Friday, December 19, 2008

Jangan Pandang Remeh Pembangunan Bahasa & Sastera

MEMBAKUT: Kerajaan dan agensinya diminta agar tidak memandang remeh terhadap usaha me-martabatkan bahasa dan sastera khususnya di negeri ini.
Wakil rakyat Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif berkata pembangunan bahasa dan sastera memerlukan sokongan daripada kerajaan dan agensinya yang dipertanggungjawab-kan terhadap bahasa dan sastera.
“Sabah kaya dengan sastera rakyat pelbagai kaum, kaya dengan bahasa su-kuan yang perlu dipelihara, kaya dengan alam yang menjadi sumber ilham.
“Semuanya perlu gerakan bersepadu menerusi sebuah agensi yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengembang, memulihara, me-nerbit serta menyebarkan khazanah dan pusaka berharga itu,” katanya ketika melancarkan dua buah buku terbitan Dewan Undangan Negeri Membakut di sini.
Dua buah buku yang dilancarkan itu dihasilkan oleh Datuk Haji Suhaibun Yusuf dan Ailin Nor di bawah program Tinta Wawasan Membakut ADUN Membakut.
Mohd Arifin berkata cadangan me-wujudkan Majlis Bahasa dan Sastera Sabah merupakan langkah terbaik bagi menaungi, membantu dan menggerakkan misi memartabatkan bahasa dan sastera di Sabah.
Sehubungan dengan itu beliau meminta agar kerajaan mempertimbangkan cadangan beliau mengenai penubuhan majlis tersebut. Katanya tanggungjawab dan mendokumentasi serta menggerakkan ak-tiviti bahasa dan sastera tidak boleh diletak di sebuah unit kecil dengan dua tiga orang petugas sahaja.
“Jika Lembaga Sukan dan Lembaga Kebudayaan boleh kita wujudkan, su-dah pasti kerajaan boleh mempertimbangkan keperluan lembaga atu majlis tempat bernaung para penulis, sasterawan, seniman dan juga wartawan,” kata Mohd Arifin.
Majlis pelancaran buku itu turut diserikan dengan kunjungan daripada rombongan Ganpena dan juga Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Zubaidi Abas; Penolong Pegawai Daerah Membakut, Haji Sanuddin Haji Ismail, pemimpin masyarakat, penulis dan juga sasterawan.


Tarikh: 5th December, 2008
Sumber: New Sabah Times
Pautan: Klik Sini
----------------------------------------------------------------------

No comments: