Wednesday, December 31, 2008

Selamat Datang Tahun 2009

Akhir kita tiba juga ke tahun baru 2009... Adakah anda sudah mempunyai azam baru?  Bagi warga Suara Membakut, Tahun 2009 ini adalah titik mula pembangunan laman blog ini. Kami berharap ianya akan dapat memberi manfaat kepada semua para pengunjungnya. Kami ingin berterima kasih kepada semua pelawat yang sudi hadir terutamanya yang ada memberi segala komen yang sangat membina kepada kami semua... terima kasih di atas teguran anda semua. Diakhir kalimah, saya ingin mendoa akan agar anda semua sentiasa dirahmati tuhan dan semoga sentiasa maju ke hadapan... Wasalam...

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430

Menjana Ummah Gemilang... Itulah tema sambutan Ma'al Hijrah tahun ini. Marilah kita bersama - sama memasang tekad dihati untuk menjadi sebuah ummah yang gemilang. Amin...

Wednesday, December 24, 2008

Selamat Menyambut Hari Krismas

Di sini seluruh warga Suara Membakut ingin mengucapkan selamat menyambut hari Krismas kepada semua pengunjung - pengunjung yang beragama Kristian. Semoga anda ceria selalu. Akhir sekali, Sila memandu dengan berhati - hati semasa di jalan raya... cheers...

Sambutan Tahun Awal Hijrah 1430

pada awal pagi (24.december) ini akan berlangsung Majlis Kesyukuran Akhir dan Awal Tahun Hijrah peringkat Daerah Kecil Membakut. Antara tentatif pengisian majlis ialah tazkirah dari Ustaz Aziz Bongsu bin Japar, Bacaan doa akhir dan awal tahun hijrah, Solat Hajat, bacaan surah Yassin, tahlil dan doa selamat.

sehubungan dengan itu, telah dirancangkan beberapa majlis kesyukuran sempena sambutan Tahun Hijrah diseluruh daerah Membakut.

Tarikh: 28. disember. 2008
Masa: 5.30 petang
Tempat: Seluruh Masjid dan Surau di Daerah Membakut.

Tarikh: 30.12. 2008
Masa: Pagi
Tempat: Membakut

Tarikh: 10.01.2009
Masa: 8 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Kg. Mawao Membakut.
(majlis dijadual akan dirasmikan oleh Y.B. Adun Membakut, Datuk Hj Mohd. Arifin bin Mohd. Arif)

Sambutan Maal Hijrah adalah acara tahunan dan telah disambut sejak 1408 Hijrah (1987 Masihi). Sambutan tahun 1430 H ialah sambutan kali ke 22 bagi daerah Membakut.

Tema tahun ini ialah 'Menjana Ummah Gemilang'

Tuesday, December 23, 2008

Mercu Tanda Syiar Islamiah Daerah Membakut

Sebagai usaha di dalam mencapai kesinambungan kemajuan sosio dan ekonomi Daerah Membakut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 24 Membakut Y.B Datuk Haji Mohd. Ariffin Mohd Arif telah membuat pelbagai perancangan pembangunan infrastuktur di seluruh kawasan Daerah Membakut. Perancangan ini dibuat berdasarkan infomasi yang didapati secara kolektif daripada pemimpin - pemimpin masyarakat setempat yang terdiri daripada pengerusi JKKK dan ketua - ketua adat (Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, dan Ketua Kampung). Maklumat yang dikumpul daripada pemimpin masyarakat setempat ini dikumpul dengan membuat sesi perbincangan dwi bulanan Zon Damai yang melibatkan lebih 15 buah kampung di dalam memperbincangkan isu - isu pembangunan dan keselamatan setempat.

Antara usaha yang diambil tumpuan adalah pembinaan masjid baru Daerah Membakut yang berkonsepkan reka bentuk dan bakal menjadi mercu tanda dakwah dan syiar Islamiah di daerah Membakut. Walaubagaimanapun, projek ini masih berada di dalam proses permohonan dan pihak pemimpin atasan kita sedang berusaha keras bagi menjayakan projek ini. Selain daripada itu, kawasan kg. Lumat juga tidak ketinggalan di dalam perancangan ini di mana sebuah masjid juga bakal dibina di sana.

Dengan itu, sama -samalah kita berdoa agar projek pembangunan ini dalam dijalankan dengan jayanya demi kebaikkan kita bersama. Segala usaha ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat setempat kerana telah terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memajukan kawasan Daerah Membakut.

