Wednesday, April 8, 2009

Laksana projek dengan sempurna: Arifin

MEMBAKUT: Kontraktor bumiputera dinasihatkan supaya melaksanakan projek yang diberikan kerajaan dengan sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif berkata pelaksanaan yang sempurna akan memberi kesan yang positif kepada rakyat.

“Kita mahu supaya projek yang dilaksanakan itu apabila siap nanti dapat memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran projek undian Pia-Pias Pejabat Pembangunan Negeri Sabah Jabatan Perdana Menteri di sini baru-baru ini.

Seramai 52 kontraktor tempatan menerima surat tawaran tersebut.

Mohd Arifin memberitahu projek yang diperolehi oleh kontraktor itu adalah projek yang disenaraikan oleh Pejabat Ahli Parlimen Kimanis, Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Membakut dan diselaraskan Pejabat Daerah Kecil Membakut.

Menurutnya projek yang disenaraikan itu tentunya adalah untuk menambahkan lagi kemudahan bagi dinikmati oleh rakyat.

“Setiap projek yang disenaraikan itu adalah untuk kepentingan dan kemudahan rakyat, kerana itulah kita mahu setiap kontraktor dapat melaksanakannya dengan sempurna,” katanya lagi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan yang menyalurkan projek tersebut menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.

Tarikh: 08/04/09 (Rabu)

Sumber: New Sabah Times

Pautan: Klik Di---> SINI

---------------------------

Diharapkan kontraktor2 yang dipertanggung jawab dapat melaksanakan projek pembangunan yang telah diamanatkan kepada mereka. Janganlah terlampau ghairah di dalam mengaut keuntungan sehinggakan meninggalkan hasil kerja yang tidak berkualiti. Jika hasil kerja yang baik itu dapat ditunjukkan insyallah nama sendiri juga yang dapat pujiannya. Manalah tau ada projek lain yang ditawarkan maka syarikat anda jugalah yang berpotensi... Insyallah...

No comments: