Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka pada hari-hari mendatang.
Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas setelah dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut.
Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu.
Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal.
Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.
Meminjam
Beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan tilapia.
Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.
Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali.
Sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia
klik untuk teruskan pembacaan----> Utusan Malaysia
--------------------------------------------------------
Para pembaca blog ini, inginlah kita saling ingat memperingati di antara satu sama yang lain. Daripada berita yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia ini kita seharusnya mengambil iktibar dari kegigihan Mohd Khairi di dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan beliau. Walaupun di lahirkan di dalam serba kekurangan namun ini tidak menjadi alasan supaya beliau tidak dapat berdikari. Oleh itu, jika orang seperti Mohd. Khairi ini dapat melakukan kenapa pula kita yang di lahirkan dengan sempurna dapat membuat dengan lebih baik... Contohilah kegigihan beliau di dalam menempuhi kehidupannya yang serba mencabar...
No comments:
Post a Comment