Tuesday, November 2, 2010

YONG HARAPAN BARU RAKYAT SABAH?

Di dalam mendabik dada sebagai hero di dalam isu tanah di negeri Sabah, Yong Teck Lee menjaja fakta yang mana beliau telah menyelasaikan isu pemilikan di negeri Sabah semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Alangkah menariknya selling point beliau bagi meraih undi dari pengundi Batu Sapi di mana Yong Teck Lee begitu bijak melindungi kelemahan beliau. Memang diakui bahawa tiada manusia yang sempurna namun, adakah membolot tanah – tanah pantai yang bernilai tinggi di sekitar kawasan Kota Kinabalu oleh Yong & Co semasa menjadi Ketua Menteri boleh dikecualikan atas alasan ungkapan “Tiada siapa yang sempurna”? Tepuk Dada Tanya Selera….

Wednesday, October 27, 2010

SABAH FOR SABAHAN: KEMBALIKANAUTONOMI KE NEGERI SABAH

Nampaknya Datuk Yong Teck Lee mengunakan pengalaman dan pengaruh beliau sebagai bekas Ketua Menteri Sabah di dalam siri kempen beliau di dalam misi menawan Parlimen Batu Sapi. Datuk Yong sangat dikenali dengan misi beliau yang hendak mengembalikan kuasa autonomi rakyat sabah. Tapi persoalannya sejauh mana kesungguhan Datuk Yong di dalam memperjuangkan nasib rakyat negeri Sabah??? Beliau yang bercita - cita untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman seharusnya menumpukan kedudukan beliau sebagai calon Dewan Undangan Negeri Sabah.

Adakah Datuk Yong kini mempunyai cita - cita yang lebih besar iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia? Ini kerana beliau mengambil satu langkah drastik dengan menjadi calon kerusi Parlimen Batu Sapi. Kalau PKR dengan slogan dari Permatang Pauh Menuju Ke Putrajaya adakah SAPP juga dengan slogan Dari Likas Menuju Ke Putrajaya? Mesti lebih gempak SAPP dengan slogan Malaysia Untuk Rakyat Malaysia (Kasi upgrade sikit...) Ironinya dengan slogan Sabah For  Sabahan tetapi kenapa Batu Sapi tidak di wakili oleh pemimpin SAPP yang berasal dari Batu Sapi. Nampaknya Datuk Yong tidak dapat mengekang ketamakkan beliau, tak cukup sendiri abisdi balun tempat orang... KEMBALIKAN KUASA AUTONOMI ORANG BATU SAPI... YANG ORANG LIKAS DATANG NAK MENYIBUK NI APASAL??? hehehehehehe

DULU KALAH SABUNG DI TUARAN.. KINI MATADOR DI BATU SAPI

Al kisah seorang Saudagar Mimpi yang pernah kalah bersabung di kampung sendiri kini mencuba nasib di perantauan. Namun kali ini dia tidak lagi bersabung ayam tapi kini beliau mencuba untuk menjadi matador yang menjinakkan SAPI yang mengganas. Isk isk isk... kalau dah tempat sendiri yang mana orang kampung sendiri pun tak ingin... rasa - rasanya kalau di luar sana adakah orang akan lebih menerimanya? heheheh lu pikirla sendiri....

p/s: Orang Batu Sapi takder ker yang cukupberwibawa sampai nak cari pemain import?

Wednesday, April 21, 2010

Tips Untuk Menghalang Daripada Menjadi Mangsa Jenayah

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Tuesday, March 30, 2010

PENJELASAN ISU TUNTUTAN HASIL PETROLEUM KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua negeri yang menandatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/1976 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

Berikut adalah jawapan kepada isu tuntutan yang dimaksudkan;

1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?
Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah “bayaran tunai” sebanyak 5% dan perkataan “royalti” tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

3. Adakah kerajaan negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?
Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilayah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil yang diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?
Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?

Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop / bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1975 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan Kerajaan negeri pada tahun 1975/1976. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

6. Mengapakan Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM 20 Juta?
Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana iainya di luar perairan 3 batu nautika.

7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalty patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil Petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan?
Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalty perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan Wang Ehsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu. Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar “wilayah” mereka (Bernama – 1 November, 2000). Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

8. Apakah ketua pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?
Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, ketua pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai dan royalti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh kerana ini, ketua pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu. Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan Negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.

Tuesday, February 23, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT: KARNIVAL PENDIDIKAN PARLIMEN KIMANIS

Datanglah beramai - ramai ke Program Juara Rakyat (Karnival Pendidikan) anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian P.176 Kimanis. Program ini akan diadakan di Dewan SMK Membakut pada 27 Februari 2010 (Sabtu). Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari tersebut. Sila Klik Poster di atas untuk paparan yang lebih jelas.

Tuesday, January 12, 2010

Majlis Gemilang Membakut 2009




Membakut, 09 Jan (Sabtu): Majlis Anugerah Gemilang Membakut 2009 buat julung kalinya telah diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Membakut bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada anak jati Membakut yang telah mengharumkan nama Daerah Membakut dari pelbagai bidang. Majlis anugerah yang diilhamkan oleh Adun N. 24 Membakut Y.B Datuk haji Mohd Ariffin Mohd Arif dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Haji Aman yang juga Menteri Luar Negeri ini menjurus kepada pemberian penghargaan bagi sumbangan mengikut beberapa kategori yang telah ditetapkan. Kategori tersebut terdiri daripada sumbangan kecemerlangan Akademik, Perkhidmatan Awam / Swasta, Pembangunan Ekonomi, Sukan, Seni & Kebudayaan, dan Keagamaan. Terdapat lebih kurang 20 penerima anugerah yang terdiri daripada golongan individu dan organisasi yang telah terpilih sebagai peyumbang di dalam menaikkan nama Daerah Membakut di kalangan masyarakat luar sepanjang tahun 2009.



















































Antara penerima yang telah terpilih ialah Lotter Petrus Edwin Edin yang mana anak jati Membakut yang popular dengan program realiti Akademi Fantasia. Menurut ahli jawatankuasa pemilihan, artis popular ini mendapat anugerah atas sumbangan beliau di dalam bidang nyanyian yang mana pada tahun 2009 yang lalu beliau bersama kumpulan beliau Divine Master telah Berjaya mengeluarkan album lagu yang mana salah sebuah lagunya telah menjadi siulan anak muda di seluruh Negara. Selain daripada itu, penerima daripada kategori sumbangan akademik telah mengungguli senarai penerima dan diikuti oleh seni dan kebudayaan. Antara penerimanya ialah Sekolah Menengah St. Patrick Membakut yang telah Berjaya mengekalkan peratusan akademik yang cemerlang di dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, Persatuan Kompang Al – Jazeera Kampung Pimping, Membakut yang telah memenangi pertandingan Kompang peringkat negeri Sabah, Persatuan Gambus Kampung Kuala Binsulok yang bakal mewakili Malaysia ke Negara Itali bagi membuat persembahan kebuadayaan dan beberapa senarai individu yang lain. Para penerima anugerah telah menerima Sijil Penghargaan, Sumbangan Wang Ringgit beserta Hamper sebagai penghargaan bagi sumbangan mereka di dalam mengharumkan nama daerah Membakut di peringkat nasional dan antarabangsa.











Y.B Datuk Haji Mohd Ariffin berharap majlis seperti ini akan dapat diadakan pada masa yang akan dating bagi memberi dorongan kepada anak jati daerah Membakut di dalam menyumbangkan tenaga mereka demi nama baik Membakut secara khususnya dan negeri Sabah dan Malysia secara amnya. Ini adalah selaras dengan visi dan misi daerah Membakut di dalam membangun bersama Ilmu disamping maju di dalam bidang ekonomi, infrastruktur dan sosial.

Ma'al Hijrah1431H Peringkat Daerah Kecil Membakut



Sambutan Ma'al Hijrah 1431H peringkat Daerah Kecil Membakut telah diadakan pada 09/01/2010 bertempat di Dewan Serbaguna Pekan Membakut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Adun N. 24 Membakut iaitu Y.B Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif di mana penyampaian anugerah Masjid / Surau Cemerlang & Al - Raudah (tanah perkuburan Islam) Daerah Membakut juga turut disampaikan pada hari yang tersebut. Penerima anugerah ini akan mewakili Daerah Membakut ke peringkat Negeri Sabah dan Y.B Datuk Haji Mohd Ariffin berharap para pemenang yang terpilih akan dapat mengulangi kejayaan pada tahun lalu yang mana Masjid jamek Kg. Brunei, Membakut dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pimping, Membakut telah berjaya memenangi pertandingan peringkat Negeri. Tema Sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini adalah "Memantapkan Ukhwah, Memperkasa Ummah". Berikut adalah koleksi gambar yang telah diambil oleh wakil kami semasa majlis tersebut dilangsungkan.