Tuesday, April 23, 2013

BELIA KAMPUNG MADANG PIMPING BERTEKAD MEMBERI SOKONGAN KEPADA CALON BARISAN NASIONAL


Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Kg. Madang Pimping kini begitu bersemangat di dalam membuat kerja - kerja pemasangan poster dan bendera kempen. Jentera yang mana dianggotai oleh golongan belia dan beliawanis Kampung Madang itu telah menanamkan tekad untuk memberi sokongan penuh kepada Parti Barisan Nasional. Mereka berpendapat bahawa bukan sahaja Barisan Nasional adalah sebuah parti yang benar - benar memperjuangkan nasib rakyat, malahan calonnya iaitu Datuk Seri Anifah Haji Aman dan Datuk Haji Mohd Arifin Arif telah menjalankan tugas yang cemerlang sebagai wakil rakyat Parlimen P.176 Kimanis dan DUN N.24 Membakut. Ini adalah berbeza dengan parti pembangkang yang mana hanya akan muncul apabila menjelangnya musim pilihanraya. 

No comments: