Tuesday, January 6, 2009

30 gagal bayar yuran ‘dihalau’ pengetua

BONGAWAN: Hari pertama sesi persekolahan sepatutnya menyuntik semangat baru tetapi suasana sebaliknya dilalui beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan Dua, di sini semalam apabila diarah pulang oleh pengetua kerana gagal menyediakan bayaran yuran aktiviti sekolah. 

Difahamkan, kira-kira 30 pelajar Tingkatan Satu hingga nam sekolah terbabit diarah pulang awal oleh pengetuanya sebagai hukuman kegagalan menyediakan wang tunai RM56 sebagai yuran aktiviti sekolah. 

Bapa pelajar, Ismail Abdullah, kesal tindakan pengetua terbabit kerana yuran aktiviti sekolah boleh dibayar kemudian tanpa perlu menyuruh pelajar pulang awal.

Sumber dipetik daripada: Berita Harian

Klik untuk meneruskan pembacaan -----> Klik

---------------------------------------------------------------------------------------

Penulis agak terkejut apa bila terbaca berita ini di surat khabar Berita Harian. Sepanjang pengetahuan penulis SMK Bongawan 2 adalah sekolah milikan kerajaan. Apakah rasionalnya seorang pengetua yang berpengalaman sebagai pendidik yang berpengalaman menghalau anak murid gara - gara tidak membawa duit yuran. Inikah layanan sekolah yang dibiayai kerajaan kepada anak - anak rakyat miskin? Seorang pengetua perlulah peka tentang latar belakang penduduk yang menghantar anak2 mereka ke sekolah di bawah pentadbirannya dan bukannya hanya pandai menunjukkan taring tumpul tak bertempat.

Penulis pernah menuntut di sebuah pusat pendidikan swasta yang boleh di katakan agak boleh tahan yurannya. Namun, pihak sekolah tidak pernah menghalang para pelajar yang hadir untuk hadir ke sesi kelas. Namun tindakkan yang di ambil hanyalah keputusan peperiksaan akan di gantung sehingga yuran di jelaskan. Tidakkah tindakkan menghalau murid itu sesuatu yang agak keterlaluan bagi sebuah sekolah milik kerajaan. Tindakan pengetua tersebut sedikit sebanyak dapat memberi kesan negatif kepada integriti pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

6 comments:

Anonymous said...

Tindakan pihak sekolah seperti itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan ibu bapa/murid hadir pada hari pendaftaran yang telah dimaklumkan oleh pihak sekolah iaitu pada 2/1/2009 (Jumaat) melalui surat pemberitahuan yang dibahagikan kepada murid-murid pada perhimpunan akhir tahun 2007 yang lalu, ini menyebabkan pihak sekolah tidak menerima pelajar untuk memasuki kelas pada hari tersebut (5/1/2009) kerana belum berdaftar dan temasuklah juga soal bayaran yuran antara RM50-RM60. Bagaimana pun tindakan pihak sekolah berkenaan memang tidak sepatutnya, dimana menyebabkan pelajar-pelajar pulang berjalan kaki melalui lebuh raya KK-Beaufort yang boleh membahayakan mereka. Pelajar terpaksa berjalan kaki kerana bas sekolah mereka hanya akan mengambil mereka selepas waktu persekolahan.Perlu diambil kira bahawa ketidak hadiran ibu bapa pada 2/1/2009 itu berkemungkinan terlupa dengan surat pemberitahuan yang diedarkan pada akhir bulan Oktober, 2008 dan juga yang lebih penting APAKAH ADA LAGI YURAN SEKOLAH YANG PERLU DIBAYAR, SEDANGKAN KERAJAAN TELAH MENGARAHKAN TIDAK ADA LAGI SEBARANG YURAN YANG PERLU DIMINTA OLEH PIHAK SEKOLAH LEBIH-LEBIH LAGI PIBG DIMANA KERAJAAN TELAH MEMPERUNTUKAN RM50 JUTA UNTUK PIBG SELURUH NEGARA...jadi jika difikir-fikirkan memang tindakan pihak sekolah berkenaan lebih keterlaluan dari kesesuaian.

Anonymous said...

Mungkin pengetua tu beremosi masa hari pendaftaran tu... bagus kasi di kursus kaunseling....

Jlascanteen said...

pendidikan di sekolah kerajaan adalah percuma. jadi tidak timbul soal murid tidak bayar yuran.

pengetua smk bongawan 2 hendaklah nmeminta maaf kepada murid dan ibu bapa atas indakan beliau menghalau murid dari sekolah.

Anonymous said...

wa rasa la mungkin cikgu tu gaduh ngan bini dia tulah luah perasaan ngan murid2 dia... hahahahah kenasuruh tido kat sofa kot....

Puteri Katak said...

kalau yer pon kene halau tidur sofa malam tu jangan lah tercampur dengan hal kerja. hahahaha mmg nak kene kaunseling sikit ni.

Pemuda Membakut said...

sebagai seorang yang profesional kita tidak sepatutnya membuat sesuatu keputusan dengan terburu - buru