Saturday, December 20, 2008

LAGENDA PAK MUSA

Pak Musa mengikut sejarah adalah berasal dari Paitan. Setelah menentang British di Paitan selama 7 tahun akhirnya beliau menyerah dan diarah berpindah ke lain tempat oleh British. Berikutan daripada arahan tersebut, Pak Musa telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan pedalaman bawah melalui Kota Kinabalu. Perjalanan Pak Musa dari Paitan ke Kota Kinabalu adalah menggunakan kapal air kepunyaan British. Dalam usaha beliau mencari tempat utnuk tinggal di kawasan pedalaman bawah, beliau telah tinggal di beberapa buah tempat seperti Papar teatapi beliau tidak berminat untuk tinggal id sana dan akhirnya memilih Membakut iaitu Kuala Sungai Angitan yang kini dikenali sebagai Kg. Bambangan Membakut mengambil nama sebatang pokok bambangan yang memang berada di sini.
Rombongan Pak Musa sampai ke Bambangan seramai lima orangi aitu Pak Musa sendiri, isteri Pak Musa, Mualas, Sulaiman, Musit Selair dan Absar. Setelah 7 tahun berkampung di Bambangan, beliau kembali semula ke Paitan untuk membawa sanak saudara serta suku-sakat beliau ke Bambangan. Di antara yang menyertai Pak Musa ialah Nailih Mandut, Tikon Mandut, Kuloi, Tutung, Majir Panjang, Amboi, Diah, Ower, Atong, Arat Maning dan Salleh Tabatu. Mereka ini akhirnya beranak-pinak dan beranak cucu di Bambangan hinggalah pada hari ini. Kelebihan yang ada pada Pak Musa pada zaman dahulu ialah beliau dipercayai mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dianggap sangat kuat menentang British dan Jepun. Ada cerita mengatakan bahawa beliau dapat melompat sungai yang selebar 200 kaki iaitu Sungai Kanibungan, Sandakan. Selain daripada itu, satu kisah lagi berlaku di Pekan Membakut, beliau dikatakan pernah menarik sebuah keretapi yang sedang berjalan sehingga berhenti. Beliau mempunyai anak berlidah hitam tetapi anak tersebut telah meninggal dunia. Beliau dipercayai ghaib dan tidak diketahui di mana beliau berada sehingga sekarang.
Dewan Pak Musa Beaufort sekarang ini ialah mengambil sempena nama Pak Musa yang diceritakan ini. Cadangan ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Orang Tua Udin iaitu Ketua Kampung Bambangan yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawantakuasa berkenaan melalui cabutan undi.

Sumber: Sabah.org.my
Pautan: Klik Sini
------------------------------------------------------

Friday, December 19, 2008

Usaha Perkasa Bahasa, Sastera Perlu

MEMBAKUT 5 Dis. - Semua pihak sama ada kerajaan atau pun swasta perlu menggembleng tenaga bagi memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini.
Ahli Parlimen Membakut, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, usaha memperkasakan bahasa tidak harus dipandang remeh dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak.
"Sabah kaya dengan sastera rakyat pelbagai kaum dan bahasa tempatan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
"Langkah memulihara boleh dilakukan dengan menerbitkan lebih banyak buku-buku berkaitan budaya dan suku kaum negeri ini untuk pengetahuan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pelancaran buku karya penulis tempatan, iaitu Datuk Suhaibun Yusuf dan Ailin Nor bertajuk Kota Impian.
Turut hadir, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah, Zubaidi Abas dan Penolong Pegawai Daerah Membakut, Sanuddin Ismail.
Dalam pada itu, Mohd. Arifin berkata, cadangan mewujudkan Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBS) merupakan langkah terbaik bagi membantu menggerakkan misi memartabatkan bahasa dan sastera di negeri ini.


Tarikh: 05 Disember 2008
Sumber: Utusan Malaysia
Pautan: Klik Sini
-------------------------------------------------------------

Jangan Pandang Remeh Pembangunan Bahasa & Sastera

MEMBAKUT: Kerajaan dan agensinya diminta agar tidak memandang remeh terhadap usaha me-martabatkan bahasa dan sastera khususnya di negeri ini.
Wakil rakyat Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif berkata pembangunan bahasa dan sastera memerlukan sokongan daripada kerajaan dan agensinya yang dipertanggungjawab-kan terhadap bahasa dan sastera.
“Sabah kaya dengan sastera rakyat pelbagai kaum, kaya dengan bahasa su-kuan yang perlu dipelihara, kaya dengan alam yang menjadi sumber ilham.
“Semuanya perlu gerakan bersepadu menerusi sebuah agensi yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengembang, memulihara, me-nerbit serta menyebarkan khazanah dan pusaka berharga itu,” katanya ketika melancarkan dua buah buku terbitan Dewan Undangan Negeri Membakut di sini.
Dua buah buku yang dilancarkan itu dihasilkan oleh Datuk Haji Suhaibun Yusuf dan Ailin Nor di bawah program Tinta Wawasan Membakut ADUN Membakut.
Mohd Arifin berkata cadangan me-wujudkan Majlis Bahasa dan Sastera Sabah merupakan langkah terbaik bagi menaungi, membantu dan menggerakkan misi memartabatkan bahasa dan sastera di Sabah.
Sehubungan dengan itu beliau meminta agar kerajaan mempertimbangkan cadangan beliau mengenai penubuhan majlis tersebut. Katanya tanggungjawab dan mendokumentasi serta menggerakkan ak-tiviti bahasa dan sastera tidak boleh diletak di sebuah unit kecil dengan dua tiga orang petugas sahaja.
“Jika Lembaga Sukan dan Lembaga Kebudayaan boleh kita wujudkan, su-dah pasti kerajaan boleh mempertimbangkan keperluan lembaga atu majlis tempat bernaung para penulis, sasterawan, seniman dan juga wartawan,” kata Mohd Arifin.
Majlis pelancaran buku itu turut diserikan dengan kunjungan daripada rombongan Ganpena dan juga Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Zubaidi Abas; Penolong Pegawai Daerah Membakut, Haji Sanuddin Haji Ismail, pemimpin masyarakat, penulis dan juga sasterawan.


Tarikh: 5th December, 2008
Sumber: New Sabah Times
Pautan: Klik Sini
----------------------------------------------------------------------

Thursday, December 18, 2008

Membakut Library Contractor Told To Speed Up

MEMBAKUT: The contractor of the Membakut Public Library here has been told to put extra effort in order to meet the deadline for the RM2 million project.
Community Development and Consumer Affairs Assistant Minister, Herbert Timbon Lagadan, who visited the project site with Membakut Assemblyman Mohd Arifin Arif, was upset with the contractor for the slow work.
"This site was acquired since September 2007, and the library is set for completion on March 10, 2009, but only seven per cent of work is completed now.
"We want the contractor to shape up and really get things moving É I would like to see the foundation completed in one month," he said, in a statement, Wednesday.
He said now that the cement had been replaced with bakau and belian, there was no excuse the project could not progress, adding he was told the reason for the delay was the unavailability of sulphate-resistant cement.
Meanwhile, Beaufort District Engineer, Ku Chau Pin pointed out to Herbert and Mohd Arifin that the most difficult part is laying the foundation, as there was water beneath the site.
Nevertheless, Ku was confident the project could be completed soon if the good weather prevails for the next few months.
It was learnt the Public Works Department had served the contractor at least three warning letters for the delay.
State Library Director Wong Vui Yin and his deputy Joanna Kitingan, among others.

Date: 04 September, 2008
Sumber: Daily Express
Pautan:
Klik Sini
------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, December 15, 2008

DOKTOR HADAPI TEKANAN TERUK DI SABAH, S’WAK

15th December, 2008 

KUALA LUMPUR: Doktor kerajaan di Sabah dan Sarawak menghadapi dilema sama ada untuk merawat atau tidak bukan rakyat Malaysia mengikut keperluan klinikal mereka.

Ini kerana doktor berkenaan menghadapi tekanan daripada pentadbir hospital mereka untuk memberikan keutamaan kepada rakyat Malaysia disebabkan sumber-sumber yang kurang.

“Tetapi sebagai doktor, kita dilatih hanya untuk merawat pesakit yang datang kepada kita dengan kemampuan yang terbaik dengan sumber-sumber yang ada dan kita tidak men-diskriminasi,” kata bekas pengerusi Jawatan-kuasa Etikal Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr Ravindran Jegasothy.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya hendaklah sama ada meningkatkan sumber-sumber bagi membolehkan pesakit dirawat tanpa mengira kerakyatan mereka atau membenarkan doktor menjalankan tugasnya tanpa sebarang campur tangan daripada pentadbiran.

Klik sumber untuk teruskan

Sumber Dipetik daripada: New Sabah Times

----------------------------------------

Pagi tadi penulis berlegar - legar di ruang siber dengan melayari surat khabar online utama di peringkat Nasional dan Tempatan. Pelbagai tajuk berita yang berjaya menarik penulis untuk terus membaca. Namun satu ini sangat menarik hati penulis untuk memberi komen.

Di dalam berita yang dipetik, ada menyata mengenai dilema para doktor di negara kita mengenai etika dan kemanusiaan di dalam amalan perubatan mereka. Walaubagaimanapun apa yang dapat dilihat oleh penulis adalah tentang kewajaran daripada pihak kerajaan kepada para doktor yang bertugas untuk mengutamakan rakyat tempatan di dalam menjalankan tugas mereka. Ini kerana kekurangan yang dialami oleh Institusi Perubatan dan di dalam keadaan yang kekurangan inilah orang kita perlu diutamakan... Takkan di dalam hal ini kita nak menyusukan kera di hutan sehinggakan anak di rumah mati kelaparan.

Bukan bermaksud untuk menjadi kejam akan tetapi di dalam hendak membantu orang kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Bukannya masalah di dalam membuat sebarang dikriminasi tetapi seperti kes di negeri Sabah & Sarawak, antara pelanggan yang membanjiri hospital - hospital kerajaan adalah para Pendatang Tanpa Izin yang mana masuk secara curi - curi ke negara ini. Takkanlah golongan ini juga patut diutamakan? Walaubagaimanapun untuk kes - kes kecemasan jika berlaku ke atas golongan bukan warganegara ini, di Malaysia juga terdapat banyak rangkaian hospital swasta yang menawarkan pakej perubatan yang menarik dengan harga yang setimpal dengan layanannya... Oleh itu, fikir - fikirkanlah.. keselesaan itu hendaklah dibeli...

Friday, December 12, 2008

Program Dakwah Bil Hal Sektor Pendidikan Islam

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Sabah akan menganjurkan Program Bil Hal di Kg. Bambangan, Membakut pada 17 Disember 2008 bersamaan hari Rabu. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Membakut dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bahagian Membakut dan beberapa buah agensi kerajaan.

Antara matlamat program tersebut adalah penyerahan wang KWAM untuk pelajar - pelajar sekolah di sekitar Bambangan, Membakut. Selain itu, terdapat juga aktiviti khusus untuk para penduduk setempat dan juga para belia. Antaranya ialah kenduri sekampung, Kelas Fardhu A'in & Kifayah dan juga cara - cara penyembelihan Islam.

Thursday, December 11, 2008

Terus Hayati Nilai Pengorbanan

08/12/2008 MEMBAKUT: Wakil Rakyat Membakut, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, mengajak umat Islam supaya terus menghayati nilai pengorbanan para rasul khasnya pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Putera baginda Nabi Ismail.

Bercakap selepas mengadakan beberapa lawatan di kawasan beliau, Mohd. Arifin yang juga Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), menyatakan bahawa pe-ngorbanan yang dicurahkan demi keikhlasan akan dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran, manakala perjuangan dan pengorbanan yang mendahulukan kepentingan diri serta bermatlamatkan kebendaan tidak akan menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan sebenar, katanya.

“Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang mengutamakan perintah Allah berhasil dengan keredhaan Allah, kisah pengorbanan Ismail ju-ga menunjukkan bahawa segala langkah yang berasaskan untuk mendapat keredhaan Tuhan, tidak akan dipersiakan oleh Allah swt,” tegas Mohd. Arifin.

Mohd. Arifin menyeru umat Islam me-ngambil hikmat dan pengajaran dari sejarah pengorbanan golongan yang terdahulu, sebagai landasan dalam memajukan negara dan ummah.

Hari Raya Aidiladha, tambah Mohd. Arifin boleh dijadikan wadah untuk bermuhasabah diri sejauh mana perjuangan dan pengorbanan kita dalam membina tamadun ummah yang menjadi asas untuk memajukan negera me-nerusi pendidikan, dakwah berterusan, pe-mantapan perpaduan dan bersungguh-sungguh membina generasi muda.

“Sukar untuk kita memperkatakan tentang tamadun ummah jika lemah daya juang dan semangat berkorban, malah sulit juga untuk membicarakan tentang kejayaan bangsa dan negara jika kita gemar menghabiskan stamina juang dengan asyik bertelagah, bersengketa serta gagal mengisi masa untuk pembudayan ilmu dan pemantapan amal,” tegasnya.


