Tuesday, June 16, 2009

JADIKAN LAMAN BLOG SEBAGAI MEDIUM PERKONGSIAN ILMU & PEMIKIRAN YANG POSITIF

Sejak kebelakangan ini, penulis telah berperasaan bahawa semakin banyak laman web ataupun laman blog yang dibuat khusus mengenai akan aktiviti dan keadaan terkini daerah Membakut. Penulis sangat bangga dengan pencapaian ini. Kalau dulu dimulai oleh En. Zaini dari Kimanis dengan Kimanis Dot Netnya ada jugalah sedikit terselit cerita daripada daerah Membakut. Syabas untuk beliau.

Selain daripada itu, penulis juga terjumpa akan beberapa laman blog yang berkenaan dengan daerah Membakut (Suara Membakut mungkin adalah blog terawal daerah Membakut namun ianya bukan yang pertama) akan tetapi blog tersebut tidak begitu aktif dan ada di antaranya yang statik begitu sahaja. Walaubagaimanapun Blog ini telah dikunjungi oleh para anak - anak jati membakut.. tidak kurang yang mempunyai blog peribadi mereka sendiri. Sememangnya pengetahuan IT di daerah Membakut semakin luas dicapai oleh para penduduknya. Tidak hairanlah port streamyx selalunya penuh dan pihak TM NET terpaksa menambahkan port baru untuk memenuhi permintaan daripada penduduk setempat. Dengar khabar terkini para penghuni di Taman Emas Takapan sudah boleh menikmat kemudahan Streamyx. Diharapkan pihak TM NET dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Berbalik kepada topik yang ingin diperbincangkan, baru - baru ini terbit lagi sebuah laman web komuniti bagi daerah Membakut iaitu Membakut.info kelolaan Saudara Suhailee. Pihak ridaksi mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Suhailee kerana dengan kemahiran IT beliau, beliau dapat membangunkan sebuah laman web yang boleh dijadikan portal infomasi siber mengenai pekan Membakut. Bagi pihak Suara Membakut, langkah ini patut diteruskan sampai bila - bila. Selepas itu, mula muncul lagi laman - laman blog yang dikendalikan oleh individu - individu tertentu bagi memeriahkan ruang siber daerah Membakut. Ada yang yang menulis blog mengenai hobi mereka, ada yang menulis tentang pendapat mereka mengenai isu - isu semasa yang berkaitan dengan aktiviti politik dan sosial setempat.

Sebelum, penulis ingin menulis lebih jauh, ada baiknya penulis menerangkan tujuan sebenar laman blog Suara Membakut ini diwujudkan. Pihak sidang ridaksi Suara Membakut pernah mendapat komen yang mengatakan bahawa blog ini berpaksikan politik semata - mata dan hanya utk memuji individu tertentu. Mereka berpendapat blog ini adalah tajaan Yang Berhormat. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Suara Membakut dikendalikan oleh beberapa anak jati Membakut. Tujuan utamanya ialah ingin memperkenalkan Membakut ke dunia luar agar orang lebih "aware" akan kewujudan daerah kecil Membakut. Selain memperkenalkan ada beberapa ruangan (label) yang mana ianya merangkumi politik, ekonomi, pendidikan, motivasi, berita, dan artikel. Blog ini bukan blog politik sepenuhnya. Penulisan yang berunsurkan politik hanya ditulis dan diterbitkan sekadar perlu.

Apa yang lebih penting adalah sidang ridaksi Suara Membakut ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan para pembaca agar kita sama - sama beroleh manfaat. Janganlah kita jadikan pengetahuan kita sebagai senjata, laman blog sebagai kenderaan, dan ruangan siber sebagai medan kita untuk menerapkan pemikiran yang negatif kepada pembaca kita. Ini kerana baru - baru ini penulis ada terserampak rakan - rakan yang datangnya dari Membakut telah menghasil tulisan dan komen yang boleh melaga - laga diantara suku kaum dan agama disekitar daerah Membakut. Golongan ini seolah - olah tidak suka akan keharmonian yang terjalin sekian lama diantara pelbagai suku kaum dan agama di kawasan Daerah Membakut.

Golongan ini, memberi alasan mereka mengeluarkan suara daripada isi hati golongan minoriti yang tidak diberi perhatian. Bagi penulis, seseorang wakil rakyat itu adalah seorang manusia biasa dan kebolehannya ada hadnya. Adalah tidak salah untuk kita menyuarakan pendapat dan pandangan masing - masing mengenai sesuatu perkara. Akan tetapi janganlah jadi seseorang yang hanya pandai mengkritik. Untuk menjadi seorang pengkritik yang baik kita mestilah mengemukan satu pendapat dan pandangan yang membina dan bukannya kritikan semata - mata.

Oleh itu sidang ridaksi Suara Membakut menyeru kepada warga Membakut yang mempunyai laman web ataupun laman blog sendiri marilah kita sama menyalurkan pengetahuan, pandangan, dan pendapat dengan lebih positif. Ini adalah sesuatu yang baik untuk perpaduan dikalangan rakyat. Berhentilah kita tuduh menuduh diantara satu sama lain dan lebih kita sama bertukar pendapat dengan cara yang positif bagi merungkai segala masalah yang timbul. Sekian terima kasih.

p/s: utk sebarang berita yang ingin disiarkan di dalam laman blog Suara Membakut anda boleh menghantar gambar dan berita ke email: pemudamembakut@gmail.com

1 comment:

SyasyaHaha said...

mohon copy yer. for asgmen;)