekonomi, Sukan, Seni & Kebudayaan, dan Keagamaan. Terdapat lebih kurang 20 penerima anugerah yang terdiri daripada golongan individu dan organisasi yang telah terpilih sebagai peyumbang di dalam menaikkan nama Daerah Membakut di kalangan masyarakat luar sepanjang tahun 2009.



















































Antara penerima yang telah terpilih ialah Lotter Petrus Edwin Edin yang mana anak jati Membakut yang popular dengan program realiti Akademi Fantasia. Menurut ahli jawatankuasa pemilihan, artis popular ini mendapat anugerah atas sumbangan beliau di dalam bidang nyanyian yang mana pada tahun 2009 yang lalu beliau bersama kumpulan beliau Divine Master telah Berjaya mengeluarkan album lagu yang mana salah sebuah lagunya telah menjadi siulan anak muda di seluruh Negara. Selain daripada itu, penerima daripada kategori sumbangan akademik telah mengungguli senarai penerima dan diikuti oleh seni dan kebudayaan. Antara penerimanya ialah Sekolah Menengah St. Patrick Membakut yang telah Berjaya mengekalkan peratusan akademik yang cemerlang di dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, Persatuan Kompang Al – Jazeera Kampung Pimping, Membakut yang telah memenangi pertandingan Kompang peringkat negeri Sabah, Persatuan Gambus Kampung Kuala Binsulok yang bakal mewakili Malaysia ke Negara Itali bagi membuat persembahan kebuadayaan dan beberapa senarai individu yang lain. Para penerima anugerah telah menerima Sijil Penghargaan, Sumbangan Wang Ringgit beserta Hamper sebagai penghargaan bagi sumbangan mereka di dalam mengharumkan nama daerah Membakut di peringkat nasional dan antarabangsa.











Y.B Datuk Haji Mohd Ariffin berharap majlis seperti ini akan dapat diadakan pada masa yang akan dating bagi memberi dorongan kepada anak jati daerah Membakut di dalam menyumbangkan tenaga mereka demi nama baik Membakut secara khususnya dan negeri Sabah dan Malysia secara amnya. Ini adalah selaras dengan visi dan misi daerah Membakut di dalam membangun bersama Ilmu disamping maju di dalam bidang ekonomi, infrastruktur dan sosial.

Ma'al Hijrah1431H Peringkat Daerah Kecil Membakut



Sambutan Ma'al Hijrah 1431H peringkat Daerah Kecil Membakut telah diadakan pada 09/01/2010 bertempat di Dewan Serbaguna Pekan Membakut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Adun N. 24 Membakut iaitu Y.B Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif di mana penyampaian anugerah Masjid / Surau Cemerlang & Al - Raudah (tanah perkuburan Islam) Daerah Membakut juga turut disampaikan pada hari yang tersebut. Penerima anugerah ini akan mewakili Daerah Membakut ke peringkat Negeri Sabah dan Y.B Datuk Haji Mohd Ariffin berharap para pemenang yang terpilih akan dapat mengulangi kejayaan pada tahun lalu yang mana Masjid jamek Kg. Brunei, Membakut dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pimping, Membakut telah berjaya memenangi pertandingan peringkat Negeri. Tema Sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini adalah "Memantapkan Ukhwah, Memperkasa Ummah". Berikut adalah koleksi gambar yang telah diambil oleh wakil kami semasa majlis tersebut dilangsungkan.