Sumber dipetik daripada: New Sabah Times

-----------------------------------------------

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1429 Hijrah

PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR






Baru - baru ini penulis telah pergi melawat ke tempat projek ternakan ikan air tawar yang terletak di Jln. Tiong Baru, Kg. Mawao, Membakut. Pengusaha projek ini adalah En. Edin Bin Kadim seorang penduduk jati Membakut dan di bantu oleh anak lelaki beliau En. Musnih Edin. Dengan keluasan tanah lebih kurang 2 ekar, kawasan ini di gunakan sepenuhnya dengan pembinaan kolam - kolam ikan. Menurut En. Musnih, selain daripada menjual hasil ternakkan, mereka juga turut menjual bibit - bibit ikan air tawar seperti Rebino, Keli Afrika, Jelawat, Koi Jepun, Ikan Emas. Kap Rumput, Patin. Selain itu, mereka juga baru membuka sebuah kolam yang mana digunakan untuk projek ternakan lintah yang mana mempunyai harga pasaran RM80 sekilo. Pelanggan mereka rata - rata datang dari sekitar negeri Sabah dan tidak kurangnya juga pelanggan dari Negara jiran Brunei Darussalam.

Bagi anda yang berminat bolehlah menghubungi En. Edin Kadim di talian 087-887563 (pejabat) dan 0148545166 (telepfon bimbit). Bagi tujuan untuk pembelian bibit - bibit ikan air tawar, anda juga boleh terus ke tapak ternakan beliau yang beralamat di Jln Tion Baru, Kg. Mawao, Peti Surat 06, 89728 Membakut, Sabah.

Wednesday, December 10, 2008

Majlis Kesenian di Kampung Paya, Pimping Membakut

sempena cuti hari raya korban yang lepas Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Sosial (PerKaKaS) Kampung Pimping, Membakut telah menganjurkan satu majlis persembahan kesenian muzik gambus.

majlis berlangsung di kawasan pentas RukunTetangga Kampung Paya, dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Adun Membakut, Datuk Haji Mohd Arifin bin Arif.

TAMU RABU PEKAN MEMBAKUT





Seperti yang ditulis sebelum ini mengenai pasar tamu di pekan Membakut. Selain daripada hari ahad, pasar tamu pekan Membakut juga diadakan pada hari rabu. Akan tetapi lokasinya adalah berbeza daripada tamu hari Ahad. Pasar tamu hari rabu ini diadakan diperkarangan kedai lama Pekan Membakut. Seperti pasar tamu pada hari minggu, pasar tamu hari rabu ini juga memasarkan produk - produk seperti makanan kering dan basah keluaran tempatan, buah - buahan tempatan, kraftangan, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pasar tamu ini diadakan pada skala yang lebih kecil jika dibandingkan dengan pasar tamu hari minggu.

Friday, December 5, 2008

Sabah sokong pecat Zaid Ibrahim

KOTA KINABALU 3 Dis. - Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah menganggap pemecatan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim daripada UMNO merupakan langkah tepat dalam usaha memperkasakan parti.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan tindak-tanduk Zaid sebelum ini, ia tidak menggambarkan pemimpin yang setia kepada parti.

Beliau berkata, tindakan Zaid menunjukkan dirinya tidak mempunyai prinsip perjuangan politik yang nyata dan seterusnya memberi kesan negatif kepada parti.

"Saya fikir pemimpin politik harus memilih sama ada sebelah kiri atau kanan. Ini berkaitan disiplin parti. UMNO tidak mahu mereka yang dikata lidah bercabang.

"Meskipun kita hormati pandangan yang berbeza tetapi kita sebagai pemimpin politik harus mempunyai prinsip perjuangan politik yang nyata dan jelas. Tidak dua, tidak tiga tetapi satu sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Idris berkata, keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi amat tepat sebagai pengajaran kepada ahli lain supaya tidak melanggar disiplin parti.

Katanya, banyak tindakan Zaid dari awal lagi yang begitu memihak kepada pembangkang dan menunjukkan beliau tidak menghayati perjuangan sebenar parti demi agama bangsa dan negara.

Sumber Dipetik Daripada: Utusan Malaysia

-------------------------------------------

p/s: jenis macan dia ni kalau di simpan adalah diibaratkan mendukung biawak hidup.

Thursday, December 4, 2008

70 peratus ikuti SLG dapat kerja

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus daripada 38,164 siswazah yang mengikuti Skim Latihan Graduan (SLG) berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan, Dewan Negara diberitahu semalam. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, berkata perkembangan itu menunjukkan bahawa skim itu, yang dilancarkan pada 2001 dengan peruntukan RM240 juta untuk membantu siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan berjaya mencapai matlamatnya. 

“Kementerian merancang merangka program untuk melatih semula graduan yang menganggur ini dengan kerjasama agensi seperti Malaysian Institute of Microelectronics Systems (Mimos) dan Multimedia Development Corporation (MDEC) bagi peningkatan kemahiran mengikut keperluan industri. 


“Latihan itu akan menjurus kepada bidang teknologi maklumat, bahasa Inggeris, peningkatan diri, soft-skills dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan Senator J Usha Nandhini di sini, semalam. 

Usha ingin tahu adakah kementerian mempunyai rancangan untuk melancarkan semula SLG bagi siswazah menganggur dan juga skim latihan pekerja yang diberhentikan dan penganggur berikutan krisis ekonomi global ketika ini. 

Noraini berkata, bagi memantau pemberhentian pekerja, kementerian menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja dan Jawatan-kuasa Menjaga Kebajikan Pekerja yang berperanan menjamin kebajikan pekerja yang terbabit dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan semula.


Katanya, kerajaan melalui syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga sedang melaksanakan skim latihan pekerja yang diberhentikan kerja bertujuan melatih pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja daripada sektor swasta. 

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk melaksanakan skim ini yang membolehkan pekerja yang diberhentikan kerja memohon untuk mengikuti latihan semula dengan percuma bagi mendapat kemahiran dan pekerjaan baru,” katanya. 

Noraini turut berkata, sehingga kini, seramai 100,339 graduan menganggur mendaftar dalam sistem pencarian pekerjaan secara dalam talian, Job Malaysia. 

Sumber dipetik dari: Berita Harian

------------------------------------------------------------

Program Skim Latihan Graduan (SLG) yang di anjur oleh kementerian adalah sebuah program pembangunan yang efektif dan sangat berfaedah kepada graduan negara kita. Ini kerana di dalam program tersebut para graduan akan diberi latihan secara teori dan praktikal di dalam membuat persediaan untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar yang serba mencabar. Selain daripada itu, para peserta juga akan didedahkan dengan kemahiran lain seperti peningkatan mutu berkomunikasi yang mana sering menjadi satu kekurangan di kalangan para graduan itu sendiri sehinggakan menutup peluang mereka untuk mendapat pekerjaan.

Walaubagaimanapun, ingin diulas disini ialah satu masalah yang telah menyumbang kepada pengganguran para graduan kita ialah terlalu memilih kerja dan terlalu inginkan mendapat gaji yang tinggi. Sememangnya setiap diantara kita inginkan kerja yang memenuhi kehendak kita, namun ianya bukanlah semudah yang disangka. Para graduan perlu berusaha gigih dan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan yang diimpikan oleh mereka. Ini adalah perlu kerana persaingan yang hebat di antara graduan kita di dalam mendapatkan  sesuatu pekerjaan ada sangat sengit lebih - lebih lagi apabila bersaing dengan golongon yang sudah mempunyai pengalaman.

Oleh itu di dalam konteks ini, para graduan kita semestinya rajin berusaha dan tidak terlalu mengharapkan dengan bantuan kerajaan sepenuhnya kerana segala yang kita mau kecapi itu boleh kita dapati dengan berusaha, doa dan tawakal. Jadi gunakan sahaja kemudahan yang ada untuk memudahkan jalan kita di dalam usaha mencari pekerjaan... Insyallah

Wednesday, December 3, 2008

Kecacatan bukan halangan jadi usahawan

Hati ibu bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak yang lahir ke dunia tidak mempunyai sepasang tangan dan kaki sempurna seperti anak lain.

Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka pada hari-hari mendatang.

Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas setelah dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut.

Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu.

Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal.

Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.

Meminjam

Beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan tilapia.

Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.

Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali.

Sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia

klik untuk teruskan pembacaan----> Utusan Malaysia

--------------------------------------------------------

Para pembaca blog ini, inginlah kita saling ingat memperingati di antara satu sama yang lain. Daripada berita yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia ini kita seharusnya mengambil iktibar dari kegigihan Mohd Khairi di dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan beliau. Walaupun di lahirkan di dalam serba kekurangan namun ini tidak menjadi alasan supaya beliau tidak dapat berdikari. Oleh itu, jika orang seperti Mohd. Khairi ini dapat melakukan kenapa pula kita yang di lahirkan dengan sempurna dapat membuat dengan lebih baik... Contohilah kegigihan beliau di dalam menempuhi kehidupannya yang serba mencabar...

Tuesday, December 2, 2008

JALAN UTAMA MASUK KE KG. PIMPING DITUTUP SEMENTARA

Mengikut notis yang telah diedarkan bermula pada pada pagi 1hb Disember 2008 kelmarin, diumumkan bahawa jalan utama untuk masuk ke Kampung Pimping dan Binsulok akan ditutup sementara. Ini adalah berikutan daridapa proses penyiapan jambatan Sungai Kg. Brunei sedang giat dijalankan. Penutupan jalan ini dibuat secara sementara semasa kerja - kerja pemasangan "Prestressed beam" di jambatan tersbut.

Oleh itu, para pengguna jalan raya boleh melalui simpang di jalan Pimping Saga - Saga sebagai laluan alternatif sehingga kerja - kerja pemasangan "Prestressed Beam" itu selasai dilakukan...

p/s: 

Jalan tersebut hanya ditutup dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari sehingga kerja pemasangan selasai di lakukan... harap maklum

Monday, December 1, 2008

TAMU MINGGUAN PEKAN MEMBAKUT

Sama seperti daerah - daerah lain di negeri Sabah, Pekan Membakut juga mempunyai pasar tamunya yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda yang melawat blog ini, Pasar Tamu ini adalah lebih kurang sama konsepnya dengan pasar tani yang diadakan di negeri - negeri semenanjung Malaysia. Di mana para penduduk tempatan berurus niaga di dalam memasarkan hasil tani mereka kepada orang luar ataupun sesama penduduk setempat.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengunjungi pasar tamu Pekan Membakut ini, boleh datang berkunjung pada hari ahad di mana tamu ini beroperasi dari awal pagi hinggalah ke jam 1.00 ptg berlokasi di tapak tamu Kedai Baru Pekan Membakut. Terdapat pelbagai jenis jualan barang di mana ianya merangkumi jualan baju, kain, alatan elektronik, baja ternakan dan haiwan, benih pelbagai tumbuhan, makanan tradisional, dan juga ikan dan daging segar. Keistimewaannya di Tamu Minggu Pekan Membakut ini barangannya boleh di dapati dengan harga yang murah. Bagi peminat produk belacan, di sini la juga anda boleh mendapatkan produk belacan tersohor dari Kg. Kuala Binsulok di mana belacan tersebut diperbuat daripada anak udang (kalau bahasa tempatan ianya dipanggil bubuk) segar bagi menjamin kualiti dan rasanya.

Bagi anda yang tidak berpeluang untuk datang ke Tamu Mingguan Pekan Membakut, anda juga mempunyai pilihan untuk bertandang ke Pekan Membakut pada hari rabu. Pada setiap hari Rabu juga terdapat pasar tamu namun ianya diadakan di dalam skala yang lebih kecil berbanding dengan tamu mingguan pada setiap hari ahad. Bagi Tamu Hari Rabu Pekan Membakut yang berlokasi di Perkarangan Kedai Lama Pekan Membakut, para peniaga kebanyakkanya menumpukan penjualan produk - produk yang terdiri daripada makanan dan kuih tradisional, ikan dan daging segar, serta buah - buahan tempatan. Liputan mengenai pasar rabu ini akan di buat dengan lebih terperinci pada tulisan yang akan datang.

Friday, November 21, 2008

Jadikan Sabah 'Negeri Taman'

KOTA KINABALU, Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif mencadangkan supaya kerajaan negeri menjadikan Sabah sebagai sebuah 'Negeri Taman'.

Menurut beliau, usaha itu sejajar dengan kedudukan Sabah yang kaya dengan tumbuhan dan alam semula jadi yang sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Menurut beliau, Sabah mempunyai lebih 5,000 spesies bunga dan lebih 1,000 daripadanya adalah merupakan bunga orkid liar dan 800 jenis terdapat di Taman Kinabalu.

''Saya mencadangkan semua pihak yang terlibat memainkan peranan menjadikan Sabah sebagai Negeri Taman.

''Di peringkat awal, kita boleh mewujudkan Lintasan Taman Borneo di sepanjang jalan di Kota Kinabalu dan kemudian daripada itu, kawasan Perindustrian Kota Kinabalu sebagai pusat bunga-bungaan," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap membahas usul pembentangan Bajet 2009 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai bunga dalam usaha memajukan lagi industri tersebut.

