Thursday, January 29, 2009

Empat lagi Giat Mara di Sabah

KOTA KINABALU 28 Jan. - Kerajaan akan membina empat buah lagi Pusat Giat Mara di negeri ini sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu selari dengan sasaran memastikan setiap kawasan Parlimen di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat Giat Mara dalam tempoh berkenaan.

''Setakat ini, kita sudah ada Giat Mara beroperasi di 21 daripada 25 Parlimen tersebut.

"Jadi, ada empat lagi kawasan Parlimen yang belum ada dan usaha sedang dijalankan untuk membina pusat seumpama itu di Putatan, Kalabakan, Pensiangan dan Sipitang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian cek usahawan Tekun di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Tekun, Saahari Ismail; Pengurus Tekun Sabah, Fazidah Ajamain dan Pengurus Giat Mara Sabah, Mohd. Faizal Bemimin.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan cek bernilai RM1.25 juta kepada 70 peminjam Tekun.

Selain itu, Saifuddin berkata, pihaknya juga merancang membina lebih banyak cawangan Giat Mara khususnya di kawasan pedalaman dan pulau-pulau utama di negeri ini.

"Sebagai contoh di Pulau Banggi, Kudat sesuai diwujudkan cawangan Giat Mara bagi menampung keperluan penduduk setempat," katanya. 

Beliau menambah, semua kursus yang akan ditawarkan di pusat dan cawangan Giat Mara akan ditentukan berdasarkan keperluan di kawasan tersebut.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 1993, Giat Mara telah melahirkan sebanyak 12,947 pelatih dalam pelbagai bidang kemahiran.


TARIKH:29 Januari 2009

SUMBER: Utusan Malaysia

PAUTAN: Klik di --->Sini

---------------------------

PUSAT GIAT MARA PARLIMEN KIMANIS

Diharapkan para belia kita dapat memanfaatkan pembinaan Pusat Giat Mara di kawasan parlimen ini. Seperti Giat Mara parlimen Membakut yang terletak di daerah Membakut, sudah banyak melahirkan belia yang berkemahiran dan terlatih. Semoga usaha murni kerajaan barisan Nasional ini dapat diteruskan.

Wednesday, January 21, 2009

Ketua jabatan akan terima padah

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap ketua jabatan dan agensi kerajaan yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan semua kakitangannya bebas daripada kegiatan skim cepat kaya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata tindakan tegas itu seiring Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 yang melarang kakitangan awam terbabit dalam skim cepat kaya yang dikeluarkan dan berkuat kuasa seminggu lalu.

"Kini tanggungjawab terletak pada ketua jabatan dan agensi kerajaan untuk sentiasa memantau perkembangan di pejabat masing-masing, jika tidak tindakan setimpal akan dikenakan terutama jika masih ada kakitangan awam yang terbabit dalam kegiatan skim cepat kaya berhadapan masalah hingga menjejaskan kerja.

Tarikh: 21/01/2009
Sumber: Berita Harian
pautan: Klik di---> Sini

------------------------
Penulis berharap setiap ketua jabatan kerajaan dapat memantau pembabitan anak buah masing di dalam sebarang skim cepat kaya yang wujud bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Janganlah kerana ketamakan harta yang ada di dalam diri boleh menjatuhkan intigriti anda sebagai penjawat awam. Renungkanlah...

Thursday, January 15, 2009

Antara Charles Ponzi & Gemilang Mirza

From Wikipedia, the free encyclopedia

Charles Ponzi
Ponzi in 1920

Born March 3, 1882
Lugo, Italy
Died January 18, 1949 (aged 66)
Rio de Janeiro, Brazil
Charge(s) Mail fraud
Penalty 5 years (federal, served 3 and half years before facing state charge) and 9 years (state)
Status Deceased
Occupation Con man
Spouse Rose Gnecco

Charles Ponzi (March 3, 1882January 18, 1949) was one of the greatest swindlers in American history. His aliases include Charles Ponei, Charles P. Bianchi, Carl and Carlo. The term "Ponzi scheme" is a widely known description of any scam that pays early investors returns from the investments of later investors. He promised clients a 50% profit within 45 days, or 100% profit within 90 days, by buying discounted postal reply coupons in other countries and redeeming them at face value in the United States as a form of arbitrage.[1][2] Ponzi was probably inspired by the scheme of William F. Miller, a Brooklyn bookkeeper who in 1899 used the same pyramid scheme to take in $1 mil


Pautan: Klik di---> sini

Artikel di atas adalah petikan yang diambil dari wikipedia mengenai Charles Ponzi iaitu pengasas "SkimPonzi" yang mana selalu dikaitkan dengan "Skim Piramid"

-----------------------

Memandangkan sejak kebelakangan ini penulis telah di ajukan dengan beberapa soalan yang bertanyakan perihal Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd. Seperti anda sudah sedia maklum syarikat ini adalah syarikat milik bumiputera dan berpengkalan di daerah Papar, Sabah. Baru - baru ini, orang ramai telah digemparkan dengan berita tentang Syarikat yang sedang berkembang dengan pesat ini telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia akibat pengambilan deposit secara haram daripada orang awam dan disyaki terlibat di dalam pembersihan wang haram dan pembiayaan keganasan. Buat masa ini perkara ini masih berada pada peringkat siasatan. Oleh dengan itu, perkara ini belum boleh di adili dengan menentukan salah dan betulnya kerana belum ada apa - apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Atas asakan soalan yang ditimbulkan tadi penulis terdorong untuk mencari maklumat yang berkenaan dengan syarikat Gemilang Mirza dengan cara bertanyakan rakan - rakan yang ada ataupun pernah melabur ataupun menjadi rakan kongsi syarikat ini. Tidak cukup dengan itu, penulis juga merujuk bahan dari internet dengan melayai laman - laman blog pelaburan dan memasuki forum - forum yang berkaitan. Ini kerana pada mulanya penulis adalah mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai Syarikat ini dan penulis hanya tergerak untuk menulis mengenainya apabila terdengar dan terbaca berita mengenai serbuan pihak Bank Negara tempohari. Di dalam entri ini, penulis tidak bermaksud untuk menghakimi mana - mana pihak tetapi ianya adalah pendapat peribadi penulis berdasarkan pengetahuan penulis mengenai konsep pelaburan dan dasar - dasar bank negara.

Sebelum itu, penulis juga ingin berkongsi dengan para pembaca akan bahan - bahan telah penulis temui yang mana berkaitan dengan entri ini. Maklumat ini di petik daripada hasil perbincangan ahli - ahli forum di Putera.com (sila klik utk melihat). Kena diawal entri ini penulis menceritakan tentang Charles Ponzi? Apakah kaitannya? Baiklah sebelum penulis meneruskan entri ini ada baiknya para pembaca budiman sekalin membaca isi - isi yang dipetik dari forum puteradotcom. Antara point ataupun isi perbincangan yang penulis rasakan relevan adalah seperti berikut;


p/s: post yang dicopy ini tidak diedit...

Selepas ini, entri ini akan ditulis secara kajian kes berdasarkan maklumat yang ada. Makan dengan itu, penulis tidak boleh menjamin bahawa segala hasil tulisan ini boleh dijadikan sebagai rujukan yang lengkap.

aspalela Oct 7 2008, 08:57 PM

akum semua.... wah tima kasih lah kerana kasi timbul thread ni balik...

di cni aku nak update pasal bisnes ni...

1) mirza enterprise telah di tukar nama kepada GEMILANG MIRZA SDN. BHD

2)modal permulaan ialah rm1000 dan setiap bulan kita akan dibayar rm292.00 selama 6 bulan... tiada had maksimum yang saya ketahui setakat ni. kalau kita join rm5000 bermaksud setiap bulan akan dapat rm1460.00 yang juga bermaksud setiap 1 ribu yang kita bagi kat syarikat, syarikat akan bayar rm292.00.

3) saya dah datang ke pjbt mirza ni n tanya mcm2 soalan antaranya tentang sijil kebenarannya... sebenarnya ini bukan pelaburan tetapi salah satu bentuk rakan kongsi niaga dimana kita akan beri modal kepada syarikat ni n sebulan kemudian syarikat akan bayar keuntungan kepada para rakan niaganya. sijil kebenaran tersebut telah di tandatangani oleh ketua menteri sabah datuk musa aman dan datuk tawfik selaku menteri utk usahawan ( betulkan aku kalau salah )

4) untuk yang jauh2 mcm semenanjung... you all kena datang sendiri kalau nak join tapi kena thn lah dengan tambang flight korang tu... sebab hanya tuan empunya saja yang bole ambil duit keuntungan tu n tak boleh ambil bg pihak org lain...

5) BPR dan BNM dah penah siasat syarikat ni sebelum ni tapi syarikat tidak melakukan apa2 kesalahan berdasarkan konsep rakan kongsi niaga.... ini bukan pelaburan mcm yang dalam internet tu...

apa2 pun cau dulu... kalau ada tak puas hati ker tak percaya ker... u all boleh cek kat majalah mingguan wanita untuk keluaran bulan ogos n majalah feminin bagi bulan ogos atau september kalau tak silap lah... nama pemilik syarikat ini ialah AWANG BINTING... BYE

ulasan: Post di atas dihantar oleh seorang forummer yang bernama aspalela. Aspalela jugalah yang membuka topik perbincangan ini di Puteradotcom. Jikalau diawal forum aspalela ini membuka topik dengan tujun untuk bertanya tentang skim yang ditawarkan oleh Gemilang Mirza Sdn Bhd (GMSB). Namun di beberapa bulan dia sudah mengetahui tentang syarikat GMSB dan telah berkongsi akan maklumat mengenai syarikat tersebut. Di sini penulis ingin menyatakan antara sebab mengapa Bank Negara mengambil tindakan untuk menyerbu syarikat tersebut. Diawal forum ada dinyatakan mengenai syarikat ini tiada mengamalkan sistem downline seperti sistem Multilevel Marketing (MLM), orang ramai yang memberi deposit juga tidak dipanggil sebagai pencarum ataupun pelabur tetapi dipanggil sebagai rakan kongsi perniagaan. Selain daripada itu, syarikat didaftarkan dibawah koperasi. Sebagai ulasan peribadi penulis, terdapat beberapa keraguan yang timbul dengan beberapa dasar dan peraturan yang dimanipulasikan. Adalah mungkin benar kata aspalela mengenai lesen dari bank negara akan tetapi adakah benar ianya lesen? ataupun setakat lesen dari kementerian kewangan negeri Sabah. Seperti yang dinyatak andi atas, sijil kebenaran tersebut telah di tandatangani oleh ketua menteri sabah datuk musa aman dan datuk tawfik selaku menteri utk usahawan ini adalah posting yang dipetik. Oleh itu maka secara nyata ianya bukan dari Bank Negara akan tetapi ianya daripada kementerian kewangan negeri Sabah kerana ianya ditandatangani oleh Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Sepanjang pengetahuan sebarang autoriti daripada bank negara seperti lesen badan kewangan hanya akan ditandatangani oleh Menteri Kewangan Malaysia kalau sekarang ini adalah Dato Seri Najib Tun Razak atau sebelumnya mantan menteri kewangan kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Perdana Menteri Malaysia. Mungkin wujudnya kekeliruan disini. Walaupun GMSB dikatakan dibawah koperasi namun hanya yang berstatus BERHAD (GMSB ada Sdn Bhd)sahaja yang dibolehkan memungut sebarang deposit ataupun modal daripada orang ramai. Dari sinilah akta BAFIA (pengambilan deposit secara haram) dilaksanakan di dalam siasatan bank negara. Apa yang penulis sangka selama ini GMSB adalah seperti syarikat MLM yang lain di mana agen akan mencari ahli dan ahli akan membayar yuran dan diberikan kit permulaan perniagaan. Ini kerana setiap iklan yang diutaraka di media massa, pemilik syarikat hanya mengutarakan core business GMSB adalah minuman kesihatan, kosmetik, dan lain - lain produk yang dipasarkan dengan konsep repackage branding sepertimana yang dilakukan oleh syarikat - syarikat MLM yang lain. Namun jikalau peserta dinyatakan sebagai rakan kongsi niaga, maka siapakah yang menjadi marketing teamnya utk memasarkan produk - produk yang dimaksudkan? Memang ada premis kedainya di Daerah papar namun adalah mustahil untuk meraih keuntungan yang lumayan berdasarkan gedung ataupun pasaraya yang ada buat masa ini. Walaupun untung penulis masih ragu dengan perjanjian kontrak rakan kongsinya. Adalah tidak munasabah dengan sefahaman rakan kongsi itu dapat dimeterai dengan sekeping resit. Jika atas dasar percaya setakat mana jaminannya. Kenapa boleh disiasat dibawah akta pembersihan wang haram dan pembiayaian keganasan ? Ada beberapa transaksi yang amat meragukan, Bank Negara adalah badan utama aktiviti monetari negara kita. Maka dengan menyebut monetari ini, maka ianya akan melibatkan interest rate ataupun kadar bunga, kadar pulang dividend, kadar tukaran asing di dalam negara kita. Ini adalah merangkumi semua sektor, tidak kiralah sektor awam mahupun sektor swasta. Ini adalah penting bagi pertumbuhan kasar ekonomi negara dan kawalan kadar inflasi semasa. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab bank negara untuk memantau pergerakkan ringgit di dalam mahupun luar negara. Ini adalah bertujuan untuk membendung kegiatan haram seperti pengubahan wang haram dan aktiviti keganasan. modal permulaan ialah rm1000 dan setiap bulan kita akan dibayar rm292.00 selama 6 bulan... tiada had maksimum yang saya ketahui setakat ni. kalau kita join rm5000 bermaksud setiap bulan akan dapat rm1460.00 yang juga bermaksud setiap 1 ribu yang kita bagi kat syarikat, syarikat akan bayar rm292.00. Adakah anda rasa tawaran ini menarik? Memang menarik bahkan penulis sendiri pun tertarik dengan tawaran tersebut. Tetapi adakah ianya logik? Ya, memang logik secara teori akan tetapi ianya tidak praktikal untuk dijalankan. Sememangnya tawaran seperti ini dapat mengaburi mata lebih - lebih lagi di musim kejatuhan ekonomi dunia pada masa ini. Adalah tidak praktikal seseorang rakan kongsi itu dapat menjamin pulang dalam jumlah yang tetap. Ianya tidak sama seperti menjanjikan dalam jumlah peratusan daripada keuntungan. Jika dilihat dengan tawaran yang dinyatakan atau boleh dikatakan sebagai mini proposal perniagaan syarikat tersebut menyatakan bahawa tiada kerugian yang bakal diterima syarikat melainkan untung belaka. Bagi penulis hanya satu tempat sahaja yang boleh menawarkan pelan perniagaan tanpa rugi iaitu di dalam Mimpi! Dari sinilah mengapa Bank Negara mensyaki (bukan menyabitkan) GMSB terlibat dengan pengubahan wang haram dan yang berkaitan. Oleh itu Bank Negara perlu membuat penyiasatan lanjut utk memastikan perkara ini.untuk yang jauh2 mcm semenanjung... you all kena datang sendiri kalau nak join tapi kena thn lah dengan tambang flight korang tu... sebab hanya tuan empunya saja yang bole ambil duit keuntungan tu n tak boleh ambil bg pihak org lain... Ini adalah statement yang paling tidak masuk akal.... Sebagai syarikat yang berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia( andaikan berdaftar memandangkan ianya Sdn Bhd) adalah sesuatu yang lucu jika syarikat ini tidak tahu akan teknologi e-commerce atau e-banking. Wire transfer adalah sistem kewangan yang paling jimat, jitu dan cepat untuk dipraktikkan selain pengedaran cek tunai. Adakah GMSB ingin menyembunyikan jumlah transaksi sebenar untuk mengelakkan dikesan Lembaga Hasil ataupun enggan menyatakan jumlah keuntungan sebenar kepada rakan kongsi melalui penyata kewangan syarikat tersebut.

aidacute

Nov 7 2008, 01:35 PM

Sebetulnya saya orang Sabah juga, saya dah kaji perniagaan MIRZA nie...sebenarnya dah lama sangat nak join, tapi bila fikir semula, kenapa keuntungan begitu besar diperolehi? Timbul was-was dalam diri nie. Kemudian saya cuba mengkaji dan surf banyak sumber. Dan ada yang pertikaikan halal haramnya bende camnie. So saya dah surf laman web ustaz zaharuddin. Dan adalah persoalan didalamnya yang dapat merungkai keadaan ini. So pada saya, tentang bende nie, term n condition nya tu dah bercampur baur, banyak yang subhah (meragukan). Saya masih menitikberatkan tentang keberkatan rezeki saya, oleh itu saya ambil keputusan tak akan join bende ni. Pada pendapat saya, biarlah rezeki saya sedikit, asalkan keberkatannya saya nikmati bersama anak2 dan keluarga.

Mungkin pada yang non-muslim mereka tiada masalah. Dipejabat saya ramai juga yang dah join. Tapi itu hak masing2. Siapa yang tak nak kaya? tapi pada saya, tepuk dada, tanyalah iman. Biarlah kita kaya dunia dan akhirat, itu lebih menjamin ketenangan hati. Ini hanya pendapat saya smile.gif. Maaf jika ada yang terasa. smile.gif


ulasan: Post di atas dihantar oleh seorang forummer yang bernama aidacute. Aidacute mempersoalkan ketelusan transaksi perniagaan syarikat tersebut. GMSB gagal memberi penjelasan yang meyakinkan berserta bukti mengenai transaksi perniagaan syarikat tersebut.


aspalela

Nov 19 2008, 06:59 PM

aku bukan over confident tapi oleh kerana aku dah masuk da n sekarang tinggal tunggu 1 bln jak lagi iaitu 25 november ni untuk memungut hasil terakhir untuk 6 bulan pertama jadi aku mmg sgt konfident... sebab aku masuk guna loan bank sebanyak 40k... n bila sampai 6 bulan aku dapat rm70k... so bro lu pikir lah sendiri hehehe... aku tak suruh korang join atau percaya... semua dari siri sndr ok

ulasan: aspalela menjawab persoalan forummer yang lain. Seperti skim Ponzi, mereka yang awal pasti akan mendapat keuntungan... sila rujuk cerita tentang charles Ponzi di mana - man sumber.


Ahmad2007

Dec 22 2008, 07:32 PM

Aku tanak bagi kesimpulan terlebih awal, cuma, korang tengok la skim2 pelaburan yg sebelum ni, banyak untuk dipelajari... modus operandi adalah sama, kutip deposit dan pulangkan secara beransur2 dengan jaminan pulangannya akan berlipat kali ganda... belajar dari sejarah, jangan berputih mata di kemudian hari... ni aku bagi sedikit link forum sbelah utk korang renung2 kan...

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=30519

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=22350

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=10148

di peringkat awal thread tersebut, sume happy jer, maklum lah, duit tak penah miss, cukup bulan masuk... kalo ade yg kasi pandangan negatif sket kat thread tu, trus kene hentam oleh golongan pelabur tegar dan leader2... same jer mane2 skim pun... lepas syarikat bungkus, mula la ahli2 biasa menyumpah seranah, leader2 yg tegar dah tak kelihatan kat forum tu lagi... renung2kan..

ulasan: Post di atas dihantar oleh seorang forummer yang bernama ahmad. Ahmad berkongsi sejarah dengan para forummer yang telah membuktikan keraguan skim serupa seperti yang dianjurkan oleh GMSB. Sila Klik link untuk membaca kisah tersebut.

alel

Dec 22 2008, 07:47 PM

yup...better hati-hati, dia invest ke mana? ada performance report tak? halal tak? kalo invest untuk modal company, apa produk dia? tgk company dia and tgk product dia skali kalo ada (kalo dia jual lembu, tgk betul ke ada lembu tu)
aku takut duit tu bukan dia invest, tapi dia buat matrix (and invest sikit takat buat syarat)...

aku sokong apa yg ahmad cakap tu...sokong amat (ahmad) sangat...

edit: aku ada buat blog pasal scam, tapi xpenah update lagi...
korang boleh usha kat http://senarai-penipu.blogspot.com

ulasan: Post di atas dihantar oleh forummer yang terus membincangkan akan keraguan skim tersebut.

---------------------------

Walaubagaimanapun, biarlah pihak yang berwajib saja lah yang memutuskan salah betulnya setelah segala siasatan terperinci dijalankan. Apa yang penting kita seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian ini dan akan lebih berhati - hati di masa akan datang. Akhir sekali, penulis memohon maaf jika terdapat kekurang maklumat atau tersalah catat di dalam entri ini. Sebarang teguran kepada penulis adalah amat dialu - alukan.

Kakitangan awam dilarang sertai skim cepat kaya

KUALA LUMPUR: Kerajaan melarang pembabitan kakitangan awam dalam skim cepat kaya, sama ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur selepas mendapati kegiatan itu menjejaskan imej perkhidmatan awam. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, mengumumkan keputusan kerajaan itu menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 kelmarin selepas mengesan ramai anggota perkhidmatan awam terbabit dalam kegiatan itu. 

Beliau berkata, larangan ini berkuat kuasa kelmarin bagi menjaga imej perkhidmatan awam dan semua kakitangan awam dikehendaki menghentikan pembabitan mereka serta-merta.

"Ketika ini, kerajaan mendapati ramai kakitangan awam terbabit dalam skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak hingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. 

"Selain itu, pengendali skim cepat kaya juga didapati mengeksploitasi pembabitan kakitangan awam bagi memberi gambaran seolah-olah skim itu diluluskan kerajaan untuk menarik pelabur lain. 

"Gejala tidak sihat ini juga boleh menyebabkan kakitangan terbabit terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam," katanya dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 2009 di sini, semalam. 

Ismail berkata, berikutan larangan itu, kakitangan awam yang dikesan terbabit dalam kegiatan itu akan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersubahat dengan penganjur atau pengantara skim berkenaan. 

Beliau berkata, tindakan terhadap kakitangan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan lain yang berkuat kuasa.

