Wednesday, January 7, 2009

Bentuk pasukan khas banteras skim cepat kaya

KOTA KINABALU 6 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) diminta membentuk satu pasukan petugas khas bagi membanteras gejala skim cepat kaya di negeri ini yang semakin berleluasa.

Presiden Persatuan Penguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu berkata, kegiatan skim cepat kaya itu bukan sahaja bertumpu di bandar besar tetapi telah menular ke kawasan pedalaman seperti di Beaufort.

"Mereka kini bukan sahaja memungut wang tunai tetapi turut berani menjanjikan dividen atau keuntungan secara mingguan.

''Ini tidak masuk akal. Mana ada syarikat pelaburan boleh membayar dividen atau keuntungan kepada para pelabur secara mingguan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, BNM perlu mengambil tindakan tegas dan serius menangani masalah itu untuk melindungi pengguna di negeri ini.

Katanya, jika BNM lambat bertindak, lebih ramai rakyat di negeri ini akan mengalami kerugian.

Sumber dipetik daripada: Utusan Malaysia

Untuk pembacaan yang lebih lanjut sila klik di-----> sini

--------------------------------------------------------

Kebelakangan ini penulis banyak di tawarkan dengan beberapa skim pelabur yang mana dikatakan pasti akan memberi pulangan yang lumayan kepada si pencarum. Fuh... teruja juga apabila ditawarkan dengan pelbagai tawaran yang mengiurkan seperti pendapatan mingguan yang boleh dikatakan tinggi. Malahan ada yang menawarkan pendapatan harian dengan melabur beberapa ratus ringgit ke dalam skim tersebut.

Bukan berniat untuk bersifat riak akan tetapi, penulis adalah bekas pelajar kursus perniagaan di salah sebuah institusi di negara kita ni yang mana penulis di dedahkan dengan pelbagai bentuk teori dan konsep ekonomi, kewangan, dan perundang perniagaan. Selepas tamat belajar, penulis meneruskan minat dengan bekerja di bidang kewangan dan telah menghadiri beberapa kursus anjuran Bank Negara Malaysia mengenai info terkini mengenai garis panduan kepada syarikat kewangan untuk menjalankan urus niaga dan memasarkan produk dan nasihat kewangan mereka. Penulis juga terpaksa melalui kursus wajib dan beberapa peperiksaan untuk mendapat sijil kelulusan untuk menjadi penasihat mengenai pengurusan dan pelaburan kewangan kepada orang awam.

Akan tetapi penulis berasa agak janggal apabila seorang rakan (tidak begitu rapat) menceritakan tentang agen yang bergerak secara meluas di kawasan daerah Papar, Membakut, dan Beaufort mempromosikan skim pelaburan dengan memungut deposit yang bernilai RM1000 hinggalah ke RM5000 untuk menjadi ahli skim pelaburan tersebut. Apa yang menjadi persoalan kepada penulis ialah, adakah agen tersebut mempunyai lesen dan kelulusan daripada pihak berwajib untuk memberi khidmat nasihat pelaburan kepada orang awam dan memungut deposit pelaburan tersebut. Mengikut pengetahuan penulis, setiap agen yang berlesen mesti menghadiri sesi latihan dan seminar sebanyak 30 jam dalam setahun dan jika gagal mencapai 30 jam kredit tersebut seseorang agen tersebut boleh ditamatkan lesennya.

Penulis di sini bukanlah bermaksud untuk menghalang orang kita untuk maju ke hadapan, tapi biarlah kita maju dengan cara yang betul dan beretika. Janganlah sudah terhantuk baru tergadah dan penghujungnya pihak berkuasa juga yang akan dipersalahkan. Ada baiknya kita merujuk dahulu kepada pihak sepatutnya seperti melawati portal Bank Negara Malaysia (klik di-----> sini) untuk memdapat infomasi yang lebih jelas dan mengetahui senarai - senarai syarikat yang diluluskan di dalam pengurusan dana pelabur.

Penulis sangat menyokong akan kenyataan Presiden Persatuan Penguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu di dalam akhbar Utusan Malaysia yang dipetik diatas. Ciri - ciri pelabuaran yang dikatakan itu sememang tidak masuk akal dan amat mencurigakan.

No comments: