KUALA LUMPUR: Doktor kerajaan di Sabah dan Sarawak menghadapi dilema sama ada untuk merawat atau tidak bukan rakyat Malaysia mengikut keperluan klinikal mereka.
Ini kerana doktor berkenaan menghadapi tekanan daripada pentadbir hospital mereka untuk memberikan keutamaan kepada rakyat Malaysia disebabkan sumber-sumber yang kurang.
“Tetapi sebagai doktor, kita dilatih hanya untuk merawat pesakit yang datang kepada kita dengan kemampuan yang terbaik dengan sumber-sumber yang ada dan kita tidak men-diskriminasi,” kata bekas pengerusi Jawatan-kuasa Etikal Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr Ravindran Jegasothy.
Beliau berkata kerajaan sepatutnya hendaklah sama ada meningkatkan sumber-sumber bagi membolehkan pesakit dirawat tanpa mengira kerakyatan mereka atau membenarkan doktor menjalankan tugasnya tanpa sebarang campur tangan daripada pentadbiran.
Klik sumber untuk teruskan
Sumber Dipetik daripada: New Sabah Times
----------------------------------------
Pagi tadi penulis berlegar - legar di ruang siber dengan melayari surat khabar online utama di peringkat Nasional dan Tempatan. Pelbagai tajuk berita yang berjaya menarik penulis untuk terus membaca. Namun satu ini sangat menarik hati penulis untuk memberi komen.
Di dalam berita yang dipetik, ada menyata mengenai dilema para doktor di negara kita mengenai etika dan kemanusiaan di dalam amalan perubatan mereka. Walaubagaimanapun apa yang dapat dilihat oleh penulis adalah tentang kewajaran daripada pihak kerajaan kepada para doktor yang bertugas untuk mengutamakan rakyat tempatan di dalam menjalankan tugas mereka. Ini kerana kekurangan yang dialami oleh Institusi Perubatan dan di dalam keadaan yang kekurangan inilah orang kita perlu diutamakan... Takkan di dalam hal ini kita nak menyusukan kera di hutan sehinggakan anak di rumah mati kelaparan.
Bukan bermaksud untuk menjadi kejam akan tetapi di dalam hendak membantu orang kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Bukannya masalah di dalam membuat sebarang dikriminasi tetapi seperti kes di negeri Sabah & Sarawak, antara pelanggan yang membanjiri hospital - hospital kerajaan adalah para Pendatang Tanpa Izin yang mana masuk secara curi - curi ke negara ini. Takkanlah golongan ini juga patut diutamakan? Walaubagaimanapun untuk kes - kes kecemasan jika berlaku ke atas golongan bukan warganegara ini, di Malaysia juga terdapat banyak rangkaian hospital swasta yang menawarkan pakej perubatan yang menarik dengan harga yang setimpal dengan layanannya... Oleh itu, fikir - fikirkanlah.. keselesaan itu hendaklah dibeli...
No comments:
Post a Comment