Wednesday, May 13, 2009

Anifah terima undangan Hillary

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman akan melakukan lawatan kerja ke Washington D C, atas jemputan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton selama dua hari, mulai esok. 

Ketika lawatan itu, beliau dijadual menemui Hillary pada 14 Mei di mana Anifah dijangka membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk meneroka bidang kerjasama baru untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. 

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini semalam, selain menemui Hillary, beliau juga dijangka menemui anggota ranking Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, Richard Lugar. 

Kuala Lumpur dan Washington mempunyai hubungan dua hala yang serasi dan kedua-dua negara itu berkongsi dalam pelbagai dan banyak perkongsian. 

Hubungan ekonomi antara kedua-dua negara sangat menggalakkan. 

Menurut kenyataan, Amerika Syarikat adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dan negara ini adalah rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat. 

Jumlah perdagangan dua hala setiap tahun ialah AS$49 bilion. Amerika Syarikat dan Malaysia sudah melancarkan rundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala pada Jun 2006. - Bernama

Tarikh: 13/05/2009 (Selasa)

Sumber: Berita Harian

Pautan: Klik di---> SINI

-------------------------

No comments: