Tuesday, January 13, 2009

LKIM sasar 7,000 nelayan berdaftar di Sabah

TUARAN 12 Jan. - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mensasarkan pendaftaran 7,000 nelayan di Sabah, yang akan menikmati elaun sara hidup RM200 sebulan menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, mengikut angka terkini, hanya sekitar 3,261 daripada 15,000 nelayan di Sabah yang berdaftar sejak bulan Jun lepas untuk mendapatkan bantuan itu.

"Kami berharap sasaran itu dapat dicapai dengan adanya kerjasama semua pihak terbabit termasuk Jabatan Perikanan yang bersedia untuk mengedar 5,000 hingga 7,000 kad nelayan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan LKIM, di Dewan Bersatu Tuaran, di sini, hari ini.

Beliau berkata, LKIM juga akan terus menggandakan usaha memberi penerangan kepada golongan nelayan mengenai program dan pelbagai bantuan yang disediakan termasuk program Hari Bertemu Pelanggan LKIM di seluruh negeri.

Katanya, beliau berharap bantuan sara hidup dan kemudahan lain yang disediakan oleh LKIM dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan di Sabah, sekaligus menjadikan mereka nelayan yang berdaya maju dan berdikari.

- Bernama


TARIKH: 13 HB JANUARI 2009 (SELASA)

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

PAUTAN: KLIK DI ---> SINI

--------------------------------------------

Dengan bantuan ini, diharap penduduk di daerah Membakut juga dapat turut menikmati faedahnya terutamanya nelayan - nelayan di sekitar Kg. Binsulok, Membakut. Oleh itu, janganlah kita mempersia - siakan perluang yang ada dan gunakan ia sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan.

No comments: