Monday, June 22, 2009

Berita Bergambar: Pesta Gambus Anjuran Persatuan Masyarakat Brunei Sabah 2009

21hb Jun 2009 (Ahad) Kg. Pimping, Membakut: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah telah menganjurkan Pesta Gambus peringkat Beaufort baru - baru ini bertempat di Dewan Sri Pimping, Kg. Pimping Membakut. Berikut adalah berita bergambar yang sempat dirakamkan oleh krew Suara Membakut yang turut hadir di acara tersebut. Acara ini bermula pada 11.00 pagi hingga ke 5.00 petang dan disambung semula pada jam 8.00 malam bagi acara perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Acara yang dipertandingkan pada Pesta Gambus ini ialah acara bergandang, seni silat, bergambus dan macam - macam lagi. Pesta Gambus peringkat Beaufort ini di sertai oleh persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Kuala Penyu, PMBS Membakut, PMBS Kg. Brunei, PMBS Kg. Pimping, dan PMBS Kg. Binsulok. Selain daripada itu, terdapat juga acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang lumayan bagi pengunjung bertuah yang hadir ke Pesta tersebut.

Untuk berita penuh sila klik di sini.