Pagi ini penulis membaca akhbar tempatan New Sabah Times, berita utamanya cukup mengejutkan !!! "BANK NEGARA SERBU PEJABAT GEMILANG MIRZA", antara isi berita yang dipetik ialah syarikat tersebut disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen & pengubahan wang haram. Perkara ini adalah termaktub di bawah Seksyen 25 (1) Akta Bank & Institusi - Instusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan juga di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang haram dan Pembenterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) di mana jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama 10 tahun dan denda tidak lebih daripada 10 juta ringgit Malaysia.
Penulis pernah membincangkan perkara ini di dalam entri yang lepas mengenai skim - skim pelaburan yang mencurigakan. Terdahulu penulis menyatakan perihal skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan dan ada kata - kata yang menyatakan skim inilah yang akan membantu masyarakat bumiputera untuk maju ke hadapan. Penulis juga pernah dibidas apabila mempertikaikan kerelevanan skim pelaburan itu. Penulis dikatakan ketinggalan zaman di mana dikatakan sekarang dunia sudah maju dan banyak mekanisme - mekanisne pelaburan yang sudah mengantikan instrument pelaburan yang sudah ada dan ianya semesti bakal memberi pulangan dalam jangka masa yang pendek.
Mungkin sekarang mungkin ramai yang mula gusar kerana bimbangkan wang pelaburan mereka lesap begitu saja seperti apa yang terjadi kepada pelabur - pelabur Syarikat Buluh Mas pada suatu masa dulu. Untuk pengetahuan, akhbar New Sabah Times hari ini telah mencapai jualan yang memberangsangkan di Membakut kerana naskahnya sudah pun habis dijual seawal 10 pagi berikutan ramai yang ingin mengetahui berita tentang status Syarikat Gemilang Mirza. Diharap rakan - rakan pembaca di luar sana tidak terjebak ke dalam skim pelaburan ini.
Akhir sekali penulis ingin menyarankan kepada orang ramai agar jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk panduan dimasa yang akan datang. Janganlah terlalu teruja untuk cepat kaya sehinggakan diri sendiri terperangkap di dalam sitausi seperti ini. Bak patah pepatah ayam terlepas, tangan bau tahi... Bagi penulis, jalan terbaik untuk maju dan memperolehi kesenangan adalah dengan berusaha gigih dan bersikap jujur. Ingat bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah. Sekian... Hingga berjumpa lagi...
1 comment:
untuk invest duit pilih yang stabil bukan yang 'bermekanisme' baru cepat untung.
oleh itu sila google berkaitan unit trust.... sekian.
Post a Comment