Friday, November 21, 2008

Jadikan Sabah 'Negeri Taman'

KOTA KINABALU, Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif mencadangkan supaya kerajaan negeri menjadikan Sabah sebagai sebuah 'Negeri Taman'.

Menurut beliau, usaha itu sejajar dengan kedudukan Sabah yang kaya dengan tumbuhan dan alam semula jadi yang sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Menurut beliau, Sabah mempunyai lebih 5,000 spesies bunga dan lebih 1,000 daripadanya adalah merupakan bunga orkid liar dan 800 jenis terdapat di Taman Kinabalu.

''Saya mencadangkan semua pihak yang terlibat memainkan peranan menjadikan Sabah sebagai Negeri Taman.

''Di peringkat awal, kita boleh mewujudkan Lintasan Taman Borneo di sepanjang jalan di Kota Kinabalu dan kemudian daripada itu, kawasan Perindustrian Kota Kinabalu sebagai pusat bunga-bungaan," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap membahas usul pembentangan Bajet 2009 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai bunga dalam usaha memajukan lagi industri tersebut.

Malah, katanya, Universiti Malaysia Sabah boleh memainkan peranan menjalankan R&D dalam mengkomersialkan produk bunga.

Dipetik daripada: Utusan Malaysia

--------------------------------------


Mukhriz Tidak Berminat Pada Jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan dalam Kabinet sekiranya dipilih menerajui pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Katanya, pendirian itu dibuat kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya, lantikan dalam Kabinet dikhuatiri akan mengalihkan perhatian beliau untuk melakukan yang terbaik buat parti terlebih dahulu.

"Yang itu berat (anggota Kabinet), yang ini tak kurang berat (Ketua Pemuda), kalau nak buat dua dua payah sikit.

"Bukan kerana saya rasa saya tidak mampu tetapi saya mahu beri masa dan tumpuan untuk meyakinkan semula rakyat di lima negeri dan tempat lain yang kita kalah," katanya pada sidang akhbar Anugerah Francais Malaysia 2008 di sini hari ini.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendesak pengurusan parti supaya bertindak tegas terhadap calon-calon pemilihan parti yang mengamalkan politik wang.

Katanya, jumlah aduan politik wang yang diterima Lembaga Disiplin terlalu tinggi apabila telah melebihi 1,000 aduan walaupun UMNO hanya mempunyai 191 bahagian.

sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia

K’jaan terus berusaha pertimbang pegawai Sabah dilantik Ketua Jabatan Persekutuan

20th November, 2008 

KOTA KINABALU: Kera-jaan akan terus berusaha mempertimbangkan pegawai-pegawai yang berasal dari Sabah untuk dilantik menjadi Ketua Jabatan Persekutuan.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, kerajaan persekutuan juga sentiasa memberi galakan serta mengalu-alu-kan rakyat Sabah mengisi ja-watan-jawatan tertinggi di ne-geri ini melalui pengisian jawat-an Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dalam pelbagai bidang.

“Bagi meramaikan bilangan PTD di negeri ini, Jabatan Per-khidmatan Awam memberi ruang kepada para pegawai dari kerajaan negeri yang berkelayakan untuk membuat pertukaran jawatan dari skim biasa ke skim PTD.

sumber dipetik daripada: New sabah Times

--------------

p/s:

Diharapkan usaha ini akan diambil perhatian dengan serius oleh kerajaan. Ini kerana masih kurang anak - anak Sabah yang telah menjadi Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan walaupun hakikatnya ramai anak - anak Sabah yang berkelayakan.

Projek gas Kimanis-Bintulu bawa kesan berganda untuk rakyat dan ekonomi Sabah

KOTA KINABALU: Pemilikan, kuasa dan hak-hak meneroka, mengguna dan memperolehi sumber petroleum di Malaysia adalah dalam bidang kuasa Petronas secara eksklusif di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa projek Sabah Oiland Gas Terminal (SOGT) tidak akan menjejaskan bekalan minyak dan gas untuk keperluan dalam negeri ini, serta pembayaran royalti ke atas minyak dan gas yang dihantar ke Bintulu, Sarawak.

“Projek Sabah- Sarawak Gas Pipline (SSGP) merupakan salah satu komponen Projek Bersepa-du Minyak dan Gas yang sedang dijalankan oleh Petronas di negeri ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 bagi Jabatan Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.


sumber dipetik daripada: New Sabah Times

MAJU...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan hari kedua proses pembuatan blog ini. Nampaknya segalanya berjalan dengan lancar. Proses pengumpulan bahan juga tidak menghadapi masalah yang serius. Walaubagaimanapun, kami memerlukan kerjasama dari mana - mana pihak yang berminat untuk menyumbangkan bahan tidak kiralah tulisan artikel, pantun, sajak, cerpen, berita, gambar dan waima pengumuman jemputan kenduri kahwin. Oleh itu, kepada pihak - pihak yang berminat untuk menyumbangkan karya mereka terutamanya saudara - saudara yang dari Membakut ataupun pernah bertandang ke mari jalanlah segan dan malu.. tunjukkan ekspresi anda keruang siber ini... sekian, wasalam

Thursday, November 20, 2008

SALAM DAMAI

Terima Kasih kerana sudi melawat blog ini. Untuk pengetahuan para pembaca, blog ini masih berada di peringkat permulaan di mana bahan - bahan untuk entri masih belum dapat di terbitkan atas sebab - sebab tertentu. Namun ini hanyalah bersifat sementara di mana selepas proses penambahbaikkan paparan blog ini selasai maka segala infomasi terkini akan diterbitkan.