Saturday, April 20, 2013

LIPUTAN PRU13 2013: HARI PENAMAAN CALON

Selepas pengumuman dibuat oleh pengerusi pilihanraya parlimen Kimanis semasa proses penamaan calon yang bertempat di dewan Pekan Bongawan pada pagi tadi, proses pilihanraya pada kali ini boleh dikatakan sebagai satu proses pilihanraya yang paling meriah yang pernah diadakan semenjak penubuhan parlimen Kimanis. Berikut adalah senarai calon-calon yang bakal bertanding bagi kerusi parlimen Kimanis dan kerusi DUN Bongawan dan Membakut

P. 176 - KIMANIS
1. LUSIN BIN BALANGON STAR
2. JAMIL BIN WILLIAM CORE SAPP
3. DATUK ANIFAH BIN AMAN @ HANIFF AMMAN BN
4. JAAFAR BIN ISMAIL PKR

N. 23 - BONGAWAN
1. AWANG TALIP BIN AWANG BAGUL SAPP
2. MOHAMAD BIN ALAMIN BN
3 . TAN SRI IBRAHIM BIN MENUDIN PKR
4. ASSIM @ HASSIM BIN MATALI STAR
5. AK ALIUDDIN BIN PG MOHD TAHIR BEBAS

N. 24 - MEMBAKUT
1. DATUK MOHD ARIFIN BIN MOHD ARIF BN
2. NARAWI @ SINAR BIN AHMAD PKR
3. BANJIMIN ONDOI SAPP
4. JAAPAR BIN AG GADOR STAR

Menurut dari pemantauan yang dibuat oleh penulis di lokasi penamaan calon, suasana yang tenang tanpa sebarang kekecohan yang berlaku dan kawasan diluar dewan dilihat didominasi oleh para penyokong Barisan Nasional. Syabas diucapkan kepada pihak PDRM atas tugas yang cemerlang di dalam mengawal lalu lintas dan ketenteraman disepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Selepas tamatnya proses penamaan calon , para calon-calon yang bertanding dilihat mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para pengundi disekitar pekan Bongawan. Maka dengan ini, jentera kempen parti - parti yang bertanding mula bergerak dalam pemasangan poster-poster dan bendera parti bagi meraih undi daripada penduduk parlimen Kimanis.

#Sembang kosong:

"calon PKR bagi kerusi Parlimen Kimanis ni dulu pernah join UMNO, lepas jadi calon bebas, lepas tu join Parti SAPP, kali plak join Parti PKR la plak... errmmm dimana agaknya pendirian beliau?"

"Beberapa bulan yang lalu ada program yang dianjurkan oleh salah seorang calon yang bertanding bagi tujuan meraih sokongan rakyat, dilihat SAPP & PKR sama-sama bergabung menganjurkan acara tersebut. Sama - sama bertekad untuk menumbangkan Barisan Nasional di parlimen Kimanis. Tapi tak sangka plak masa pilihanraya mereka juga sama - sama bertanding bagi merebut kerusi Dun dan Parlimen...."

No comments: