Monday, February 2, 2009

Ahli Parlimen Kimanis turun padang selasai masalah penduduk

Sepanduk Protes!!!

Bongawan 02 Feb, 2009: Satu demonstrasi bantahan telah di lakukan oleh kira - kira 50 orang penduduk yang berasal daripada kampung berdekatan Daerah mengundi Kuala Pus. Demonstrasi ini dilakukan dengan aman bertujuan untuk memprotes sikap pihak berwajib di dalam menangani masalah yang menimpa mereka.  

Penduduk yang hadir...

Isu jalanraya bukanlah sebuah isu yang asing bagi penduduk di kawasan Daerah Mengundi Kuala Pus iaitu yang terdiri daripada beberapa buah kampung seperti  Kg. Talantang, Kg. Ambituan, Kg. Viging, Kg. Ulu Lumagar dan beberapa buah lagi. Jalanraya ini berada di dalam keadaan yang daif dan pembaikan adalah sangat mendesak. Menurut seorang penduduk yang ditemui oleh penulis, jalanraya ini sepatutnya sudahpun  dinaik taraf seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya pada musim pilihanraya yang lalu.

Menanti Jawapan...

Berikutan dengan itu, Y.B Datuk Anifah Hj. Aman selaku Ahli Parlimen P. 176 Kimanis telah turun padang menemui penduduk - penduduk kampung yang berdemonstrasi. Beliau yang pada hari sebelumnya sudah pun turun padang memasukki kampung di sekitar Ulu Bongawan mengakui bahawa jalanraya di kawasan ini sememangnya perlu dinaik tarafkan memandangkan lebih 4000 orang penduduk kampung yang tinggal disekitarannya. Beliau telahpun menghubungi dan membawa wakil daripada Jabatan kerja Raya untuk memberi penjelasan kepada penduduk kampung mengenai situasi sebenar agar perkara ini dapat diselasaikan dengan kadar segera.

Y.B Datuk Anifah Hj. Aman sedang mendengar penjelasan daripada En. Paulinus sebagai wakil penduduk setempat

Y.B Datuk Anifah Hj. Aman yang sebelum ini menolak jawatan Timbalan Menteri atas sebab ingin memperjuangkan nasib para penduduk di kawasan Parlimen Kimanis. Sebagai seorang wakil rakyat biasa beliau berpendapat bahawa beliau dapat menyuarakan kehendak rakyat kepada pemimpin peringkat atasan. Beliau juga menegaskan bahawa perkara ini perlu diselasaikan dengan segera berikutan perkara ini sudahpun disuarakan di dewan parlimen suatu masa dulu.

Mendengar rintihan daripada penduduk kampung

Demonstrasi tersebut mencapai kata sepakat dengan sesi dialog ringkas di antara penduduk kampung dan juga pihak berkuasa seperti pihak Jabatan kerja raya dan badan yang berkaitan. Y.B Datuk Anifah Hj. Aman juga sempat menyuarakan beberapa pendapat bagi merungkai segalan pertikaian yang berlaku diantaranya perancangan beliau untuk membawa Menteri Kerja Raya Negeri Sabah melawat ke kawasan Daerah Mengundi Kuala Pus ini bagi menyaksikan sendiri akan penderitaan penduduknya. Dengan itu, Beliau juga berharap dengan lawatan itu, pihak Menteri Kerajaan Negeri dapat berhubung dengan Menteri kerja raya peringkat persekutuan bagi menyelasaikan perkara ini.

Wakil daripada Jabatan Kerja Raya menerangkan punca masalah kepada Y.B Datuk Anifah

Ketua Kampung Talantang En. Paulinus yang juga sebagai wakil penduduk menyatakan rasa puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kimanis Y.B Datuk Anifah Hj. Aman dan juga wakil daripada Jabatan Kerja Raya di dalam menyelasaikan perkara yang berlaku ini. En. Paulinus juga memohon para penduduk kampung supaya bersabar dan memberi tempoh masa bagi menyelasaikan perkara ini secepat yang mungkin.

Y.B Datuk Anifah Hj. Aman menerangkan kepada penduduk kampung yang hadir akan penjelasan wakil daripada Jabatan kerja raya dan mencadangkan beberapa jalan penyelasaian.

6 comments:

Suleiman said...

Blog ini berbetuk berat sebelah. Bukan semua orang Membakut suka dengan 'MP Import' ini. Mana sudah janji UMNO pada parti komponen lain. Pengerusi KDM pun dari UMNO? Palui

Pemuda Membakut said...

nampaknya tuan sudah tersalah anggap akan perjuangan kami... Parti UMNO bukan la berkenaan dgn individu... siapa pun wakilnya di bawah nama parti UMNO tetap akan diberi sokongan padu!!! Jgnlah kita berjuang demi mengejar nama dan pangkat... berjuanglah demi bangsa dan agama.

ANAK DAMIT said...

ani jalan under JKR atau majlis daerah membakut? mun ku inda silap..setiap jalan yg berdaftar..samada bawah JKR atau Majlis daerah..kerja2 penyelengaraannya ada..jadi..inda jua belupak banar jalan atu..sekurang2nya, di jaga seperti kerja2 pengreddan, compaction balik..mun kurang batu..di tambah balik batu atu..kesimpulannya, benda ani ada..mun bawah JKR, kerja2 penyelenggaraan ani di buat sendiri oleh JKR..kadang2, unit penyelengaraan JKR ani lambat dan jentera nya malar rusak..mun jalan atu register under majlis daerah..kerja2 penyelengaraan di lakukan oleh satu konsesi..iaitu KONTRAKTOR KEKAL MEWAH..bisidia ani udah dapat peruntukan penyelengaraan berdasarkan panjang jalan atu..misalnya..mun 1 km, peruntukan rm 1000..mun jalan atu di register 8 km...rm 8000 tah bisidia dapat..atu contoh..inda tah ku tahu..berapa bisidia dapat..apa inda kaya banar..suda seluruh sabah jalan majlis daerah ani bisidia saja menguruyuk..tapi, mana2 hak kita ani..kita gunakan..walaupun jalan ani jalan gravel (srt2) ku liat..mun di selengara inda jua urg kg mengamuk..penaiktarafan jalan bergantung kpd keperluan jalan atu..mun 2 3 urg saja tggal..membazir jua kan..apa2 pun..check di saluran yg ada..

Pemuda Membakut said...

banarnya biskita atu.. sebenarnya jalan ni dibawah jagaan JKR. Penduduk kampung merasa tidak puas hati dgn mutu kerja yang dilakukan pihak berwajib di kawasan itu sehingga menyebabkan penduduk membuat demonstrasi... walaubagaimanapun Ahli Parlimen Kimanis iaitu Datuk Anifah Haji Aman telah turun padang bersama penduduk untuk mendapatkan penjelasan dari pihak JKR mengenai situasi tersebut... Alhamdulillah selepas hampir sejam perbincangan kata sepakat dapat dicapai dan para penduduk kampung berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

utk pengetahuan tuan.. peruntukkan yang diluluskan oleh pihak JKR utk menaik taraf jalan tersebut hanyalah 1/2 km berbanding 14.7 km jumlah keseluruhan jaraknya. dgn ini Ahli Parlimen menyuarakan bahawa penaiktaraf 1/2 km adalah satu jumlah yang tidak dapat diterima memandangkan jalan tersebut digunakan oleh lebih kurang 5 buah kampung. Oleh itu, ahli parlimen kimanis memohon agar pihak JKR dapat mempertimbangkan semula akan jarak jalan yang hendak dinaik taraf di kawasan tersebut.

ANAK DAMIT said...

1/2 kilometer saja? mun byk kampung d dalamnya...atu kira keperluan suda tuh..tapi mun 14 km mmg basar jua kosnya..liat keperluan la slalunya..mun indada peruntukan lagi..baik tah di buat penyelengaraan mana2 yg patut dulu..mun inda..janji kan d aspal..karang inda timbul2..mengamuk lagi urg jalan atu rusak...karang lain2 tah suda di pangkah tu karang...hehehe...apa2 pun,ku harap datuk anifah lagi prihatin d tempatnya ni..lagi2 ia sibuk skrg jadi menteri luar ani....nya urg, kan bejumpa pun payah...hehe..sebab, the next pru..situasinya lain..hehe..

Jlascanteen said...

suleiman: siapa yang blog ini sokong itu pilihan masing2. memang lah bukan semua orang membakut sokong MP sekarang. itu lah nama nya demokrasi. in democracy majority rules...