Malah, katanya, Universiti Malaysia Sabah boleh memainkan peranan menjalankan R&D dalam mengkomersialkan produk bunga.

Dipetik daripada: Utusan Malaysia

--------------------------------------


Mukhriz Tidak Berminat Pada Jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan dalam Kabinet sekiranya dipilih menerajui pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Katanya, pendirian itu dibuat kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya, lantikan dalam Kabinet dikhuatiri akan mengalihkan perhatian beliau untuk melakukan yang terbaik buat parti terlebih dahulu.

"Yang itu berat (anggota Kabinet), yang ini tak kurang berat (Ketua Pemuda), kalau nak buat dua dua payah sikit.

"Bukan kerana saya rasa saya tidak mampu tetapi saya mahu beri masa dan tumpuan untuk meyakinkan semula rakyat di lima negeri dan tempat lain yang kita kalah," katanya pada sidang akhbar Anugerah Francais Malaysia 2008 di sini hari ini.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendesak pengurusan parti supaya bertindak tegas terhadap calon-calon pemilihan parti yang mengamalkan politik wang.

Katanya, jumlah aduan politik wang yang diterima Lembaga Disiplin terlalu tinggi apabila telah melebihi 1,000 aduan walaupun UMNO hanya mempunyai 191 bahagian.

sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia

K’jaan terus berusaha pertimbang pegawai Sabah dilantik Ketua Jabatan Persekutuan

20th November, 2008 

KOTA KINABALU: Kera-jaan akan terus berusaha mempertimbangkan pegawai-pegawai yang berasal dari Sabah untuk dilantik menjadi Ketua Jabatan Persekutuan.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, kerajaan persekutuan juga sentiasa memberi galakan serta mengalu-alu-kan rakyat Sabah mengisi ja-watan-jawatan tertinggi di ne-geri ini melalui pengisian jawat-an Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dalam pelbagai bidang.

“Bagi meramaikan bilangan PTD di negeri ini, Jabatan Per-khidmatan Awam memberi ruang kepada para pegawai dari kerajaan negeri yang berkelayakan untuk membuat pertukaran jawatan dari skim biasa ke skim PTD.

sumber dipetik daripada: New sabah Times

--------------

p/s:

Diharapkan usaha ini akan diambil perhatian dengan serius oleh kerajaan. Ini kerana masih kurang anak - anak Sabah yang telah menjadi Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan walaupun hakikatnya ramai anak - anak Sabah yang berkelayakan.

Projek gas Kimanis-Bintulu bawa kesan berganda untuk rakyat dan ekonomi Sabah

KOTA KINABALU: Pemilikan, kuasa dan hak-hak meneroka, mengguna dan memperolehi sumber petroleum di Malaysia adalah dalam bidang kuasa Petronas secara eksklusif di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa projek Sabah Oiland Gas Terminal (SOGT) tidak akan menjejaskan bekalan minyak dan gas untuk keperluan dalam negeri ini, serta pembayaran royalti ke atas minyak dan gas yang dihantar ke Bintulu, Sarawak.

“Projek Sabah- Sarawak Gas Pipline (SSGP) merupakan salah satu komponen Projek Bersepa-du Minyak dan Gas yang sedang dijalankan oleh Petronas di negeri ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 bagi Jabatan Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.


sumber dipetik daripada: New Sabah Times

MAJU...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan hari kedua proses pembuatan blog ini. Nampaknya segalanya berjalan dengan lancar. Proses pengumpulan bahan juga tidak menghadapi masalah yang serius. Walaubagaimanapun, kami memerlukan kerjasama dari mana - mana pihak yang berminat untuk menyumbangkan bahan tidak kiralah tulisan artikel, pantun, sajak, cerpen, berita, gambar dan waima pengumuman jemputan kenduri kahwin. Oleh itu, kepada pihak - pihak yang berminat untuk menyumbangkan karya mereka terutamanya saudara - saudara yang dari Membakut ataupun pernah bertandang ke mari jalanlah segan dan malu.. tunjukkan ekspresi anda keruang siber ini... sekian, wasalam

Thursday, November 20, 2008

SALAM DAMAI

Terima Kasih kerana sudi melawat blog ini. Untuk pengetahuan para pembaca, blog ini masih berada di peringkat permulaan di mana bahan - bahan untuk entri masih belum dapat di terbitkan atas sebab - sebab tertentu. Namun ini hanyalah bersifat sementara di mana selepas proses penambahbaikkan paparan blog ini selasai maka segala infomasi terkini akan diterbitkan.