Thursday, December 11, 2008

PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR






Baru - baru ini penulis telah pergi melawat ke tempat projek ternakan ikan air tawar yang terletak di Jln. Tiong Baru, Kg. Mawao, Membakut. Pengusaha projek ini adalah En. Edin Bin Kadim seorang penduduk jati Membakut dan di bantu oleh anak lelaki beliau En. Musnih Edin. Dengan keluasan tanah lebih kurang 2 ekar, kawasan ini di gunakan sepenuhnya dengan pembinaan kolam - kolam ikan. Menurut En. Musnih, selain daripada menjual hasil ternakkan, mereka juga turut menjual bibit - bibit ikan air tawar seperti Rebino, Keli Afrika, Jelawat, Koi Jepun, Ikan Emas. Kap Rumput, Patin. Selain itu, mereka juga baru membuka sebuah kolam yang mana digunakan untuk projek ternakan lintah yang mana mempunyai harga pasaran RM80 sekilo. Pelanggan mereka rata - rata datang dari sekitar negeri Sabah dan tidak kurangnya juga pelanggan dari Negara jiran Brunei Darussalam.

Bagi anda yang berminat bolehlah menghubungi En. Edin Kadim di talian 087-887563 (pejabat) dan 0148545166 (telepfon bimbit). Bagi tujuan untuk pembelian bibit - bibit ikan air tawar, anda juga boleh terus ke tapak ternakan beliau yang beralamat di Jln Tion Baru, Kg. Mawao, Peti Surat 06, 89728 Membakut, Sabah.

4 comments:

SUPERMAN said...

tumpang lalu..
teruskan usaha bagi memajukan diri sendiri dan bangsa kita..kayuh!!!!!!

Jlascanteen said...

kepada pihak yang ingin membeli ikan keli jangan segan silu untuk menghubungi penternak ikan di kampung Tiong baru melalui nombor yang tertera

roses said...

ya memang berbaloi membeli dengan harga yang berpatutan... macam2 ada

shahdan lobster said...

Assalam..jika ada yg berminat utk menternak lobster redclaw cherax air tawar sila layari http://redclawlobster.blogspot.com