Tahun baru 2009 dan tahun baru hijrah 1430 baru saja tiba. Awal tahun begini kita sudah dikejutkan dengan beberapa berita kemalangan maut yang sangat menyedihkan. Salah satunya kejadian kemalangan yang berlaku di Gua Musang, Kelantan, yang telah meragut nyawa 5 sekeluarga.
Menurut berita yang dilaporkan oleh Buletin Utama di TV3, ada yang mempersoalkan keberkesanan tali pinggang keselamatan untuk menyelamatkan nyawa. Pendapat penulis ialah, tali pinggang hanya boleh mengurangkan risiko kecedaraan teruk(kemalangan maut), dan bukannya pencegah kemalangan secara total. Kebanyakkan kemalangan maut disebabkan oleh pemandu yang memandu laju. Ingat lah bahawa had laju yang ditetapkan adalah wajib dipatuhi. Selain dari mematuhi had laju yang dibenarkan, pemakaian tali pinggang, dan tidak membawa penumpang berlebihan juga adalah penting untuk dipatuhi bagi mencegah kemalangan.
Sama-samalah kita lebih bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan ketika menggunakan jalan raya. Hal ini penting bukan sahaja untuk keselamatan kita dan ahli keluarga, tapi juga untik keselamatan pengguna jalan raya yang lain
No comments:
Post a Comment