Wednesday, April 1, 2009

Waspada skim tipu kad kredit

KUALA LUMPUR 31 Mac – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan skim penipuan kad kredit menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertujuan untuk mendedahkan butiran maklumat peribadi mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun berkata, skim tersebut yang dikesan sejak tahun lalu didapati semakin berleluasa sehingga hari ini.

Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja, polis menerima sebanyak 25 laporan berhubung penipuan sindiket berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu ialah dengan menghantar SMS kepada pengguna telefon terutamanya mereka yang menggunakan talian Maxis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, SMS yang diterima mangsa adalah seperti Ambank. Pelanggan yang dihormati pada 03/12/09 anda telah belanja kad kredit anda di IOI Mall sebanyak RM4,982. Kod belanja: CR 653A, sila uruskan bayaran dengan cepat. Tel: 03-86590342.

Beliau memberitahu, mangsa yang terpedaya dengan SMS tersebut akan menghubungi nombor telefon tertera.

TARIKH: 01/04/09

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

PAUTAN: KLIK DI---> SINI

-----------------------------

Diharap semua pembaca dapat mengambil perhatian tentang perkara ini... Jgn mudah tertipu dengan kegiatan sindikit ini.

No comments: