Majlis yang disempurnakan oleh, Y.B Datuk Haji Mohd. Ariffin Arif ADUN N. 24 Membakut selaku Pengerusi SEDCO yang mana majlis tersebut turut di hadiri oleh Pemimpin Kemajuan Masyarakat N.24 Membakut, ketua - ketua jabatan kerajaan tempatan dan persekutuan, Pengerusi JKKK, Ketua - ketua kampung, Imam - imam dan para Pengerusi Masjid dan surau di sekitar daerah Membakut.
Pemimpin Kemajuan Rakyat N. 24 Membakut, Tuan Haji Aminuddin Yaakub juga turut hadir dan bersama - sama untuk menjayakan majlis ilmu ini
Penceramah ada hari itu adalah Drs. Syahrinal Azhar Lubis 38 tahun, seorang pensyarah dan penceramah terkenal didatangkan khas daripada Medan, Indonesia. Beliau sudah berada di Sabah sejak 7 hari yang lalu dan menjalankan sesi ceramah beliau di sekitar daerah dan ibu negeri di Sabah dan daerah Membakut adalah salah satu destinasi tujuan beliau. Dengan persediaan yang singkat pada masa itu, namun majlis ini berjaya menarik lebih kurang 200 orang penduduk kampung yang berdekatan untuk menghadiri majlis Ilmu yang diberkati oleh Allah S.W.T ini.
Majlis yang pada mulanya berjalan dengan lancar, terhenti buat seketika akibat berlakunya gangguan bekalan elektrik. Menurut pihak SESB, gangguan ini adalah berpunca daripada kerosakan stesen janakuasa akibat hujan lebat yang menimpa Daerah Membakut pada masa itu.
Walaubagaimanapun, hasil daripada tindakan tangkas pihak penganjur, masalah ini dapat di selasaikan dengan menyalurkan tenaga dengan mesin janakuasa yang di sediakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sememangnya perkara ini sudah dijangkakan pada peringkat awal lagi.
Mungkin ada hikmah disebalik berlakunya putus bekalan elektrik tersebut yang mana hampir dengan masuknya waktu fardhu Asar. Mungkin Allah sudah menentukan kejadian tersebut agar para hadirin yang datang di majlis ilmu pada hari itu akan mendapat rahmat dariNya dengan mengerjakan solat Asar sebelum ceramah dimulakan. Selepas Solat Asar, para hadirin dijamu dengan jamuan ringan sambil mendengar bacaan ayat suci Al - Quran daripada Drs. Syarinal Azhar Lubis. Tidak dapat dinafikan bukan sahaja petah berbicara beliau juga amat bagus dengan bacaan - bacaan ayat suci Al -Quran.
Sesi ceramah pada hari itu dimulakan dengan sapaan dari tuan penceramah dimana ia dijalankan dengan cara spontan dan ianya berhasil menaik para hadirin untuk mendengar dan memberi perhatian yang sepenuhnya. Antara isi kandung ceramah beliau pada hari itu ialah masyarakat yang bermuafakat boleh memelihara kesejahateraan negara. Beliau menyeru agar seluruh masyarakat agar sebulat hati dan tidak berpecah belah supaya institusi kita bertambah kukuh dan tdak dapat diganggu daripada anasir - anasir dari luar.
Selain daripada itu, beliau juga menerapkan nilai - nilai moral di dalam diri seseorang insan dengan menjaga percakapan yang beradab dan sentiasa bercakap benar untuk mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T diselangi dengan hadis Nabi, firman Allah S.W.T, Sajak, Puisi dan tidak ketinggal celoteh yang mecuit hati, ternyata penceramah muda dari Medan Indonesia itu berjaya menanwzan hati para hadirin yang datang.
Kesimpulannya, syabas diucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan juga ahli jawatankuasa sambutan Maal Hijrah 1430H/2009M kerana dengan jayanya telah menganjurkan sebuah majlis ilmu yang sangat bermanfaat ini. Kepada penceramah Drs. Syahrinal Azhar Lubis, diucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian di dalam berkongsi ilmu dan di harapkan tuan akan berpeluang datang lagi ke daerah Membakut. Sekian Wasalam
2 comments:
mb yg beri ceramah agama kat kelantan tiap minggu,
Alhmdulillh...memng sedaplah telinga mendengar ceramah beliau, rasa mcm tidak cukup.Lebih2 lg bila beliau membacakan ayat suci al-quran dgn suara & taranum yang yang cukup merdu pada hari itu.Mungkin beliau adik beradik Ahmad Khairi Lubis Johan Qari Tilawah antarabangsa beberapa tahun lepas...Kalau boleh saya cadangkan YB Membakut membawa beliau ke Membakut lagi sebagai Guru bacaan Al-quran sebabnya pembaca Al Quran dari negara jiran ada kelebihan dari segi mengawal suara dan nafas ketika membaca al quran,jd ini yang mau kita pelajari.Mudah2n qari dari membakut akan dapat mewakili sabah dan malaysia suatu hari nanti.Wassalam...
Post a Comment