Tarikh; 15/01/2009

Sumber: Berita Harian

Pautan: Klik di---> sini

----------------------------

Dengar - dengar dari seorang rakan penulis kes penyerbuan Mirza tempohari, segalanya sudah pun pulih seperti sediakala, jikalau begitu syukurlah kepada tuhan. Namun tiada kepastian yang boleh menyokong khabar angin tersebut. Menurut berita yang dipetik daripada surat khabar Berita Harian hari ini, terdapat satu pekeliling baru yang berkuatkuasa kelmarin 14/01/2009 yang di umumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Pada pendapat penulis, para kakitangan awam yang hendak menjadi jutawan janganlah terpengaruh dengan janji - janji manis daripada syarikat yang menganjurkan Skim Cepat Kaya ini. Jika diri kita ini berniat untuk kaya ray, ada baiknya kita meletak jawatan dan berniagalah seperti yang dinyatakana di dalam ajaran agama Islam 90% punca rezeki itu adalah daripada perniagaan. Oleh itu, marilah kita renungkannya bersama. semoga sama - sama kita mendapat iktibar.

Wednesday, January 14, 2009

Bank Negara Serbu Pejabat Gemilang Mirza

Pagi ini penulis membaca akhbar tempatan New Sabah Times, berita utamanya cukup mengejutkan !!! "BANK NEGARA SERBU PEJABAT GEMILANG MIRZA", antara isi berita yang dipetik ialah syarikat tersebut disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen & pengubahan wang haram. Perkara ini adalah termaktub di bawah Seksyen 25 (1) Akta Bank & Institusi - Instusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan juga di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang haram dan Pembenterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) di mana jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama 10 tahun dan denda tidak lebih daripada 10 juta ringgit Malaysia.

Penulis pernah membincangkan perkara ini di dalam entri yang lepas mengenai skim - skim pelaburan yang mencurigakan. Terdahulu penulis menyatakan perihal skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan dan ada kata - kata yang menyatakan skim inilah yang akan membantu masyarakat bumiputera untuk maju ke hadapan. Penulis juga pernah dibidas apabila mempertikaikan kerelevanan skim pelaburan itu. Penulis dikatakan ketinggalan zaman di mana dikatakan sekarang dunia sudah maju dan banyak mekanisme - mekanisne pelaburan yang sudah mengantikan instrument pelaburan yang sudah ada dan ianya semesti bakal memberi pulangan dalam jangka masa yang pendek.

Mungkin sekarang mungkin ramai yang mula gusar kerana bimbangkan wang pelaburan mereka lesap begitu saja seperti apa yang terjadi kepada pelabur - pelabur Syarikat Buluh Mas pada suatu masa dulu. Untuk pengetahuan, akhbar New Sabah Times hari ini telah mencapai jualan yang memberangsangkan di Membakut kerana naskahnya sudah pun habis dijual seawal 10 pagi berikutan ramai yang ingin mengetahui berita tentang status Syarikat Gemilang Mirza. Diharap rakan - rakan pembaca di luar sana tidak terjebak ke dalam skim pelaburan ini.

Akhir sekali penulis ingin menyarankan kepada orang ramai agar jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk panduan dimasa yang akan datang. Janganlah terlalu teruja untuk cepat kaya sehinggakan diri sendiri terperangkap di dalam sitausi seperti ini. Bak patah pepatah ayam terlepas, tangan bau tahi... Bagi penulis, jalan terbaik untuk maju dan memperolehi kesenangan adalah dengan berusaha gigih dan bersikap jujur. Ingat bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah. Sekian... Hingga berjumpa lagi...

Tuesday, January 13, 2009

LKIM sasar 7,000 nelayan berdaftar di Sabah

TUARAN 12 Jan. - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mensasarkan pendaftaran 7,000 nelayan di Sabah, yang akan menikmati elaun sara hidup RM200 sebulan menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, mengikut angka terkini, hanya sekitar 3,261 daripada 15,000 nelayan di Sabah yang berdaftar sejak bulan Jun lepas untuk mendapatkan bantuan itu.

"Kami berharap sasaran itu dapat dicapai dengan adanya kerjasama semua pihak terbabit termasuk Jabatan Perikanan yang bersedia untuk mengedar 5,000 hingga 7,000 kad nelayan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan LKIM, di Dewan Bersatu Tuaran, di sini, hari ini.

Beliau berkata, LKIM juga akan terus menggandakan usaha memberi penerangan kepada golongan nelayan mengenai program dan pelbagai bantuan yang disediakan termasuk program Hari Bertemu Pelanggan LKIM di seluruh negeri.

Katanya, beliau berharap bantuan sara hidup dan kemudahan lain yang disediakan oleh LKIM dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan di Sabah, sekaligus menjadikan mereka nelayan yang berdaya maju dan berdikari.

- Bernama


TARIKH: 13 HB JANUARI 2009 (SELASA)

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

PAUTAN: KLIK DI ---> SINI

--------------------------------------------

Dengan bantuan ini, diharap penduduk di daerah Membakut juga dapat turut menikmati faedahnya terutamanya nelayan - nelayan di sekitar Kg. Binsulok, Membakut. Oleh itu, janganlah kita mempersia - siakan perluang yang ada dan gunakan ia sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan.

Friday, January 9, 2009

Ceramah Agama Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H/2009M

Membakut, 09 Januari, 2009: Satu Majlis ilmiah telah di adakan di Dewan Sri Pimping, Kg. Pimping yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dengan kerjasama beberapa badan kerajaan yang lain. Majlis ilmu ini yang diadakan ini ialah Majlis Ceramah Agama Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H/2009M.


Y.B Datuk Haji Mohd. Ariffin bersalaman dan bermesra dengan penduduk yang hadir pada hari itu.


Majlis yang disempurnakan oleh, Y.B Datuk Haji Mohd. Ariffin Arif ADUN N. 24 Membakut selaku Pengerusi SEDCO yang mana majlis tersebut turut di hadiri oleh Pemimpin Kemajuan Masyarakat N.24 Membakut, ketua - ketua jabatan kerajaan tempatan dan persekutuan, Pengerusi JKKK, Ketua - ketua kampung, Imam - imam dan para Pengerusi Masjid dan surau di sekitar daerah Membakut.

Pemimpin Kemajuan Rakyat N. 24 Membakut, Tuan Haji Aminuddin Yaakub juga turut hadir dan bersama - sama untuk menjayakan majlis ilmu ini

Diantara tetamu - tetamu kehormat yang hadir pada hari majlis ceramah Maal Hijrah 1430H/2009M


Penceramah ada hari itu adalah Drs. Syahrinal Azhar Lubis 38 tahun, seorang pensyarah dan penceramah terkenal didatangkan khas daripada Medan, Indonesia. Beliau sudah berada di Sabah sejak 7 hari yang lalu dan menjalankan sesi ceramah beliau di sekitar daerah dan ibu negeri di Sabah dan daerah Membakut adalah salah satu destinasi tujuan beliau. Dengan persediaan yang singkat pada masa itu, namun majlis ini berjaya menarik lebih kurang 200 orang penduduk kampung yang berdekatan untuk menghadiri majlis Ilmu yang diberkati oleh Allah S.W.T ini.

Drs. Syahrinal sedang mempersembahkan bacaan ayat suci Al - Quran


Majlis yang pada mulanya berjalan dengan lancar, terhenti buat seketika akibat berlakunya gangguan bekalan elektrik. Menurut pihak SESB, gangguan ini adalah berpunca daripada kerosakan stesen janakuasa akibat hujan lebat yang menimpa Daerah Membakut pada masa itu.
Walaubagaimanapun, hasil daripada tindakan tangkas pihak penganjur, masalah ini dapat di selasaikan dengan menyalurkan tenaga dengan mesin janakuasa yang di sediakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sememangnya perkara ini sudah dijangkakan pada peringkat awal lagi.

Mungkin ada hikmah disebalik berlakunya putus bekalan elektrik tersebut yang mana hampir dengan masuknya waktu fardhu Asar. Mungkin Allah sudah menentukan kejadian tersebut agar para hadirin yang datang di majlis ilmu pada hari itu akan mendapat rahmat dariNya dengan mengerjakan solat Asar sebelum ceramah dimulakan. Selepas Solat Asar, para hadirin dijamu dengan jamuan ringan sambil mendengar bacaan ayat suci Al - Quran daripada Drs. Syarinal Azhar Lubis. Tidak dapat dinafikan bukan sahaja petah berbicara beliau juga amat bagus dengan bacaan - bacaan ayat suci Al -Quran.

Sesi ceramah pada hari itu dimulakan dengan sapaan dari tuan penceramah dimana ia dijalankan dengan cara spontan dan ianya berhasil menaik para hadirin untuk mendengar dan memberi perhatian yang sepenuhnya. Antara isi kandung ceramah beliau pada hari itu ialah masyarakat yang bermuafakat boleh memelihara kesejahateraan negara. Beliau menyeru agar seluruh masyarakat agar sebulat hati dan tidak berpecah belah supaya institusi kita bertambah kukuh dan tdak dapat diganggu daripada anasir - anasir dari luar.

Selain daripada itu, beliau juga menerapkan nilai - nilai moral di dalam diri seseorang insan dengan menjaga percakapan yang beradab dan sentiasa bercakap benar untuk mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T diselangi dengan hadis Nabi, firman Allah S.W.T, Sajak, Puisi dan tidak ketinggal celoteh yang mecuit hati, ternyata penceramah muda dari Medan Indonesia itu berjaya menanwzan hati para hadirin yang datang.

Kesimpulannya, syabas diucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan juga ahli jawatankuasa sambutan Maal Hijrah 1430H/2009M kerana dengan jayanya telah menganjurkan sebuah majlis ilmu yang sangat bermanfaat ini. Kepada penceramah Drs. Syahrinal Azhar Lubis, diucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian di dalam berkongsi ilmu dan di harapkan tuan akan berpeluang datang lagi ke daerah Membakut. Sekian Wasalam

Wednesday, January 7, 2009

Bentuk pasukan khas banteras skim cepat kaya

KOTA KINABALU 6 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) diminta membentuk satu pasukan petugas khas bagi membanteras gejala skim cepat kaya di negeri ini yang semakin berleluasa.

Presiden Persatuan Penguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu berkata, kegiatan skim cepat kaya itu bukan sahaja bertumpu di bandar besar tetapi telah menular ke kawasan pedalaman seperti di Beaufort.

"Mereka kini bukan sahaja memungut wang tunai tetapi turut berani menjanjikan dividen atau keuntungan secara mingguan.

''Ini tidak masuk akal. Mana ada syarikat pelaburan boleh membayar dividen atau keuntungan kepada para pelabur secara mingguan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, BNM perlu mengambil tindakan tegas dan serius menangani masalah itu untuk melindungi pengguna di negeri ini.

Katanya, jika BNM lambat bertindak, lebih ramai rakyat di negeri ini akan mengalami kerugian.

Sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia

Untuk pembacaan yang lebih lanjut sila klik di-----> sini

--------------------------------------------------------

Kebelakangan ini penulis banyak di tawarkan dengan beberapa skim pelabur yang mana dikatakan pasti akan memberi pulangan yang lumayan kepada si pencarum. Fuh... teruja juga apabila ditawarkan dengan pelbagai tawaran yang mengiurkan seperti pendapatan mingguan yang boleh dikatakan tinggi. Malahan ada yang menawarkan pendapatan harian dengan melabur beberapa ratus ringgit ke dalam skim tersebut.

Bukan berniat untuk bersifat riak akan tetapi, penulis adalah bekas pelajar kursus perniagaan di salah sebuah institusi di negara kita ni yang mana penulis di dedahkan dengan pelbagai bentuk teori dan konsep ekonomi, kewangan, dan perundang perniagaan. Selepas tamat belajar, penulis meneruskan minat dengan bekerja di bidang kewangan dan telah menghadiri beberapa kursus anjuran Bank Negara Malaysia mengenai info terkini mengenai garis panduan kepada syarikat kewangan untuk menjalankan urus niaga dan memasarkan produk dan nasihat kewangan mereka. Penulis juga terpaksa melalui kursus wajib dan beberapa peperiksaan untuk mendapat sijil kelulusan untuk menjadi penasihat mengenai pengurusan dan pelaburan kewangan kepada orang awam.

Akan tetapi penulis berasa agak janggal apabila seorang rakan (tidak begitu rapat) menceritakan tentang agen yang bergerak secara meluas di kawasan daerah Papar, Membakut, dan Beaufort mempromosikan skim pelaburan dengan memungut deposit yang bernilai RM1000 hinggalah ke RM5000 untuk menjadi ahli skim pelaburan tersebut. Apa yang menjadi persoalan kepada penulis ialah, adakah agen tersebut mempunyai lesen dan kelulusan daripada pihak berwajib untuk memberi khidmat nasihat pelaburan kepada orang awam dan memungut deposit pelaburan tersebut. Mengikut pengetahuan penulis, setiap agen yang berlesen mesti menghadiri sesi latihan dan seminar sebanyak 30 jam dalam setahun dan jika gagal mencapai 30 jam kredit tersebut seseorang agen tersebut boleh ditamatkan lesennya.

Penulis di sini bukanlah bermaksud untuk menghalang orang kita untuk maju ke hadapan, tapi biarlah kita maju dengan cara yang betul dan beretika. Janganlah sudah terhantuk baru tergadah dan penghujungnya pihak berkuasa juga yang akan dipersalahkan. Ada baiknya kita merujuk dahulu kepada pihak sepatutnya seperti melawati portal Bank Negara Malaysia (klik di-----> sini) untuk memdapat infomasi yang lebih jelas dan mengetahui senarai - senarai syarikat yang diluluskan di dalam pengurusan dana pelabur.

Penulis sangat menyokong akan kenyataan Presiden Persatuan Penguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu di dalam akhbar Utusan Malaysia yang dipetik diatas. Ciri - ciri pelabuaran yang dikatakan itu sememang tidak masuk akal dan amat mencurigakan.